Archive for August, 2008

Panduan Setup GetResponse PERCUMA!

August 26th, 2008

Salam semua, apa khabar? Hari ini saya nak memberitahu kepada anda semua tentang sebuah ebook hasil nukilan saudara Mazlie Nadzri. Beliau merupakan owner kepada produk Panduan HTML. Tapi kali ni, ebook beliau bukan berkisar tentang HTML, ebook kali ini adalah mengenai panduan setup GetResponse. Anda semua mesti dah tahu kan apa itu GetResponse? Tak Tahu? Baiklah, saya akan terangkan serba sedikit.

GetResponse merupakan satu perkhidmatan sistem autoresponder yang melakukan kerja-kerja meguruskan mesej – mesej agar teratur dan sistematik.Autoresponder digunakan bertujuan untuk membina ‘mailing list’ yang berminat terhadap produk atau servis kita. Anda juga boleh berikan artikel-artikel atau info produk terkini, atau pun berita terkini mengenai dunia perniagaan internet. tujuannya…untuk berkomunikasi dengan prospek anda. Setakat yang saya tahu, GetRespone dan Aweber adalah perkhidmatan sistem autoresponder yang terbaik. Tak tahu la saya kalau ada yang lagi baik :)

Memang benar kata ‘otai-otai’ bisnes internet…’The Money Is In The List’. So, kalau nak tahu lebih lanjut mengenai panduan ini boleh download di sini: Panduan Setup GetResponse

Atau anda klik jer gambar ebook di atas.

Tak payah risau…ebook ni PERCUMA je, khas untuk anda.

 

Salam sukses!

Pakej Lengkap Perniagaan Internet Versi DVD Pula!

August 18th, 2008

Salam kepada semua,hari ini saya nak buat review sedikit mengenai satu produk baru iaitu ‘Pakej Lengkap Perniagaan Internet’. Pakej ini dihasilkan oleh Mohd Najib Kasimin yang boleh di lawati blognya di www.monakas.com . Puas saya berfikir masa dulu, macam mana boleh dapat nama domain dia macam tu…rupa-rupanya nama penuh dia dipendekkan..maka jadilah ia ‘monakas’. :)Tahun lalu, saudara Mohd Najib telah melancarkan versi web untuk produk ini , di mana, pembeli-pembeli yang membeli produk tersebut, hanya boleh mengakses video tutorial tersebut, hanya menerusi website sahaja.

Tetapi, pada kali ini saudara Mohd Najib telah melancarkan semula produk beliau, dengan melancarkan versi DVD. Malahan, saudara Mohd Najib juga telah menambahbaikkan lagi produk beliau dengan menambah beberapa lagi video tutorial dan bonus-bonus tambahan.

Sebuah ebook panduan bagaimana membina perniagaan internet yang cemerlang, 10 set video tutorial, bermula dari bagaimana mendaftar domain dan hosting, hinggalah kepada bagaimana memasang sistem affiliate di website anda.

Selain itu, di dalam DVD tersebut juga disertakan dengan 6 bonus hebat, iaitu:

  • Koleksi Grafik untuk membina laman web
  • Perisian eWriterpro (digunakan untuk menghasilkan ebook)
  • 5 produk resell right
  • Script Affiliate Income Booster
  • Koleksi Script, Software dan Ebook untuk kegunaan sendiri
  • Keahlian VIP Kelab Perniagaan Internet dari Monakas.Com

Jika anda seorang yang baru ingin melibatkan diri dalam perniagaan internet, pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam pembinaan laman web perniagaan yang lengkap pasti menjadi halangan yang besar. Malah faktor kurangnya pengetahuan dan kemahiran teknikal inilah yang membuatkan ramai yang gagal dan berputus asa daripada memulakan perniagaan internet mereka sendiri!

Mohd Najib telah memudahkan anda dengan menyediakan Pakej Lengkap Perniagaan Internet ini dalam bentuk tutorial video. Saya yakin produk ini telah lama di tunggu-tunggu oleh mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan internet ini. Format DVD interaktif ini memang amat mesra pengguna dan mudah.

Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan pakej ini dengan segera. Jika anda berminat untuk mendapatkan produk ini, bolehlah melawati website Mohd Najib dengan klik di sini: Pakej Lengkap Perniagaan Internet

Salam sukses!

Laporan Rahsia Usahawan Internet Daripada Ammar Zahar

August 17th, 2008

Salam semua,hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai sebuah laporan yang dihasilkan oleh saudara Ammar Zahar. Beliau merupakan ‘owner’ kepada blog perniagaaninternet.com . Laporan yang dihasilkan beliau mendedahkan rahsia 6 orang usahawan internet Malaysia.Apa yang bagus mengenai report ini ialah beliau berjaya membongkar rahsia 6 orang usahawan tersebut yang mempunyai ciri-ciri berlainan. Ini bermaksud ada di antara mereka yang berjaya melalui penjualan MRR/PLR, ada juga yang berjaya melalui penjualan ebook, dan ada juga yang berjaya melalui laman web keahlian (membership) dan dalam perniagaan lelongan.
Kalau nak tahu siapa dia ke enam-enam usahawan tersebut, anda boleh muat turun laporan dengan klik di link ini:Rahsia Usahawan Internet

Oh ya! Saya hampir terlupa…anda juga boleh mendapat wang sebanyak RM0.25 sen jika anda menyebarkan laporan ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah anda cuma perlu mendaftar sebagai affiliate.

Jadi, apa tunggu lagi…daftarlah sekarang! Boleh kumpul duit untuk Raya tahun ni! :)

Tahukah Anda Kunci Kepada Perkembangan e-Dagang?

August 15th, 2008

E-payments adalah hanya satu teki. Kehendak pengguna-pengguna adalah hanya membeli daripada sebuah syarikat besaratau satu jenama yang mereka percaya untuk mengelakkan mereka mendapat risiko menerima barang rosak atau barangan yang dicetak rompak atau Pin kad bank dicuri. 

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh CNNIC, hanya lebih 1/4 pengguna-pengguna internet di China telah membeli-belah secara dalam talian yang sebahagian besarnya didesak oleh pengguna kepada pengguna jualan (C2C).

Satu contoh dalam bidang ini adalah pertumbuhan ‘Taobao’ iaitu tapak lelong dalam talian untuk perdagangan pengguna.

Dengan pengalaman bahawa pengguna-pengguna  di China mengalami peningkatan membeli-belah dalam sektor pasaran ini akhirnya mengasak dan merangsang pertumbuhan dalam runcit e-dagang.

Pendapat anda?

Nasihat Perniagaan Abdul Rahman Bin Auf

August 9th, 2008

Sahabat Rasulullah, Abdul Rahman B Auf adalah seorang saudagar termasyur yang dijanjikan syurga.

Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: Apakah strategy perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?

Jawabnya:

1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit…
2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta…
3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran…

Apa yang dimaksudkan mengikut pendapat saya:

1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit pun. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita untuk sesetengah target market. Dengan itu, keuntungan masih kita dapat… rezeki masih berpihak kepada kita walaupun sedikit.
2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.
3. Cash transaction only   

Saya pasti, 3 tip perniagaan Abdul Rahman B Auf boleh diperkembangkan lagi dan menjadi antara strategi anda dalam
menjalankan perniagaan.

Irfan Khairi