Archive for December, 2008

Twitterfeed Memudahkan Kerja Anda

December 26th, 2008

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

hari ini saya akan memberikan anda satu rahsia bagaimana untuk menarik trafik ke blog anda dengan menggunakan twitter. Mungkin rahsia ini anda dah tahu, tapi saya nak bagi tahu jugak!  :)

Hanya 2 minit diperlukan…

Apa rahsianya?

Jeng, jeng, jeng….memperkenalkan Twitterfeed!

Apa itu Twitterfeed dan bagimana ia berfungsi?

Sebagian blogger (termasuk saya) biasanya harus bekerja dua kali untuk mempromosikan post terbaru via Twitter dengan harapan agar pembaca via Twitter juga mengetahui bila ada tulisan terbaru di blog kita. Sayangnya, cara manual ini saya anggap termasuk dalam kategori membuang masa saja. Itu belum lagi bila kita memiliki sifat pelupa..lupa bila nak update di Twitter!

Twitterfeed adalah penyelesaiannya…lupakan saja cara manual diatas, kerana Twitterfeed memudahkan anda melakukan tugas tersebut. Fungsi Twitterfeed sebenarnya sederhana, anda hanya perlu submit alamat RSS Feed blog anda dan biarkan Twitterfeed yang bertugas mengirimkannya secara automatik ke twitter anda..mudah kan  :)
 
1. Pastikan anda sudah memiliki akaun Twitter

2. Login ke Twitterfeed via OpenID

3. Login pada Twitterfeed dengan memasukkan alamat blog (pastikan anda sudah memiliki OpenID) atau anda boleh menggunakan myopenid.com

4. Pada laman Twitterfeed, setting dengan memasukkan alamat RSS Feed blog anda pada pilihan “my twitter feeds” dan pilih “Create new twitter feed”

Siap!! Mudahkan?

Oklah, selamat bertweet!!

P/S: Tweet saya di: http://twitter.com/Shukor

Pakej Kit blogger Yang Lebih Ummph!

December 22nd, 2008

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

baru-baru ni saudara Smartzul telah melancarkan semula Pakej Kit Blogger dengan versi 2.7.

Untuk pengetahuan anda, pakej ini ‘dirombak’ semula agar seiring dengan perubahan dalam sistem wordpress sekarang.

Saudara Smartzul telah mengemaskini pakej tersebut dengan lebih baik. Pakej Kit Blogger mengandungi:

Panduan dan Asas Blog
Panduan ini adalah asas mengenai blog. Wajib dibaca sebelum mula bina blog.

Pelan Tindakan Kit Blogger
Pakej ini dilengkapkan dengan pelan langkah demi langkah apa yang perlu dibuat satu demi satu. Ia megandungi langkah awal sehinggalah kepada asas promosi blog. Langkah demi langkah. Kejayaan pembinaan blog dot com memerlukan langkah dan perancangan yang tersusun rapi.

Senarai Semak Tindakan
Merupakan ringkasan bagi Pelan Tindakan Kit Blogger. Senang cerita, checklist untuk proses membuat blog anda.

Panduan Asas WordPress
Setebal 100 lebih muka surat,penuh dengan imej agar pembaca faham dan nampak apa yang perlu dilakukan. Ya, memang mudah untuk difahami. Antara kandungan Panduan Asas WordPress adalah proses pemasangan (hanya 13 langkah mudah), setting sistem blog, pasang theme dan plugin, serta yang terbaru dimasukkan adalah penggunaan Widget untuk sidebar.

Pakej Kit Blogger ini telah banyak membantu ramai orang yang dari tiada blog kepada ada blog dot com sendiri. Daripada penulis buku, motivator, penceramah, pendakwah, pelajar IPT dan sekolah, usahawan dan ramai lagi! Ya, Pakej Kit Blogger ini telah membantu saya juga! Memang mudah kalau dah ada panduan ni..

Bagi anda yang berminat, dapatkan panduan ini dan bina blog dot com anda sendiri. Memang mudah kalau dah tahu teknik nak membina blog ni. Anda boleh buat seberapa banyak blog yang anda mahu jika anda dah tahu caranya.

Apa yang menarik dan BESTnya Pakej Kit Blogger ni, anda boleh mendapat versi updated dari Smartzul secara PERCUMA dengan sekali beli sahaja! Memang baik dan pemurah Smartzul ni :D

Sekali saya sarankan kepada sesiapa yang masih belum tahu cara nak bina blog sendiri, boleh dapatkan dengan klik di link ini: Pakej Kit Blogger Versi 2.7

Semoga berjaya!

Bagaimana Untuk Menarik Trafik Dengan e-Kursus Percuma?

December 17th, 2008

Jika anda mempunyai pengetahuan tentang sesuatu subjek, kenapa tidak anda hasilkan satu e-kursus percuma untuk pelawat blog/web anda. Kursus tersebut mestilah berkaitan dengan tema dan niche blog/web anda. Jika blog/web anda bercerita tentang Affiliate, berikan kursus tentang Affiliate.

Anda boleh menawarkan e-kursus tersebut melalui html, autoresponder atau pun dalam format ebook;

HTML 

Letak e-kursus anda di bahagian belah kanan blog/web anda. Dalam satu laman web, cipta satu tajuk dan link isi kandungan supaya pelawat dapat pergi ke isi kandungan yang mereka minat dan perlukan bantuan dengan mudah.

Anda dapat meningkatkan trafik blog/web dengan cara membenarkan pelawat meletakkan link e-kursus tersebut di laman web/blog mereka.

Ebook

e-kursus  anda juga boleh diberikan dalam format ebook. Jika anda ada produk, letakkan juga iklan produk anda di dalam ebook tersebut. Anda juga boleh membenarkan pelawat untuk memberikan ebook tersebut agar anda dapat lebih banyak prospek.

Selain daripada itu, anda boleh menyewakan ruang iklan di dalam ebook tersebut kepada IM lain untuk mempromosikan
produk atau blog mereka. Anda dapat untung, mereka pun dapat juga. Win-win situation!

Autoresponder

e-kursus anda juga boleh diterbitkan dalam bentuk autoresponder. Anda boleh dapatkan servis autoresponder percuma dari internet. Antaranya ialah Freeautbot, akan tetapi kebarangkalian untuk email anda sampai ke dalam kotak e-mail mereka adalah amat rendah. Saya syorkan anda gunakan servis autoresponder berbayar seperti Aweber dan Getresponse. Servis mereka memang tip-top!

Terdapat banyak format yang boleh anda guna untuk mencipta e-kursus; downloadable text, pdf, print format, fax-on demand, cassette, video, dan banyak lagi. Gunakan format-format ini untuk meningkatkan trafik blog/web anda.

Selamat mencuba!

Kisah di Sebalik Sylvester Stallone…

December 10th, 2008


Stallone atau lebih dikenali sebagai Sly di awal usia mudanya bercita-cita untuk menjadi pelakon Hollywood. Untuk menjadi pelakon, ia tidak semudah seperti yang disangkakan. Pelbagai rintangan dan halangan yang terpaksa beliau tempuhi.

Beliau pernah diherdik “Kau ni muka dah la tak hensem, orang tak nak tengokla pelakon yang bercakap dengan mulut yang senget” (ni saya terjemah ikut gaya bahasa saya sendiri :) )

Akan tetapi, kata-kata itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berusaha…

Keinginan Yang Membara Membolehkan Anda Terus Fokus…

Sly mempunyai keinginan yang membara untuk berkecimpung dalam industri perfileman. Tolakan demi tolakan yang beliau terima tidak mematahkan semangat beliau. Seterusnya, beliau mengubah cara dan mencuba lagi. Isteri beliau memaksanya untuk mencari pekerjaan kerana mereka sekeluarga kelaparan dan tidak cukup wang untuk membeli makanan dan memanaskan badan. Beliau masih berdegil dan tidak putus asa. Sly tidak mahu mencari kerja kerana beliau takut terperangkap dengan kitaran hidup manusia biasa. Sly mahu mengejar cita-cita yang beliau impikan sejak kecil lagi. Beliau tidak mahu melakukan sesuatu yang membawanya tesimpang dari matlamat untuk menjadi bintang terkenal. Beliau percaya akan hasilnya dan tahu matlamatnya sendiri; beliau hanya perlu mencari jalan yang betul untuk mencapai matlamat. Sly kerap mencari dan mencuba pelbagai cara.

Suatu hari beliau pergi ke perpustakaan untuk memanaskan badan sambil membaca sajak Edgar Allan Poe. Setelah membacanya, Sly dapat melihat sesuatu dengan pandangan yang berbeza sekali. Beliau berkata dengan membaca sajak tersebut, beliau dapat mencari jalan yang baru untuk mencapai matlamatnya. Beliau terus mengekalkan keinginannya yang membara.

Sly cuba untuk menjadi penulis skrip tetapi setiap skripnya ditolak…

Sly Menjual Rakan Baiknya…

Akhirnya, satu krip beliau terjual, “Paradise Alley” dengan harga $100. Wang tersebut tidak kekal lama. Beliau jatuh miskin. Pernah beliau mejual barang kemas isterinya (jangan ikut perangai ni). Beliau begitu terdesak sehinggakan beliau sanggup menjual anjing peliharaannya; iaitu rakan baiknya. Beliau cuba menjual dengan harga $50 tetapi tiada siapa yang ingin membeli. Beliau mengubah cara menjual dan akhirnya menjual anjing tersebut kepada seseorang yang tidak dikenali dengan harga $25. Ini adalah titik kejatuhan paling teruk dalam hidup beliau.

Suatu malam beliau menonton perlawanan tinju di antara Muhammad Ali dan Wepner di telivisyen. Wepner teruk dikerjakan  Muhammad Ali  tetapi Wepner tidak berputus asa dan tetap melawan. Sly secara automatik mendapat idea untuk filemnya Rocky. Beliau terus mula menulis skrip selama 20 jam tanpa henti dan akhirnya skrip tersebut berjaya dihasilkan. Akan tetapi, skrip tersebut tidak berjaya dijual.

Sly Mahu Untuk Membintangi Filem…

Setelah beberapa kali skrip beliau ditolak, ada seorang yang percaya dengan skrip tersebut dan menawarkan $125,000. Sly akan menjual skrip tersebut jika beliau menjadi pelakon utama dalam filem itu. Beliau diberitahu yang beliau bukan calon yang sesuai dan tidak dikenali. Sly menolak tawaran tersebut walaupun beliau dan keluarga memerlukan wang.

Beberapa tawaran yang beliau terima sehingga pada satu masa beliau ditawarkan $325,000 untuk skrip tersebut tetapi beliau tolak kerana beliau tidak ditawarkan untuk menjadi pelakon utama. Skrip tersebut akhirnya dijual pada harga $35,000 dengan Sly ditawarkan untuk berlakon sama. Dari situ bermulalah perjalanan hidup beliau sebagai seorang seniman.

Apa yang anda dapat pelajari dari kisah hidup Sly?

  • Sly mempunyai keinginan yang membara. Beliau tahu akan hasilnya, matlamatnya, melakukan tindakan dan tetap fokus. Ini amat diperlukan oleh seseorang yang inginkan kejayaan dalam setiap yang mereka mulakan. 
  • Sly tidak takut untuk mengubah cara/teknik/jalan untuk mencapai matlamat beliau. Beliau mencuba dengan kerap sekali. Cuba ubah teknik/cara sesuatu yang anda lakukan jika hasil yang anda dapat bukan seperti yang anda inginkan.
  • Sly membakar semua jambatan atau jalan yang lain. Beliau tidak mahu untuk mengambil jalan lain yang tidak membawa beliau kepada tercapainya matlamat yang diimpikan. Kadangkala, untuk mencapai sesuatu matlamat anda perlu lupakan jalan yang tidak membawa kepada kejayaan. Sentiasa FOKUS pada matlamat anda!
  • Sly melakukan pengorbanan. Walaupun beliau jatuh miskin, pernah ditawarkan $325,000 untuk skrip beliau dan tidak ditawarkan untuk berlakon dalam filem tersebut, beliau tetap menolak tawaran itu. Untuk mencapai hasil atau keputusan yang diinginkan, kadangkala anda perlu lakukan pengorbanan. Jika terdapat jalan yang mudah, ia nampak bagus pada masa itu tetapi ia tidak akan membawa anda kepada matlamat yang anda impikan selama ini.

Ya, untuk berjaya anda perlu ada keinginan yang sentiasa membara, tidak takut untuk berubah jalan, lupakan jalan yang tidak membawa ke arah kejayaan, dan membuat pengorbanan jika perlu.

Saya berharap kisah ini dapat menaikkan semangat anda bukan sahaja untuk mencapai matlamat dan keinginan, tetapi untuk menunjukkan kepada anda bahawa tidak ada perkara yang mustahil untuk berjaya dalam apa jua…Sly pun boleh berjaya, apa lagi kita?

p/s: Saya suka cerita Rocky, ia menaikkan semangat motivasi saya untuk melakukan sesautu kerja yang saya rasa malas bila nak buat. Ceritanya pun sedikit sebanyak ada persamaan dengan kisah hidup Sly. Lagu “Eyes of The Tiger” memang best! :)  

         

Kuasa Pemasaran Affiliate

December 9th, 2008

Jika anda selalu melayari internet, anda mesti kerap mendengar tentang program Affiliate. Program affiliate merupakan program yang dirangka oleh syarikat atau usahawan persendirian yang memberi peluang kepada individu-individu untuk menjana wang dalam bentuk komisyen dengan hanya mempromosikan laman web atau surat jualan kepada orang lain. Jika mereka membuat pembelian, anda akan mendapat beberapa peratus dari jumlah wang yang dibayar oleh orang yang membeli produk tadi.

Apa yang menarik berkenaan bisnes ini ialah anda tidak perlu melakukan banyak kerja untuk membina mahupun menyelenggara sesuatu laman web. Apa yang anda perlu hanyalah satu direktori program affiliate dan promosikan produk supaya orang lain dapat melihat dan membeli produk tersebut.

Terdapat banyak program affiliate di luar sana. Taip sahaja di Google “Program Affiliate” atau “Program Referral”. Pasti anda akan dapat lihat bermacam-macam jenis program affiliate.

Cuma anda perlu fokuskan suatu topik agar lebih niche. Contoh; jika anda fokus kepada topik “SEO”. Taip kata kunci tersebut di enjin carian “SEO affiliate programs” dan akan tersenarailah bermacam-macam produk tentang SEO.

Di bawah adalah diantara laman web tempat di mana anda boleh mendapat beribu-ribu program affiliate yang anda boleh sertai:
1. http://www.clickbank.com – ClickBank
2. http://www.cj.com – Commission Junction
3. http://www.shareasale.com – Share a Sale
4. http://www.associateprograms.com – Associate Programs

Terdapat pelbagai jenis program affiliate. Di antaranya ialah:

Program Affiliate 1-Tier

Dalam situasi ini, apa yang anda dapat ialah komisyen dari satu transaksi sahaja. Ini bermaksud, jika anda membawa satu pelawat ke laman web, anda akan mendapat komisyen hanya sekali sahaja  untuk satu pembelian dalam satu masa. Kebanyakan produk yang berada di pasaran berada dalam kategori ini.

Program Affiliate 2-Tier

Tidak seperti program affiliate 1-tier dimana anda hanya mendapat komisyen sekali sahaja, anda boleh mendapat komisyen 2 kali dari mereka yang mendaftar sebagai affiliate melalui hasil dari promosi link anda.

Program Affiliate Seumur Hidup

Program affiliate seperti inilah yang dapat memberi “residual income” kepada sesiapa yang menyertainya. Biasanya, program ini digunakan untuk laman web keahlian. Apa yang anda perlu lakukan ialah promosikan laman web atau sesuatu produk tersebut supaya pelawat mendaftar, dan selagi mereka membayar yuran tersebut, anda akan sentiasa mendapat komisyen yang dijanjikan setiap bulan.

Ya, cara paling mudah untuk menjana wang ialah dengan menyertai program affiliate. Anda tidak perlu laman web untuk buat duit. Anda hanya perlukan satu blog untuk membuat review dan mempromosikan sesuatu produk kepada sesiapa yang berminat.

p/s : Pada mereka yang ingin mendapatkan ebook Kuasa Lelong daripada link saya, kuota tinggal 2017 tempat lagi. Antara tawaran yang saya sediakan ialah, pengembalian RM10 kepada anda sekiranya membeli ebook tersebut daripada link saya: http://shukorsubahir.com/kuasalelong . Emailkan bukti pembayaran yang anda buat kepada Noorizam Shah ke alamat email saya di shukorsubahir[at]gmail.com. (Tukar [at] kepada @)

 Cepat dapatkan sebelum terlambat!  :)