Archive for September, 2008

Cara Mencari Ilmu

September 15th, 2008

Dalam mencari ilmu, memang perlu kita melabur. Di sini saya akan terangkan serba ringkas tentang cara-cara mencari ilmu. Cara-cara mencari ilmu :1. Melalui buku-buku
Jangan lupa,tidak semestinya anda membeli buku. Perpustakaan membolehkan anda membaca apa saja buku dari pelbagai bidang tanpa anda perlu membeli buku-buku tersebut. Alasan tiada wang untuk membeli buku tidak diterima di sini.

2. Tanya Pada Yang Pakar
Salah satu cara terpantas mencari ilmu adalah mempelajari daripada mereka yang pakar. Dalam bidang apa sahaja pun, terdapat pakar yang telah berjaya. Pelajari dari pakar industri anda dan ia merupakan short-cut untuk anda berjaya. Ingat, anda tidak perlu mencipta kaedah baru- ikuti kaedah dan strategi yang digunakan oleh orang yang berjaya, dan anda juga akan turut berjaya!

3.Sertai Seminar Dan Kursus 
Anda juga boleh menyertai seminar dan kursus dalam memperbaiki nilai anda sendiri. Walaupun anda perlu melabur sejumlah wang dan tenaga anda untuk ke tempat kursus, sering kali saya mendengar kisah-kisah kejayaan daripada pelaburan sebegini. Peserta-peserta kursus saya juga ramai yang telah berjaya melalui kaedah ini!

Terdapat banyak cara untuk menambahkan ilmu yang akan menambahkan isi dompet anda! Apa yang menghalang anda hanyalah kemahuan anda dan kesungguhan anda untuk mencari ilmu tersebut.

Selamat Beramal !  :)

Kursus PERCUMA Perniagaan Internet

September 8th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, semoga anda sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.Saya banyak menerima email daripada pelawat blog saya tentang bagaimana ingin menjalankan perniagaan internet. Rata-rata mereka adalah newbie yang masih baru dan tak tahu langkah pertama di dalam perniagaan internet.

Saya akui bahawa di dalam internet sudah ada terlalu banyak tips dan info perniagaan internet. Tetapi ianya tidak tersusun dan menyukarkan newbie (orang baru) untuk mengambil langkah yang sewajarnya.

Di sebabkan itulah, saya mengesyorkan anda kursus percuma dari saudara Din Beramboi. Panduan step by step akan diberikan  kepada anda jika ingin belajar perniagaan internet. Ya, beliau akan berikan kursus percuma secara online yang dikenali sebagai: e-Kursus PERCUMA Perniagaan Internet bersama Team SmartBrain.

Jika anda sudah expert dan otai, e-kursus ini tidak sesuai untuk anda kerana beliau akan memberikan info dan langkah demi langkah bermula permulaan sehingga sudah boleh berdiri sendiri.

Sepanjang e-Kursus yang ada lebih daripada 10 siri itu, anda juga boleh bertanyakan soalan kepada saudara Din Beramboi dan beliau akan kumpulkannya dan terbitkan dalam bentuk sebuah ebook.

Jika anda berminat untuk mengambil langkah pertama ini, klik pada link di bawah:

http://www.dinberamboi.com/belajarpercuma

“Tanpa langkah pertama, tiada langkah yang kedua…”

Duit Tambahan Di Bulan Ramadhan

September 4th, 2008

Selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia kepada semua pengunjung blog saya. Sekarang ni dah nk masuk hari ke-4 kita berpuasa. Macam mana? Ok tak? Harap-harap semuanya meghayati bulan Ramadhan kali ni dengan penuh kesyukuran hendaknya!

Kali ni saya nak cerita sikit mengenai tajuk di atas : Duit Tambahan Di Bulan Ramadhan. Ramai yang mengambil peluang keemasan ini untuk mendapatkan wang saku lebih. Ye la, boleh buat modal utk beli baju raya, perabot raya, atau pun utk ‘angpau’ nk bagi kat anak buah2.

Kalau anda berniaga di Bazaar Ramdahan memang laku dan memang untung. Apa taknya, orang ramai memang  berpusu-pusu utk mencari juadah berbuka puasa. Biasala kan bagi orang2 yang bekerja  memang tak sempat nak siapkan makanan. Tambahan pulak bagi yang bekerja di kota raya…mesti jem punyer!

Biasanya peniaga-peniaga menjual bahan2 makanan, minuman dan tak kurang juga ada yang sempat jual mercun tu :)

Selain dari tu anda juga boleh menjual kuih raya, menerima tempahan baju raya dan macam-macam lagi. Sebenarnya jualan kuih-muih, baju raya atau lain-lain aksesori boleh juga dijual secara online.

Macam saya, pada tahun ni saya menjual brooch berantai Eksklusif yang sesuai untuk digayakan pada pagi Raya nanti. Untuk mengetahui lebih lanjut apa yang saya jual, boleh klik di sini: brooch berantai Eksklusif

Selain anda beli untuk anda sendiri, anda juga boleh beli brooch dan berikan sebagai Hadiah Hari Raya kepada ibu anda, tunang atau isteri tersayang, awek2 :D dan kepada sesiapa sahaja.

Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang ini..belilah dengan harga promosi ini sementara stok masih ada!

P/S: Lupa pula nak tanya…Anda berniaga apa pada raya tahun ni? Ceritakan sedikit di sini :)