Archive for June, 2008

Kelebihan Membina Blog

June 23rd, 2008

Blogging adalah satu media perhubungan yang begitu efisyen dan menjadi satu alat atau kelengkapan yang menarik, dimana ia digunakan secara meluas dengan pelbagai penggunaan. Ia juga digunakan dengan meluas bagi tujuan pemasaran bagi pihak pengiklanan. Blogging juga telah menjadi begitu popular dikalangan remaja dan generasi terdahulu untuk berkongsi idea, pendapat dan untuk memberi bimbingan atau tutorial dalam pelbagai bidang.

Berkongsi pengetahuan dan pengurusan adalah kelebihan yang amat penting dalam blogging. Dalam pada itu, faedah lain yang boleh diperolehi daripada blogging ialah ’self-marketing’, pembinaan komuniti, perkhidmatan pelanggan yang lebih baik, penulisan yang menarik, penubuhan sosial, dan teknik komunikasi yang lebih baik. Di bawah ini disenaraikan beberapa kelebihan utama:

1.Penghubung
Ia merupakan teknik yang efisyen dan kos-efektif untuk mengiklan maklumat dan kepakaran mengenai bisnes anda kerana ia merupakan penghubung dengan komuniti yang besar. Ini sangat membantu bagi bisnes yang kecil, di mana mereka tidak mampu untuk melabur di dalam memasarkan produk atau servis.

2.Komunikasi Secara Terus
Ia menyediakan sumber komunikasi secara terus dengan pelanggan atau pengunjung blog, di mana mereka bebas meluahkan idea, pertanyaan atau pengalaman berkenaan dengan sesuatu komoditi atau topik. Dengan cara ini, penerbit atau ‘tuan punya blog’ akan mendapat gambaran dari pelabgai cadangan, pendapat dan boleh membuat beberapa perubahan di dalam proses pengeluaran.

3.Masa Nyata (Real time)
Blogging membolehkan sesiapa sahaja berdebat atau berdiskusi secara ‘on-the-spot’. Anda tidak perlu menunggu keesokan harinya untuk membaca keratan akhbar. Pihak pengiklanan boleh membuat perubahan dengan segera dan memberitahu kepada pembaca mengenai sebarang perubahan.

4.Pendapat Yang Demokratik
Tidak ada halangan bagi sesiapa pun untuk membuat ‘post’, melainkan jika menyebabkan pembaca lain tersinggung. Melalui blog, anda akan mendapat pandangan yang berbeza dan mengelakkan idea yang berulang-ulang daripada respon yang diterima bagi sesuatu produk atau servis. Dengan ini juga, ia mengikut konsep demokrasi di dalam sumber informasi.

5.Search Engine Optimization (SEO)
Blogging menggunakan teknik SEO dan dengan cara ini dapat membantu meningkatkan kedudukan dalam enjin carian atau ‘Search Engine’. Kos untuk servis SEO adalah di dalam anggaran antara $5000 ke $10,000 dolar. Servis ini sedikit sebanyak meningkatkan populariti sesebuah blog tersebut, dengan memaparkan hasil carian untuk ‘keyword’ yang spesifik apabila pengguna menaip di dalam kotak carian (search box). Oleh sebab itu, kebanyakan blog mempunyai ‘keyword’ yang berulang.
Ini akan menyebabkan hasil enjin carian yang lebih positif dan meningkatkan keuntungan.

6.Penerbitan Yang Pantas
Usahawan sesuatu bisnes menggunakan teknik blogging ini untuk menyatakan atau meluahkan kepakaran, pandangan, dan pengetahuan dengan jelas kerana ianya merupakan alat atau ‘tools’ yang pantas dan mudah. Dalam pada itu, banyak syarikat yang menyediakan tips untuk blogging secara online untuk memulakan proses tersebut. Ia adalah mudah bagi pengunjung blog untuk melayari blog dan memberikan idea atau pertanyaan.

7.Penjimatan Kos
Blogging juga merupakan satu medium atau cara yang murah untuk membawa nama sesuatu syarikat menjadi perhatian ramai. Bisnes yang kecil menggunakan blog untuk menerangkan ciri-ciri produk yang hendak dipromosikan, menjual dan untuk melakukan perbandingan di antara sesuatu produk. Ini seterusnya dapat mengurangkan keseluruhan belanjawan dan memberi hasil yang lebih baik di mana ia menyediakan skop untuk para pembaca atau pengunjung blog memberi maklum balas.

8.Reputasi
Dengan perkhidmatan pelanggan yang baik dan produk yang berkualiti tinggi, blog membolehkan untuk membina kepercayaan pelanggan dan konfiden kepada syarikat. Ia melambangkan atau menggambarkan kredibiliti pemilik  blog tersebut sebagai seorang yang mahir dan menjaga reputasi syarikat, membolehkan pelanggan merasa selesa dan bebas untuk bergantung atau berharap.

Mengikut kajian,mereka yang memaparkan blog atau mengunjunginya mendapat pengalaman yang mengejutkan, melepasakan penat lelah mereka dan mengurangkan tahap stres mereka. Blogging memberi idea yang baru dan meningkatkan  kecekapan dalam pemahaman. Ia memberikan perspektif yang berbeza bagi sesuatu idea, dan dengan cara ini dapat meluaskan apa yang disebut ’social spectrum’.  

Mengenai Penulis
Shukor Subahir mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet pada tahun 2007. Internet juga memberikan Shukor kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Lawati blog beliau di http://shukorsubahir.com/blog .

Cara Menjana Wang Melalui Blog

June 20th, 2008

Jika anda berkata tentang blog pada zaman sekarang, amat jarang sekali orang yang tidak mengetahuinya. Kebanyakannya sudah pun memiliki sekurang-kurangnya satu blog. Ada yang membina blog hanya untuk sekadar suka-suka. Ada pula yang membina blog sebagai diari seharian mereka, akan tetapi masih ramai yang tidak tahu blog boleh menjadi sumber pendapatan malah jika anda mengetahui cara-cara membuat duit melalui blog dengan cara yang betul, jumlah hasil yang diperolehi boleh melebihi gaji yang anda terima setiap bulan dari majikan anda. Di sini akan saya terangkan serba sedikit cara-cara atau teknik menjana wang melalui blog:

1.Google Adsense
Cara lain yang juga dapat mendatangkan duit yang banyak melalui blog ialah dengan Google Adsense. Ramai di antara mereka yang telah berjaya menghasilkan wang yang banyak melalui Program Adsense ini. Program Adsense merupakan satu program yang menyiarkan iklan yang berkenaan dengan isi kandungan blog anda. Apabila seseorang melawat blog anda dan mereka berminat dengan salah satu iklan yang dipaparkan lalu mereka klik iklan tersebut, anda akan menjana wang secara automatik!Paling mudah untuk dapatkan akaun Google Adsense ini ialah create blog di www.blogger.com dan mempunyai niche yang tersendiri dalam bahasa Inggeris. Dengan setiap klik daripada pengunjung blog anda di banner adsense akan memberi pulangan yang menguntungkan. Yang pastinya anda kene jujur buat adsense ini, jgn terlalu ‘pandai’ buat click fraud kerana google lebih bijak tentang sistemnya daripada yang anda sangka.

Klik di sini untuk muat turun e-book megenai Program Google Adsense secara PERCUMA. 

2.PayPerPost.Com
Anda boleh menulis ‘review’ atau pandangan mengenai produk, servis atau lain-lain peluang mengikut keperluan pihak PayPerPost.Com yang mana mereka akan membayar setiap ‘review’ atau ‘posting’ yang telah di buat di blog anda.

3.Program Affiliate
Anda juga boleh menjana wang melalui blog dengan cara mempromosikan link produk/servis vendor yang telah mereka sediakan.Apa yang menarik dengan program affiliate ini ialah anda tidak perlu risau dan runsing soal proses pembelian, penghantaran dan lain-lain isu kerana ia adalah kerja vendor / penyedia affiliate program tersebut. Kita cuma pastikan link affiliate itu dipromosi sehabis baik untuk mendapatkan komisyen yang ditawarkan. Contoh program affiliate yang menarik seperti PakejBlog , Raja Affiliate, Rahsia Bisnes Digital, IdeaBisnesLuarBiasa dan banyak lagi.

Selain daripda itu,salah satu program affiliate yang sering disebut-sebut dikalangan rakyat Malaysia ialah Clickbank.Apa itu Clickbank?ClickBank merupakan satu laman web yang khusus menjual produk digital yang boleh dimuat turun.Contoh produk digital adalah ebook, perisian,grafik, skrip, video dan sebagainya. Setelah sekian lama ClickBank ’diharamkan’ kepada rakyat Malaysia,akhirnya pada April 2008, keahlian ClickBank dibuka semula kepada rakyat Malaysia. Gempar satu Malaysia apabila mendengar berita ni. Ini adalah kerana ClickBank merupakan ’lubuk emas’ bagi Usahawan Internet.

4.Menjual Iklan Banner Atau Text Link
Jual iklan banner atau text link di blog anda. Sekiranya web anda mempunyai hits atau traffic tinggi bolehlah mengambil peluang untuk menjual ruang iklan di tepi atau di mana-mana bahagian blog anda. Mungkin anda boleh menjual link atau iklan untuk disewa selama seminggu, bulanan mahupun tahunan. Bergantung kepada kapasiti traffik anda. Lagi banyak hits maka lagi tinggilah harga banner iklan anda. Contoh paling mudah ialah seperti iklan di thestar.com.my atau bharian.com.my  yang memang harganya cukup tinggi berdasarkan hits traffik yang banyak setiap hari.

5.Menjual Produk Sendiri
Cara ini mungkin boleh direalisasikan sekiranya anda mempunyai produk atau servis sendiri. Dari segi prodk pula, terdapat dua jenis produk iaitu produk fizikal dan produk digital. Salah satu contoh produk digital ialah dengan menjual e-book. Anda boleh mencipta e-book berdasarkan kehendak semasa atau melalui kepakaran yang anda ada. Bagi produk fizikal pula adalah seperti menjual buku novel second hand dengan membuat beberapa sinopsis dan review novel yang anda telah baca serta menjualnya dengan separuh harga daripada harga asal ataupun mengikut dengan pertimbangan yang lebih sesuai. Contoh lain adalah seperti menjual rempah sate segera. Anda boleh melihat salah satu contoh dengan klik di sini. Apa jua produk mahupun servis boleh dijual melalui blog mengikut kategori tertentu. Ia terpulang kepada daya kreativiti anda.

Semoga tips-tips di atas dapat memberi panduan ringkas kepada mereka yang mahu menjana wang melalui blog dengan lebih mudah.

Insyaallah!