Archive for September, 2008

Salam Lebaran!

September 29th, 2008

Salam semua, sedar tak sedar Ramadhan bakal meninggalkan kita. Terasa sedih sebenarnya kerana kita tidak tahu adakah kita akan menemui Ramadhan yang seterusnya? 

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca dan pengunjung blog saya khasnya dan seluruh umat Islam di seluruh dunia amnya.

Semoga anda sekeluarga mendapat rahmat dan keberkatan di Hari Raya pada tahun ini. Sebelum anda hendak pulang ke kampung, sila pastikan:

  • keadaan kereta anda dalam keadaan baik.
  • Rancang perjalanan anda terlebih dahulu.
  • Pastikan rumah anda berada dalam keadaan selamat untuk ditinggalkan
  • Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci.
  • Beritahu jiran dan pihak polis tentang kepulangan anda ke kampung.
  • Juga jaga kesihatan anda, jangan makan terover pula! :D

Akhir kata pandu dan tunggang dengan cermat. Ingatlah orang yang tersayang!  

Sekian.

P/S: Tahun ni saya beraya di Muar dulu, lepas tu baru di Kedah :D

5 Kunci Usahawan Berjaya

September 24th, 2008

MERANCANG DAN DAPATKAN HASIL

Tidak kira di mana sahaja di dunia, kebolehan merancang dan mendapatkan hasil adalah tugasan yang paling berharga sekali. Tidak kira dalam bidang politik, keluarga atau individu, merancang akan dapat membuahkan hasil yang lebih teratur dan baik.

Begitu juga dalam perniagaan. Untuk menjadi usawahan yang berjaya, kebolehan merancang dan mendapatkan keputusan adalah amat penting. Sebelum memulakan apa sahaja perniagaan, satu perancangan yang lengkap perlu diadakan (jangan nak main terjun sahaja!). Apabila perniagaan sudah dimulakan, perancangan masih diperlukan dalam menganalisa strategi pemasaran untuk mengembangkan perniagaan anda. Apabila perniagaan anda sudah maju, perancangan masih diperlukan untuk memastikan perniagaan anda mendapat pasaran terbesar dan tidak diambil oleh pesaing anda!

Dalam setiap peringkat perniagaan, perancangan dimestikan dan tidak pernah ditinggalkan oleh usahawan yang berjaya. Usahawan yang berjaya akan sering Tanya pada diri sendiri:

- Apakah keputusan yang diinginkan dalam perniagaan ini?
- Bagaimana keputusan itu dapat dicapai?
- Siapa yang dapat membantu mengembangkan perniagaan ini?
- Apakah kebolehan atau ilmu tambahan yang saya perlukan untuk
 mengembankan perniagaan ini?

Kebolehan anda untuk mendapatkan hasil dan bertanggungjawab atas keputusan anda adalah tanda seorang usahawan yang  gemilang.

BERI LEBIH DARIPADA APA YANG DISANGKAKAN

Kunci kejayaan sesuatu perniagaan adalah untuk melakukan lebih daripada apa yang disangkakan. Bak kata mat salleh, “Go the extra mile!”. Maksudnya adalah untuk anda melakukan tugasan anda dalam perniagaan lebih daripada apa yang disangkakan oleh orang lain.

Kebiasaannya, seorang pekerja hanya akan melakukan tugasannya apabila disuruh. Pekerja akan melakukan kerja berdasarkan pendapatan yang diterima. Tetapi, untuk menjadi usahawan yang berjaya, menteliti sebagai “pekerja” tidak lagi boleh disimpan.

Pelanggan akan mengetahui bahawa anda sanggup bekerja ekstra untuk memenangi hati mereka. Usahawan lain juga akan dapat melihat peluang bekerjasama dengan anda oleh kerana anda berusaha sekeras-kerasnya dalam perniagaan anda. Melakukan kerja lebih daripada apa yang  disangkakan akan membuka pintu rezeki kepada perniagaan anda.

MEMASAR DAN MENJUAL!

Ini adalah kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan- pemasaran dan menjual! Tahukah anda bahawa lebih 95% perniagaan baru gagal dalam tahun pertama ia ditubuhkan? Ya, statistik ini amat mengejutkan bagi bakal-bakal usahawan. Namun, sekiranya anda mempunyai ciri-ciri usahawan yang berjaya, ia dapat menjauhkan daripada statistik ini.

Kebolehan memasar dan menjual apa yang anda niagakan adalah nadi kepada apa jua jenis perniagaan. Kebolehan yang diperlukan adalah:

- Kebolehan berkomunikasi
- Kebolehan merunding
- Kebolehan memujuk pembeli membeli
- Kebolehan menjual produk atau perkhidmatan anda

Kunci kejayaan apa jua perniagaan adalah jualan dan keuntungan yang tinggi. Tanpa kebolehan “menjual”, matlamat sesuatu perniagaan tidak dapat dicapai. Aliran wang (cash flow) adalah amat penting dalam perniagaan dan aliran wang hanya akan diperolehi melalui menjual produk dan perkhidmatan anda.

Oleh kerana menjual adalah amat penting dalam perniagaan, pelajari kaedah-kaedah menjual melalui buku-buku, seminar perniagaan dan juga seminar komunikasi.

Bertahun-tahun dulu, saya merupakan seorang yang agak pendiam dan sukar berkomunikasi dengan sesiapa sahaja- apatah lagi menjual! Ianya selepas saya memperbaiki kelemahan saya dalam komunikasi, saya mula dapat melihat kejayaan dalam perniagaan saya berkembang melalui pemasaran dan jualan yang meningkat.

Dua tip dalam menjual:

1. Seseorang itu tidak dilahirkan boleh menjual! Menjual adalah suatu kebolehan yang boleh dipelajari. Seperti menunggang basikal, ianya agak sukar pada peringkat awal. Tetapi, apabila berkali-kali melakukan perkara yang sama, ia menjadi semakin mudah.

2. Komunikasi adalah penting dalam perniaagaan. Namun, berkomunikasi bukan sekadar maksudnya banyak bercakap! Tetapi juga untuk bijak mendengar. 85% kejayaan anda adalah bergantung kepada mereka disekeliling anda. Pelajari kaedah berkomunikasi, mendengar, memujuk, persembahan untuk mendapat kerjasama dari pelbagai pihak dalam membantu menjayakan perniagaan anda.

FAHAMI ANGKA PERNIAGAAN

Dimana kebolehan utama seseorang usahawan yang berjaya seperti yang telah dibincangkan adalah yang melibatkan apa yang dapat dilihat oleh orang ramai, namun jangan sesekali mengabaikan perkara-perkara
yang tidak dapat dilihat oleh orang ramai- iaitu angka-angka perniagaan anda!

Kebanyakan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukan perniagaan dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan, produk, perkhidmatan dan pemasaran sehinggakan melupakan isu penting iaitu penyata kewangan.

Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang perakaunan, tetapi, apa yang penting adalah untuk anda fahami penyata kewangan anda. Tugasan mengurus penyata kewangan boleh diagihkan kepada mereka
yang lebih bertauliah. Namun, sebagai usahawan yang berjaya, anda perlu memahami pengiraan wang dalam penyata kewangan anda supaya wang yang masuk tidak menjadi wang keluar sehingga menjejaskan keuntungan keseluruhan perniagaan anda!

TIDAK PUTUS ASA MENCUBA

Seperti yag dikatakan sebelum ini, 95% perniagaan akan gagal. Ini bermaksud, anda hanya mempunyai 5% peluang untuk berjaya! Sedih bunyinya bukan? Kunci terkahir adalah tidak berputus asa!

Anda kenali manusia terkaya didunia, Bill Gates. Tahukah anda bagaimana beliau menjadi manusia terkaya dalam perniagaannya yang boleh dikatakan yang paling berjaya di dunia?

Pada ketika ini sahaja Microsoft sedang membangunkan dan menguji lebih darpada 1,600 produk dan perkhidmatan yang balum lagi dipasarkan dimana kebanyakannya tidak akan dipasarkan pun dan dikira sebagai projek gagal. Mengapa begini? Microsoft tahu bahawa lebih banyak mencuba, maka lebih banyak peluang menjumpai kejayaan.

Usahawan yang berjaya adalah mereka yang tidak putus asa dalam usahanya untuk menjumpai 5% peluang kejayaan itu.

Walaupun dikatakan 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, rezeki tersebut tidak akan tercapai sekiranya anda tidak mendalami ilmu perniagaan. Ambil langkah demi langkah dan pelajari selok belok perniagaan. Kejayaan perniagaan akan datang kepada anda sekiranya anda mendalami ilmunya.

Irfan Khairi

Bagaimana Kemalasan Anda Boleh Membawa Anda Ke Arah Kejayaan

September 20th, 2008

Salam semua,Kebanyakan orang-orang yang digelar ‘businessman’ atau ahli korporat yang telah berjaya dalam perniagaan mereka, apabila ditanya bagaimana mereka boleh berjaya seperti sekarang, mereka pasti akan memberi jawapan ” Hard Work”  atau usaha keras.Ya, memang betul. Kerja keras akan membuatkan anda seperti “kuda yang asyik bekerja” yang membuatkan orang lain menjadi lebih kaya jika anda bekerja dengan majikan.

Dalam perniagaan zaman sekarang, kejayaan tidak dapat dicapai hanya dengan “bekerja keras”…ia dicapai dengan bekerja secara “SMART”.

Dalam pada itu, terlalu bekerja keras boleh mendatangkan kesan yang tidak diingini. Jika anda tidak peduli bekerja dalam jangka masa yang panjang, ia  akan menyebabkan anda tidak dapat mencari jalan untuk KURANG bekerja dan mendapat hasil yang BANYAK.

Seperti seorang IM dari Amerika, beliau mengakui beliau memang seorang yang pemalas. Beliau memang benci akan idea ‘Kerja’ mengikut persepsi tradisional (lakukan sesuatu sebab anda memang perlu lakukannya, bukan sebab anda sukakannya). Beliau sentiasa mencari jalan untuk bekerja sekurang yang mungkin, dalam pada itu mendapat keuntungan berlipat ganda. Disebabkan itu, beliau mampu untuk membina satu bisnes yang membolehkan beliau untuk bekerja kurang daripada 20 jam seminggu
dan mendapat keuntungan sebanyak 6 angka.

Kunci untuk menjadikan kemalasan berguna kepada anda dan bukan menentang anda ialah CITA-CITA, MATLAMAT, atau IMPIAN anda.

Orang yang malas dan tiada matlamat, cita-cita atau impian = orang kalah yang hanya duduk diam dan tidak melakukan apa-apa untuk mengubah hidupnya.

Orang yang malas tetapi mempunyai matlamat, cita-cita atau impian = seorang yang selalu mencari jalan yang bijak dan lebih efisyen untuk mencapai apa yang diingininya.

Contoh: Basikal telah dicipta oleh orang yang terlalu malas untuk berjalan!  :)

Apabila anda menilai sesuatu idea bisnes yang berpotensi, anda harus menguji idea tersebut melalui “UJIAN MALAS”. Tanya kepada diri anda – untuk jangka masa yang panjang, adakah bisnes itu boleh beroperasi di mana membolehkan anda menjadi malas tetapi masih mengaut keuntungan?

Salah satu contoh bisnes tersebut ialah mencipta dan menjual produk informasi. Ia merupakan bisnes yang diIakukan oleh IM dari Amerika yang saya sebutkan di atas tadi. Produk informasi memang melepasi “ujian malas”. Anda tulis ebook sekali sahaja, dan anda jual, jual dan terus dapat menjualnya selama bertahun-tahun lamanya.

Konsep ini juga dinamakan “Kerja sekali, mendapat keuntungan selama-lamanya”.

Anda juga boleh melakukannya! 

Anda Dibayar $1.00 (RM3.40) / Report Untuk Sebarkan Ni

September 18th, 2008

Salam semua,Justin Michie baru saja menghasilkan satu laporan bertajuk “Traffic Tips Report”. Ianya memberitahu anda 247 cara bagaimana anda boleh meningkatkan traffic ke website anda.Report ini memperoleh reputasi yang tinggi oleh Internet Marketer yang terkenal. Anda juga berpeluang buat duit dengan report ni.

Anda akan dibayar US$1.00 atau RM3.40 bagi setiap report jika anda membantu Justin menyebarkan report percuma ni.

Bagaimana caranya?. Sila ikut panduan di bawah:

1. Pergi ke web klik di sini: The Traffic Tips Report
2. Masukkan Nama dan Email anda untuk mendaftar
3. Buka akaun akaun email anda dan sahkan pendaftaran
4. Sekali lagi semak akaun email untuk dapatkan id dan password.
5. Login ke akaun laman web yang diberikan Justin
6. Isikan butiran anda dan dapatkan link affiliate
7. Promosikan link affiliate anda. US1.00 untuk 1 report

Anda perlukan akaun paypal untuk menerima bayaran dari
Justin. Jika belum ada, sila buka akaun paypal secara
percuma di http://paypal.com

Ho..ho.. mungkin boleh jadi duit raya ni atau setidak-tidaknya boleh cover bila dah pokai kerana beraya sakan.

Mulakan sekarang, klik di sini: The Traffic Tips Report

P/S: Sesiapa yg download melalui link sy, sy akan beri ebook percuma ‘Online Traffic Generation Methods’ dari The Internet Marketing Speed Series. Sila email sy setelah anda mendaftar di link sy.

Selamat Berjaya.  :)

Pelaburan Untuk Diri Anda

September 15th, 2008

Pernahkah anda terfikir dan tanya pada diri anda jika anda mempunyai sejumlah wang yang banyak, contohnya RM5000. Di mana anda boleh melabur wang tersebut untuk mendapat pulangan yang tinggi?Ada yang kata labur dalam ASB atau amanah saham yang lain. Cukup masa boleh dapat pulangan yang banyak. Ada juga yang kata beli aset seperti rumah agar boleh dapat pulangan yang tinggi. Sesungguhnya semua jawapan itu betul. Akan tetapi pada saya pulangan yang amat tinggi dan berbaloi adalah dengan membuat pelaburan kepada ILMU. Ya, memang betul!

Berapa banyakkah anda sanggup melabur untuk memperolehi pendapatan sebanyak RM1 juta? Pelbagai jawapan yang diterima. Ada yang menjawab RM1,000.00. Ada yang menjawab RM10,000. Ada juga yang menjawab RM100,000!

Walaupun soalannya berbunyi agak simple, namun, jawapan yang diberi menggambarkan sama ada anda serius dalam mencari ilmu untuk menjana pendapatan yang tinggi.

Cuba anda lihat pada orang-orang yang berjaya di seluruh dunia,mereka merupakan orang yang suka mencari ilmu untuk memperbaiki diri sendiri. Untuk mencari idea-idea baru, teknik dan strategi yang mereka boleh gunakan dalam memperbaiki diri sendiri dan menjana lebih banyak pendapatan, mereka sering dahagakan ilmu dan sentiasa menuntut ilmu.

Untuk melabur pada ilmu, berapa banyak anda patut melabur?

Di sini terdapat satu formula mudah untuk melabur untuk ilmu. Formulanya berbunyi laburkan 3% daripada pendapatan bulanan anda kepada ilmu yang dapat memperbaiki nilai diri anda.

Ini bermakna sekiranya pendapatan bulanan anda adalah RM2,000 sebulan, laburkan RM60 setiap bulan untuk ilmu memperbaiki diri anda. Mungkin dengan jumlah ini, anda akan dapat membeli 2 atau 3 buah buku yang berkaitan dengan industri anda. Ataupun, simpan 3% selama 4 bulan untuk mengumpul RM240 untuk anda menghadiri kursus yang boeh memperbaiki nilai diri anda.

Sekiranya anda melabur pada ilmu, sebanyak 3% daripada pendapatan anda setiap bulan, ilmu tersebut akan menambahkan pengetahuan dan kepakaran anda dan ia turut akan menambahkan pendapatan bulanan
anda. Sekiranya anda inginkan kemewahan dan kekayaan, anda perlu menjadi lebih baik dari mereka di dalam bidang anda. Untuk menjadi lebih baik – ilmu diperlukan!

Pasaran pendapatan adalah adil. Pasaran akan memberi pulangan yang hebat kepada mereka yang hebat di dalam industri masing-masing. Sekiranya anda menjalankan tugas sederhana, pulangan anda juga turut sederhana. Sekiranya anda mempunyai kepakaran yang tinggi atas hasil anda mendalami ilmu bidang anda sendiri, anda juga akan mendapat pulangan yang tinggi dalam bidang anda.

Katakan dengan melaburkan wang anda dalam memperbaiki diri anda pada setiap bulan sehingga anda menerima pendapatan RM4,000 sebulan. Dengan hanya menyimpan 10% setiap bulan daripada pandapatan tersebut ke akaun pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, akaun simpanan anda akan mencecah RM1 juta dalam masa 31 tahun sahaja! Anda akan pencen sebagai seorang jutawan!

Ramai yang akan mengeluh. Menjadi jutawan dalam masa 30 tahun adalah waktu yang lama! Di sinilah pelaburan pada ilmu pengetahuan menjadi lebih penting. Sering saya dengar kisah kejayaan di mana seseorang itu mendapat satu idea atau mempelajari satu teknik dari menuntut ilmu yang telah memberi mereka pulangan sehingga RM5,000, RM10,000, RM20,000 atau lebih setiap bulan!

Irfan Khairi