Salam buat semua pengunjung blog Shukor Subahir dot Com.
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana terlalu lama tidak mengemaskini blog ini dengan artikel-artikel baru. (Cehh! Macam la ada pengunjung sangat…
) Setahun tak update tu.
Dikesempatan ini saya sebagai owner blog ini mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Moga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun 2011 dan tahun-tahun sebelumnya. Bila masuk tahun baru, biasalah mesti ada azam dan matlamat yang baru yang ingin diburu kan? Azam saya yang paling teratas tahun 2012 ini cuma satu, nak aktif berblogging balik setelah sekian lama menyepi dek kerana kesibukan yang melampau+malas…hehehe.
Orang kata, bila kita beritahu azam / matlamat kita, secara tak langsung akan membangkitkan semangat kita untuk mencapai azam tersebut. Jadi, saya harap azam saya yang paling utama ni akan tercapai sepanjang tahun 2012 dan insyaallah ke tahun seterusnya.
Boleh saya tahu apa azam anda tahun 2012 ni? Kongsi-kongsikanlah di ruangan komen ya?


