Archive for August, 2008

Mudahnya Berfikir Negatif

August 8th, 2008

Sekiranya minda kita dipenuhi dengan terlalu banyak perkara negatif, kita akan memupuk tabiat berfikiran negatif. Sehingga pemikiran negatif, menjadi dominan dan membahayakan diri.Contohnya, kalau kita terdengar kawan kita kata:“Eh, ko tau tak kat muzium ada si polan ni nak duduk dalam sangkar dengan 200 ular berbisa selama satu minggu”

Selalunya apa yang kita fikirkan? Sering kali negatif:

1) Kerja gila si polan tu, kena patuk ular, terus gol… baru dia tau (dah gol, nak tau apa lagi ye tak?)

2) Takde kerja si polan tu, nak cari publisiti murah!

3) Buang masa je, baik buat benda lain yang berfaedah & tak bahaya!

Betul kan? Ini kerana zaman ini, bila kita didedah dengan terlalu banyak perkara negatif, maka, negatif lah dalam pemikiran kita. Ini menjadikan berfikir negatif itu mudah. Sebabkan berfikir negatif itu mudah, sebab itu banyak point-point yang negatif akan keluar dulu dengan pantas.

Lawannya pula adalah berfikir positif. Kini, untuk berfikir positif anda perlu usaha lebih sikit. Sebab ia menjadi sukar berfikir positif. Mungkin anda fikir:

1) Wah, hebat si polan ni. Sudah tentu polan ni melalui latihan minda dan fizikal yang amat tinggi nilainya!

2) Bagus juga si polan ni, silap-silap dapat masuk dalam Book of World Records! Mari kita beri sokongan!

3) Kalau si polan boleh melakukan sesuatu yang luar biasa, aku pun boleh juga! Ini satu inspirasi!

Setuju tak bahawa berfikir negatif adalah mudah dan berfikir positif adalah susah?

Latihkan diri anda untuk berfikir positif setiap masa. Ia akan memberi semangat dan motivasi yang hebat kepada diri anda sendiri. Menurut buku “Secrets of Millionaire’s Mind”, pemikiran positif adalah amat penting dalam mencapai kejayaan. Ia akan membuka lebih banyak pintu rezeki dan membolehkan kita melihat peluang-peluang yang ada di sekeliling kita.

Dari Kerja Makan Gaji, Menjadi Pemilik Perniagaan

August 7th, 2008

Ramai antara kita masih bekerja makan gaji, dan merancang untuk memulakan perniagaan. Ianya sering terjadi di mana, perniagaan yang akan dimulakan adalah berkaitan dengan kerja makan gaji kini.

Ianya tidak salah, malah, ianya di syorkan oleh kerana kerja yang anda lakukan kini telah mengajar anda dengan ilmu dan pengalaman untuk memulakan perniagaan yang berkaitan. Sebagai contoh, sekiranya anda seorang setiausaha, satu hari nanti mungkin anda boleh memulakan perniagaan setiausaha syarikat. Sekiranya anda seorang guru sekolah, satu hari nanti mungkin anda boleh menubuhkan sebuah pusat tuisyen. Sekiranya anda seorang jurugambar bersama sebuah syarikat, anda juga boleh memulakan perniagaan fotografi profesional satu hari nanti.

Gunakan kerja anda kini sebagai batu loncatan untuk memulakan perniagaan. Berikut adalah 4 tips persiapan anda sekiranya anda kini bekerja makan gaji dan merancang untuk memulakan perniagaan yang berkaitan.
1: Lakukan penyelidikan
================
Sementara mengumpul ilmu dan pengalaman ketika kerja, pelajari mengenai industri anda. Rujuk dan lakukan penyelidikan tentang industri anda dengan membaca majalah yang berkaitan, melungsuri Internet dan juga membaca buku-buku yang berkaitan dengan industri anda.

Ilmu yang anda kumpulkan bukan sahaja akan memantapkan anda di tempat kerja, ia juga akan banyak membantu apabila anda memulakan perniagaan kelak. Sering kali terjadi, apabila ilmu anda bertambah dan pengalaman bertambah, ia menyebabkan gaji anda juga bertambah ketika kerja makan gaji!

Selidik bidang yang anda ingin ceburi sebelum anda membelanjakan apa-apa modal untuk memulakan perniagaan tersebut. Penyelidikan pada masa masih bekerja adalah amat penting supaya ia menyediakan kita sebelum melangkah ke dunia perniagaan yang tidak memberi pulangan yang tetap!

2: Prinsip 10/90
===========
Ianya dikatakan, sekiranya anda mengambil masa 10% untuk menyelidik dan mendalami perniagaan yang bakal anda lakukan, anda akan menjimat 90% masa dan wang yang mungkin anda kehilangan ketika memulakan perniagaan!

Saya pernah bertanyakan kepada jutawan Azizi Ali, pernahkah beliau melakukan kesilapan dalam perniagaan? Jawabnya pernah! pada awal penglibatannya dalam perniagaan, beliau memulakan kedai muzik oleh kerana minatnya dalam muzik.

Tetapi, perniagaan tersebut gagal! oleh kerana, beliau tida melakukan “homework” dalam bidang  “perniagaan berbentuk muzik”

Tidak semestinya sekiranya anda mempunyai kepakaran atau minat dalam sesuatu bidang, ia adalah resepi kejayaan perniagaan tersebut. Ia hanyalah satu permulaan oleh kerana anda masih perlu mempelajari selok belok sesuatu perniagaan itu.

Luangkan 10% daripada masa anda untuk lakukan “homework” supaya anda dapat menjimat 90% masa dan modal perniagaan anda!

3: Cari masalah dan selesaikannya
====================== 
Ketika bekerja makan gaji, mungkin anda ketemui beberapa masalah daripada pelanggan yang tidak dapat dipenuhi tempat kerja anda. Sering ingat apabila ingin memulakan perniagaan bahawa, “perniagaan adalah penyelesaian kepada masalah”

Pengalaman yang anda ceburi akan mendedahkan anda kepada berbagai masalah. Masalah tersebutlah yang akan menjadi satu peluang perniagaan untuk anda.

Contohnya, sekiranya anda seorang guru sekolah, mungkin anda terjumpa masalah bahawa sesetengah pelajar memerlukan cara pendekatan mengajar yang lebih unik. Anda boleh mencipta cara pendekatan mengajar tersebut dan mulakan kelas bimbingan untuk pelajar-pelajar yang memerlukannya.

4: Bootstrap
============
Kaedah memulakan perniagaan kegemaran saya adalah bootstrap- iaitu, memulakan perniagaan kecil menggunakan wang sendiri, kemudian, perbesarkan perniagaan tersebut dengan keuntungan yang diperolehi. Anda memerlukan modal untuk memulakan perniagaan. Kerja makan gaji anda kini merupakan satu platform untuk mengumpul modal.

Apabila cukup wang, anda boleh memulakan perniagaan kecil-kecilan dahulu. Ini akan memberi pengalaman kepada anda sedikit demi sedikit dalam mengembangkan perniagaan.

Mulai sekarang, lakukan simpanan khas untuk dana memulakan perniagaan anda. Wang ini adalah bertujuan khusus untuk memulakan perniagaan, dan bukan untuk simpanan peribadi. Anda perlu sentiasa berhati-hati dan mengumpul seberapa banyak ilmu perniagaan yang boleh oleh kerana, tanpa ilmu perniagaan yang betul, bukan sahaja wang simpanan anda dari makan gaji akan rugi, tetapi juga masa yang anda telah luangkan ketika makan gaji untuk mengumpulkan wang tersebut juga akan rugi!

Hanya satu sahaja cara untuk mencapai kejayaan- iaitu mencuba. 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, sekiranya anda bersedia dalam semua aspek, maka, apa kata anda cuba melibatkan diri anda dalam perniagaan.

Irfan Khairi

Jutawan Moden Tak Macam Jutawan Zaman Dulu

August 7th, 2008

Shukor, Kalau disebut “JUTAWAN”, sering kita akan bayangkan seseorang memakai kot, bertali leher, hisap curut, jam rolex, rumah bungalow, duduk belakang sambil driver bawak mercedes, naik kapal terbang business class dan sebagainya…

Menurut Dr Thomas Stanley, penulis buku “Millionaires Next Door”, zaman sekarang, di kala keadaan ramai “Jutawan modern”, perkara ini semakin kurang berlaku. Ramai jutawan yang hidup di kawasan perumahan kelas pertengahan, menjalankan hidup seperti ramai antara kita, membeli belah di kedai-kedai diskaun, dan berpakaian sederhana sahaja.

Untuk jutawan-jutawan modern ini, apa yang menjadi motivasi, bukan lagi memiliki banyak barangan / material (seperti jutawan dulu-dulu).

Tetapi, untuk jutawan modern, ianya adalah mempunyai PILIHAN melakukan apa yang diinginkan.

“For the rich, it’s not about getting more stuff. It’s about having the freedom to make almost any decision you want,” -T. Harv Eker, penulis “Secret of Millionaires Mind.

Bila kita jadi jutawan kelak… apa kata kita jadi jutawan “modern” yang lebih menjurus kepada konsep “kesederhanaan” dalam Islam.

Irfan Khairi

Mentor Jutawan Anda!

August 5th, 2008

Sejak tahun lepas, Irfan Khairi telah diberi peluang untuk mengemudikan rancangan bicarawara radio saya sendiri; “Jutawan! bersama Irfan Khairi” di Radio 24, Bernama.Di dalam artikel ini, adalah kumpulan 8 nasihat terpilih yang memaparkan ikon-ikon jutawan berkongsikan kisah, strategi dan tips bagaimana anda juga boleh mencapai kejayaan yang cemerlang.

Mentor Jutawan #1: Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah (Motivator)

*Mengenai Rahsia Kejayaan Perniagaan!

Untuk berjaya dalam apa perniagaan pun, kita mesti ada niche atau bidang yang kita pakar. Sebenarnya Irfan Khairi berjaya kerana pakar dalam bidang yang orang lain tidak nampak sebelum ini. Motivasi pula saya adalah antara kalangan yang tertua. Jadi kita jadi yang pioneer.

Satu lagi kita mesti ada satu bidang yang luar biasa dan orang lain perlukan. Ertinya kalau kita nak berniaga, kita perlu berniaga yang orang lain tak boleh nak beri. Jadi orang mendapatkan khidmat daripada kita.

Mentor Jutawan #2: Azizi Ali (Jurulatih Jutawan)

*Cara Yang Lebih Bijak Menjadi Jutawan

Untuk menjadi seorang jutawan dengan cara yang lebih bijak adalah dengan adanya ‘multiple streams of income’. Ini bermakna wang kita yang masuk ke dalam kita punya akaun biar datang dari banyak aliran pendapatan.

Sebagi contoh saya sendiri di mana saya masih seorang juruterbang saya mendapat gaji saya setiap bulan tetapi saya juga mendapat royalti daripada hasil penulisan buku saya serta saya juga mendapat hasil daripada sewaan rumah saya. Saya juga mendapat dividen daripada beberapa pelaburan saya yang lain.

Saya juga tahu yang kebanyakan kenalan jutawan saya punyai MSI ini iaitu ‘Multiple sources of Income’. Dan untuk mendapatkan multiple inilah di mana kita perlu buat ‘after burner income’ di mana kerja itu sekali dan mendapat pulangannya datang berkali-kali.

Mentor Jutawan #3: Dato Dr Azman Ching (Jutawan Jualan Langsung)

*Mengenai Matlamat

Hari ini kita hidup dalam dunia ni beberapa puluh tahun sahaja dan akhirnya kita akan meninggalkan dunia ini, tetapi manusia meninggal dengan meninggalkan nama. Tapi nama kita boleh ditinggalkan atau diingati oleh keluarga kita. Tetapi yang paling penting adalah apakah matlamat yang kita capai.

Tak kisahlah matlamat kita apa pun samada nak mejadi seorang peguam ataupun doktor, tapi yang paling penting adalah matlamat kita tercapai. Kita boleh tengok yang baru-baru ini, matlamat seorang angkasawan yang telah tercapai untuk sampai ke angkasa. Kita nampak apabila matlamat kita tercapai, itu akan menjadikan kita sebagai manusia menjadi lebih positif dan akan meneruskan perjuangannya dalam kehidupannya.

Bila kita punyai matlamat kecil maka kecillah hasilnya, dan sekiranya kita punyai matlamat yang besar maka besarlah hasilnya.

Mentor Jutawan #4: Chef Li (Jutawan Senyap)

*Mengenai Perlunya Idola/Mentor

Kita memerlukan idola dalam bidang yang kita nak kerjakan. Sebab, bisnes ini bukan suatu yang mudah buat terus menjadi, selalunya lari jauh daripada apa yang kita rancang. Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif. Jadi maknanya, dalam berkawan pun kena pilih juga dah jadi usahawan-usahawan ini. Tak sesuai lagi kita dah jadi usahawan ini kita berkawan dengan orang yang minat memancing, minat burung dan sebagainya.

Bila kita meluahkan susah payah kita pada beliau, dia akan kata ‘dah kata dulu dah, bisnes memang macam tu, susah’, tapi kalau kita jumpa satu rakan ataupun seorang idola, ataupun seorang mentor yang memang seorang usahawan yang tulen, bila kita mengadu padanya ‘aku berniaga ni dah dua minggu, merosotlah, tak mencapai sasaran’. Dia akan tanya ‘Berapa jualan engkau sekarang?’. ‘Dulu-dulu selalu lima ratus, sekarang cuma empat ratus’. ‘Empat ratus bagus lagi, aku dulu pernah lima puluh saja’.

Mentor Jutawan #5: Billi Lim (Jutawan Berani Gagal)

*Mengenai Kegagalan

Pada saya ‘When you lose, don’t lose the lesson’. Maksudnya bila anda gagal, jangan lupakan pelajarannya. Setiap yang kita buat adalah pelajaran. Mungkin bukan hasil apa yang kita nak, tapi apa sahaja yang terjadi, anda akan belajar dari kesilapan dan tugas anda adalah tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Sebagai contoh, dalam satu temuduga dengan Bill Gates ‘What type of people you would like to employ?. Bill Gates jawab ‘I would employ a person, who have failed before, the reason I want to employ is because I don’t want him to fail in my company, so he must fail in other people’s first!

Boleh katakan sekiranya seseorang itu diberi peluang ke dua, kesetiaan dan tenaga akan bertambah. Memang betul, daripada pengalaman saya, sesiapa yang pernah gagal, akan menjadi lebih baik kemudian. Tiada sebarang inovasi akan terjadi sekiranya seseorang itu takut gagal!

Mentor Jutawan #6: Abang Abu (Motivator)

*Mengenai Strategi Mencapai Matlamat Semudah A-B-C-D

A itu adalah Aim. Ada orang yang tiada aim, ada juga yang banyak sangat aim. Kita kena tanya diri kita, apa matlamat kita buat sesuatu perkara. Matlamat kena satu, kerana ramai selalunya mempunyai banyak sangat matlamat.

B pula adalah believe, iaitu percaya akan matlamat kita. Ramai mempunyai impian besar tetapi tidak mencapainya, kerana kita mesti percaya akan impian tersebut. Contohnya Edison, ramai yang mengatakan beliau gila kerana cuba mencipta lampu beratus kali. Tetapi beliau percaya dalam matlamat beliau.

C adalah courage. Berani untuk apa? Mungkin berani untuk gagal. Misalannya kita tidak perlu takut jika kita membuat sesuatu itu gagal atau tidak menjadi Keberanian menerima kegagalan sendiri dan berubah!

D pula Do it, kalau nak duit kena do it. Kalau kita nak sesuatu, kita kena lakukan sesuatu untuk mencapainya. Jangan berhenti sehingga kita mencapai apa yang kita nak.

Mentor Jutawan #7: Dato’ Hussamuddin (Pengasas Kumupan Karangkraf!)

*Mengenai Mengendalikan Kakitangan

Di Karangkraf sekarang kita ada 1100 karyawan. Tetapi saya tak rasa susah handle mereka, kerana saya memberi ruang kepada setiap insan yang ada di Karangkraf untuk berkembang dengan pace mereka sendiri.

Saya percaya, kalau kita beri seseorang kepercayaan, dia akan boleh berkembang. Jadi di Karangkraf, saya percaya kepada memberi peluang. Saya beri mereka tanggungjawab, dan biar mereka berkembang. Setiap team diberi autonomi untuk mengendalikan majalah mereka sendiri.

Saya bagi peluang, saya bagi ruang, saya bagi guideline dan saya delegate kuasa dan authority kepada setiap orang untuk berkembang. Ia ibarat anak, kalau kita kongkong sangat, anak itu akan jadi memberontak. Tapi kalau kita bagi galakan, garis panduan, anak tersebut boleh berjaya. Itulah prinsip yang kami amalkan.

Mentor Jutawan #8: IK- Saya sendiri!

*Mengenai Pengorbanan Dalam Menuntut Ilmu

Kerja yang saya lakukan sebagai tukang cuci memberikan pengalaman kepada saya, setiap pagi selama dua tahun, sebelum memasuki kelas ataupun kuliah di universiti, saya akan bekerja sebagai tukang cuci pasaraya dan tandas untuk mendapatkan wang tambahan. Saya lakukan ini selama 2 tahun.

Dengan wang tambahan tersebut saya akan ke kedai buku pada hujung minggu untuk membeli buku-buku kejayaan untuk melengkapkan lagi diri saya tentang ilmu-ilmu kejayaan. Jadi di situ, saya dapat mempelajari bahawa kita perlu mempunyai satu disiplin yang kuat untuk berjaya dalam bidang apa sahaja yang kita masuki.

Kemudian barulah saya memulakan perniagaan dan mempelajari tentang ilmu perniagaan ini iaitu perniagaan Internet. Di situ rezeki mula berpihak kepada saya.

Sekiranya anda ingin mendalami lebih banyak lagi permata-permata  8 Mentor Jutawan ini, lawati http://www.irfankhairi.com/mentor untuk transkripsi keseluruhan temubual!