Archive for November, 2008

7 Cara Mudah Dalam Merancang Pelan Pemasaran Yang Berjaya

November 12th, 2008

Pelan pemasaran merupakan suatu perkara yang amat penting  dalam sesuatu perniagaan.

Keuntungan dan pengembangan perniagaan anda adalah berkadar terus dengan pemasaran yang efektif.

Jika anda berfikir di mana dan bagaimana untuk bermula,  7 cara di bawah mungkin dapat membantu anda untuk memahami  tentang pasaran dan perniagaan anda.

Mari kita menjawab persoalan-persoalan di bawah:

1.Siapa – Siapa fokus atau target pasaran anda?

Siapa pelanggan anda yang ideal?

Apakah kajian yang perlu dilakukan untuk mencari lebih informasi mengenai target pasaran anda?

2.Apa – Apakah yang pelanggan anda mahukan?

Apakah produk dan servis kepada target pelanggan anda?

Apakah produk yang dapat menyelesaikan masalah target pelanggan anda?

Apakah penyelesaian yang pelanggan anda mahukan?

Apakah trends industri anda?

Apakah reaksi pelanggan anda?

Apakah yang anda akan syorkan / jual kepada mereka?

Apakah harga yang diletakkan?

3.Di mana – Di mana pelanggan ideal anda?

Di mana lokasi mereka?

Di mana lokasi anda yang memudahkan mereka untuk menghubungi anda?

Di mana pelanggan anda boleh mendapat mesej pemasaran anda?

Adakah anda akan berhubung melalui ‘personal conversations’, mengadakan seminar atau menulis di blog, newsletter atau melalui artikel?

4.Bila – Bagaimana kekerapan anda dalam menyalurkan mesej pemasaran anda?

Bilakah pelanggan anda betul-betul berminat untuk membeli produk?

5.Mengapa – Mengapa anda terlibat dalam perniagaan ini?

Mengapa pelanggan harus datang kepada anda?

Mengapa pelanggan harus memilih produk anda, bukan produk pesaing anda?

6.Bagaimana – Bagaimana cara pelanggan anda harus membeli?

Bagaimana anda boleh mendapatkan pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk anda?

Bagaimana anda berkomunikasi dengan menggunakan strategi pemasaran yang anda rancangkan?

Bagaimana anda menyediakan informasi kepada pelanggan anda supaya mereka membuat keputusan untuk membeli produk anda?

7.Mindset Pemasaran – Cuba untuk menguasai ‘mindset’ pemasaran dan perniagaan anda yang kecil akan bergerak maju ke hadapan dan mengaut keuntungan dan mencapai kejayaan.

Diharap anda mendapat manfaat dari artikel di atas.

Semoga berjaya! 

Benarkah Produk Digital Boleh Dijual Di eBay?

November 11th, 2008

Anda mungkin dah tahu bahawa pada masa sekarang, kita tidak boleh menjual ebook di eBay. Kebanyakan dari kita  selalunya menganggap produk informasi hanyalah ebook semata-mata. Ramai yang mensia-siakan idea yang mereka miliki untuk menghasilkan produk ebook kerana mereka rasa mereka bukan dilahirkan sebagai seorang penulis atau tidak mahu menggunakan masa dan kelebihan yang mereka ada untuk menghasilkan sebuah ebook.

Produk informasi sebenarnya merangkumi pelbagai medium dan format. Ia boleh jadi rakaman dalam bentuk audio, video, buku atau pun perisian. Ianya  boleh dihantar melalui muat turun secara digital atau dihasilkan melalui CD, DVD atau pun percetakan secara manual. Jika anda tidak suka menulis, anda boleh merekod suara anda mengenai sesuatu topik.

Bagaimana jika anda tidak tahu satu apa pun mengenai sesuatu topik tersebut? Cari orang yang bijak dan arif dalam topik yang anda mahukan. Anda boleh melakukan temuramah dengan orang yang arif tentang topik itu. Anda boleh menghantar produk sebagai muat turun audio dalam bentuk mp3 format atau pun CD. Terdapat servis yang membolehkan anda menemuramah seseorang melalui talian telefon, tetapi saya tidak akan menceritakan tentang servis tersebut pada kali ini. Servis tersebut akan merekodkan perbualan anda dan menghantar kepada anda semula dalam bentuk mp3.

Sebenarnya, anda boleh memilih untuk ‘outsource’ semua kerja penghasilan produk jika anda mahu. anda cuma keluarkan idea  dan ‘outline’ nya sahaja.

Jadi, terpulang kepada anda :)

Ebay Medan Menjana Wang

November 11th, 2008

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua pembaca,saya pasti ramai di luar sana masih tidak tahu apa itu eBay dan tidak faham apakah konsep asas dalam perniagaan eBay. Ebay merupakan laman web lelongan terbesar didunia! Ya, sekiranya anda masih belum mempunyai akaun eBay, anda adalah orang yang amat rugi kerana terdapat beribu-ribu usahawan ebay di luar sana sedang berkongsi jutaan pelanggan dari seluruh dunia. Sebanyak 90 Billion USD di dagangkan di eBay setiap hari.. Bayangkan betapa ruginya anda tidak berkongsi walaupun 1USD pun dari nilai itu.

Bagaimana perjalanan perniagaan eBay?

Di ebay terdapat 2 jenis akaun asas, BUYER dan SELLER. BUYER adalah golongan yang membeli di eBay manakala SELLER adalah golongan yang menjual. Sebelum menjalankan perniagaan eBay, saya amat menyarankan agar anda cuba membeli belah di eBay untuk merasai sendiri pengalaman membida dan menjual produk online.

Konsep asas jualan di eBay adalah dalam bentuk bidaan atau lelongan. Katakan anda mempunyai sebuah handphone lama dan ingin menjualnya di eBay, anda boleh meletakkan harga permulaan serendah USD0.99 dan buka lelongan selama 3, 5, atau 7 hari..

BUYER akan berebut-rebut membida handphone tersebut dan pembida yang paling tinggi akan menang. Pemenang akan membayar anda dan anda menghantar produk tersebut terus kepada pemenang. Mudah kan? Dengan teknik dan strategy yang betul, anda boleh mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Akan tetapi, tahukah anda kebanyakan usahawan eBay menjalankan perniagaan menjual gambar semata mata. Hanya gambar! Mereka langsung tidak mempunyai barang berkenaan.

Jika jual jam tangan, mereka hanya meletakkan gambar sahaja. Bukan menipu, mereka mengunakan pihak ketiga untuk membekal produk dan menghantarnya.

Jadi mereka telah untung atas angin tanpa perlu susah payah. Pihak ketiga ini dinamakan sebagai Dropshipper.

Pihak Dropshipper akan menguruskan penghantaran setelah mereka menerima bayaran dari pada usahawan ebay berkenaan.

Jadi..ia akan jadi begini :

Pelangan ->Usahawan eBay ->Dropshipper

Pelanggan akan membayar kepada usahawan eBay dan usahawan ebay akan membayar kepada Dropshipper. Dan Dropshipper akan menghantar produk berkenaan. Harga barang di Dropshipper adalah harga borong. Jadi usahawan eBay akan untung atas angin kerana mereka berjual beli dengan duit pelanggan berkenaan. Tak perlu keluar modal pun!

Ia adalah rahsia usahawan eBay!

Namun, ada satu ebook dimana ia mendedahkan bagaimana untuk berniagaan di eBay tanpa perlu anda menyimpan stok.

Anda boleh layari di : Panduan & Teknik Rahsia eBay

Rahsia ini yang kebanyakan usahawan ebay simpan. Rahsia bagaimana mereka membuat duit atas angin dengan hanya meletak gambar produk sedangkan mereka tidak memilikinya.

Jadi, apa tunggu lagi? klik di sini: Panduan & Teknik Rahsia eBay

Selamat Berjaya!

Wang Bukan Satu Matlamat?

November 11th, 2008

Anda pasti tidak mahu mendengar orang lain bercakap tentang tajuk di atas. Kebanyakan orang beranggapan “saya mahu mendapat wang yang banyak. Tidak kira macam mana sekalipun”.Terus-terang saya katakan hendak memiliki wang yang banyak bukanlah satu matlamat.

Ya, bukan satu matlamat!

Wang hanyalah alat yang membantu anda untuk mengawal destinasi anda. Oleh itu, anda akan hidup dalam kehidupan yang anda mahukan dan mencapai matlamat anda.

Dunia di sekeliling anda memberikan anda tanggapan yang wang adalah kunci kepada kehidupan yang bahagia.

Berhenti dan fikirkan sejenak…

Berapa banyak orang kaya, artis-artis atau orang kaya yang menang loteri yang anda tahu?

Jarang sekali…wang hanya membantu anda mendatangkan masalah! Wang bukan membawa kebahagiaan. Kebanyakan orang mengalami kesengsaraan disebabkan terlalu cintakan wang.

Ambil masa dalam beberapa saat dan fikirkan tentang perkara tersebut…

Fikirkan yang wang hanyalah sebagai alat, satu alat yang boleh anda gunakan untuk mencapai cara hidup yang anda kehendaki.

Baiklah, apa yang dimaksudkan dengan cara hidup?

Cara hidup anda mungkin:

  • Anda mahu bekerja hanya 3 hari seminggu atau
  • Anda mahu pergi bercuti selama 8 minggu setahun atau
  • Anda mahu bekerja separuh masa supaya anda boleh menjadi jurulatih pasukan bola anak anda.
  • Anda mahu menjadi sukarelawan kerana anda rasa ia amat penting atau
  • Anda mahu membantu anak anda di perpustakaan sekolah dan menjadi sukarelawan di sana.

Semua ini adalah pilihan dalam cara hidup.

Wang yang dapat membantu anda mencapai cara hidup yang anda mahukan!

Jangan fokus kepada cara untuk mendapat wang dalam jumlah yang tertentu, tetapi fokus kepada cara bagaimana untuk meletakkan hidup anda dalam posisi yang tertentu, dan wang dapat membantu anda melakukan perkara itu.

Saya tahu pendapat saya ini jarang didengar dan bertentangan dengan pendapat majoriti, tetapi ini merupakan prinsip asas orang-orang yang berjaya, dihormati, dan pemilik perniagaan yang cemerlang.

Oleh itu ingatlah: Wang bukanlah kunci kepada kebahagiaan, tetapi membantu anda mengawal dan mencapai matlamat hidup anda.

Selamat beramal! :)

Cita-Cita Obama Sejak Sekolah Rendah!

November 10th, 2008

Mungkin semua dah tau, prez US baru Barack Obama. Saya suka baca biografi-biografi orang yang berjaya, dan antara banyak-banyak info yan gmenarik mengenai Obama, adalah, beliau telah bercita-cita untuk menjadi president ketika di bangku sekolah lagi. Sekolah rendah!

Ketika Obama bersekolah rendah di Indonesia, seperti kita masa di sekolah rendah kita perlu tulis, bila besar nanti nak jadi apa. Standard lah, jawapan saya masa kecil dulu, Polis, Bomba, Askar… dan budak2 perempuan pula Pembaca berita, Pramugari & Cikgu :) begitu juga rakan2 Obama yang lain…

Tapi, bagi Barack Obama, cita-citanya sejak sekolah rendah adalah menjadi “PRESIDENT”! :)

Kalau seseorang boleh berpegang kepada cita-cita sejak sekolah rendah lagi dan mencapainya sehingga kini, apa lagi kita yang dah besar pandai- pastinya boleh mempunyai cita-cita & mencapainya!

- Irfan Khairi