Archive for January, 2009

Belajar Hikmah Cara Socrates

January 30th, 2009

Suatu hari, seorang pemuda datang kepada Socrates dan berkata, “saya mahu belajar dan tahu semua yang kamu tahu!”

“Kalau itu yang kamu mahukan, mari ikut aku ke sungai”, jawab Socrates.

Dengan perasaan penuh ghairah, pemuda tersebut mengekori Socrates berjalan menuju ke sungai yang dimaksudkan. Apabila tiba di tebing sungai, Socrates memanggil pemuda tersebut, menyuruhnya merenung ke air.

“Tengok betul-betul dalam air tu, apa yang kamu nampak?”, katanya.

“Saya tak nampak apa-apa pun”, jawab pemuda tersebut.

“Tengok betul-betul. Dekatkan lagi kepala kamu itu ke air”, tegas Socrates.

Apabila pemuda itu meniarap dan mendekatkan mukanya ke air, Socrates segera memegang kepalanya dan membenamkan ia ke dalam air! Pemuda tersebut meronta-ronta dan tangannya terkapai-kapai kelemasan. Terdesak!

Bila mana pemuda tersebut kelihatan sudah seperti mahu lemas, Socrates menarik keluar kepalanya dan menyandarkan beliau ke tebing.

“Hoi orang tua. Engkau gila ke apa?”, tanya lelaki itu sambil terbatuk-batuk mencuba nafas.

“Engkau nak bunuh akukah?”, geram benar bunyinya.

“Semasa aku benamkan kepala engkau ke dalam air, apakah benda yang paling engkau hajatkan pada detik itu?”, tanya Socrates.

“Aku nak bernafas, aku mahukan udara!”, jawabnya tegas.

“Jangan sekali-kali kamu tersilap fikir bahawa HIKMAH itu boleh diperolehi dengan mudah, wahai anak muda”, kata Socrates.

“Apabila kamu mahu belajar, seperti kamu mahu dan berhajat kepada udara sebentar tadi, barulah datang kepadaku”, tegas Socrates, menyimpulkan pelajaran pertamanya petang itu.

[petikan The 7 Habits of Highly Effective Teens - Sean Covey]

Sumber: Saifulislam.Com

Bagaimana Untuk Menarik Pelanggan Menggunakan Media Sosial

January 22nd, 2009

Anda fikir Facebook hanya berguna untuk mencari rakan sekelas lama anda dan mencari rakan baru?

Anda fikir Myspace hanya berguna sekadar untuk berkongsi lagu?

Anda fikir blog sekadar jurnal online untuk berkongsi dengan satu dunia tentang apa yang anda makan, minum, atau siri televisyen kegemaran anda?

Jika begitu, fikir sekali lagi. Kebanyakan usahawan-usahawan internet sekarang menggunakan semua medium di atas dan media sosial yang lain untuk membina jaringan yang besar pengikut (follower) atau bakal pelanggan mereka, menarik minat pelanggan tanpa melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk tujuan pengiklanan dan melakukan dengan seronok tanpa ada rasa tekanan. Tekanan di sini bermaksud mereka tidak merasa rugi jika keuntungan mereka sedikit atau tiada langsung kerana pengiklanan menggunakan media sosial adalah percuma dan mereka tidak perlu risau tentang kerugian. Di bawah merupakan antara tips-tips yang harus anda ambil peduli jika ingin berjaya dalam pemasaran menggunakan media sosial:

Anda Perlu Ada Perancangan
Pertama sekali, anda perlu kenalpasti bagaimana dan adakah media sosial sesuai dengan keseluruhan strategi dan perancangan anda. Adakah anda hendak membina list, menarik trafik ke laman web/blog anda atau kedua-duanya sekali? Anda perlu ingat, keseluruhan hasil atau keputusan anda menggunakan media sosial bergantung kepada kebolehan anda menukarkan trafik yang anda dapat kepada pelanggan berbayar anda. Untuk mendapatkan keputusan/hasil yang baik, anda perlu memikirkan proses perancangan secara keseluruhan daripada bergantung kepada media sosial sebagai “pil magik” anda.

Isi Kandungan Adalah Raja
Terdapat satu teknik untuk meningkatkan populariti dalam media sosial:isi kandungan (content). Jika ada mampu untuk mencipta isi kandungan yang dapat menarik orang untuk membaca; isi yang dapat menarik perhatian, isi yang dapat menyelesaikan masalah pengguna, ada “x-factor” seperti sesetengah orang kata – anda akan mendapat jumlah pembaca setia yang ramai melalui jaringan media sosial. 

Isi kandungan atau sumber informasilah yang ramai orang akan cari di internet. Untuk menarik trafik ke laman web/blog anda menggunakan media sosial, anda perlu ada sesuatu yang orang lain amat tercari-cari dan perlukan.

Beri sebelum Anda dapat
Media sosial juga adalah medium efektif untuk membina hubungan yang baik kepada sesiapa sahaja yang bakal menjadi pelanggan anda. Adalah baik jika anda beri sebelum anda dapat. Maksudnya di sini ialah beri sumber-sumber maklumat atau pun pemberian percuma seperti laporan, ebook atau pun perisian percuma sebelum anda mendapat wang dari mereka jika mereka menjadi pelanggan anda.

Kekalkan keseimbangan Antara Memberi & Promosi Diri
Jika anda mempunyai artikel baru yang telah anda hantar ke direktori, email ke jaringan media sosial anda dan beritahu
pembaca setia anda tentang artikel tersebut. Orang akan bosan jika anda asyik mempromosi untuk menjual produk anda
sahaja, tetapi jika melakukan perkara yang saya sebutkan seperti di atas, ini akan akan mewujudkan keseimbangan seperti apa yang dipanggil “memberi sambil mempromosi”.

Peruntukkan Sumber Anda Dengan Bijak
Sumber yang saya maksudkan di sini ialah sumber wang dan masa.Seperti yang saya katakan tadi, media sosial tidak memerlukan sejumlah wang yang banyak untuk dilaburkan tetapi anda perlu melabur banyak masa jika anda tidak berhati-hati. Masa adalah emas dan amat berharga. Jadi, pastikan apa matlamat anda yang ingin dicapai dan peruntukkan masa anda dengan betul. Jika jumlah jaringan anda semakin berkembang, lantik seseorang sebagai pembantu media sosial anda dan anda pula boleh fokus kepada membina hubungan dengan bakal pelanggan atau pelnggan sedia ada.
Media sosial boleh menjadi salah satu cara yang berkesan untuk mempromosi perniagaan anda, membina “contact” baru yang bernilai, dan mungkin siapa tahu, anda dapat melakukan jv.
Jadi, cubalah  myspace, twitter, facebook dll.
Semoga berjaya!

- Shukor Subahir

Beverly Hills Traffic Report, Anda Dibayar $1.00 / Report Untuk Sebarkan Ni

January 21st, 2009

 Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

dua orang IM antarabangsa iaitu Jason Fladlien & Lance Tamashiro baru saja menghasilkan satu laporan bertajuk “Beverly Hills Traffic Report”. Ianya memberitahu anda 4 teknik bagaimana anda boleh meningkatkan trafik yang berterusan ke website anda.

Report ini memperoleh reputasi yang tinggi oleh Internet Marketer yang terkenal. Anda juga berpeluang buat duit dengan report ni.

Anda akan dibayar US$1.00 bagi setiap report jika anda membantu Jason Fladlien & Lance Tamashiro menyebarkan report percuma ni.

Bagaimana caranya?. Sila ikut panduan di bawah:

1. Pergi ke web http://shukorsubahir.com/BeverlyHillsTrafficReport/
2. Masukkan Nama dan Email anda untuk mendaftar
3. Buka akaun akaun email anda dan sahkan pendaftaran
4. Sekali lagi semak akaun email untuk dapatkan id dan password
5. Login ke akaun laman web yang diberikan 
6. Isikan butiran anda dan dapatkan link affiliate
7. Promosikan link affiliate anda. US1.00 untuk 1 report

Anda perlukan akaun paypal untuk menerima bayaran dari mereka. Jika belum ada, sila buka akaun paypal secara
percuma di http://paypal.com/

Ho..ho.. mungkin boleh jadi duit angpau untuk Tahun Baru Cina tahun ni :)

Mulakan sekarang di http://shukorsubahir.com/BeverlyHillsTrafficReport/

P/S: Program ni akan berakhir esok, 22 Januari 2009. 

Semoga berjaya,

- Shukor Subahir

Cipta Keunikan Dalam Perniagaan Anda!

January 19th, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blog shukorsubahir.com . Rasanya agak lama saya tidak mengemaskini blog ini. Saya agak sibuk kebelakangan ini dengan kerja-kerja ‘marketing’ untuk produk luar negara.

Hari ni saya nak kongsikan sedikit cerita dengan anda. Alkisah, hari Sabtu yang lepas, saya dan isteri pergi ke sebuah pusat membeli-belah sekadar nak jalan-jalan, merehatkan minda dan mencuci mata yang asyik berkerja menghadap komputer.

Mulanya kami pergi makan tengahari di sana. Lepas tu, berjalanlah saya bersama isteri di tingkat atas. Sambil berjalan tu, kami jenguk-jenguk jugalah kedai-kedai di tepi sampailah kami ternampak orang ramai berpusu-pusu ke satu kedai. Kami pun mendekati kedai tersebut dan kami dapati kedai tersebut menjual tudung dan aksesori kereta wanita.

Isteri kedua saya apa lagi, mulalah ajak saya masuk sama ke kedai tu. Melihatkan harga yang murah di situ, isteri saya terus memborong tudung-tudung yang dijual. Apa yang menarik yang hendak saya beritahu kepada anda di sini ialah tudung tersebut dijual berserta brooch yang telah dipadankan mengikut warna tudung tersebut. Tambahan pula, tudung tersebut di’packing’ dengan kemas dan menarik perhatian sesiapa sahaja yang lalu di kedai tersebut.

Dan yang paling menghairankan saya, di sebelah kedai tersebut ada 2 ke 3 gerai yang menjual tudung yang sama tetapi orang tidak pergi ke kedai tersebut. Inilah dinamakan ‘Marketing Strategy’. Walaupun wujudnya persaingan, pemilik kedai tersebut bijak mencipta keunikan yang menjadi daya penarik kepada setiap orang yang lalu-lalang di situ.

Keunikan yang dilakukan oleh kedai tersebut ialah:

  • Harga yang murah daripada pesaing-pesaing yang ada
  • Hiasan dalaman kedai yang unik dapat menaikkan ‘mood’ pengunjung kedai untuk membeli
  • ‘Packaging’ yang kemas dan menarik
  • Tawaran yang menarik (Tudung dijual sekali bersama brooch yang sesuai dengan warna tudung)

Apa yang saya dapat simpulkan di sini ialah:

  • Kaji dahulu strategi pesaing-pesaing dalam perniagaan yang anda ceburi
  • Cipta keunikan dalam perniagaan anda untuk mengalahkan pesaing yang wujud
  • Keunikan yang disebut sama ada dari segi harga, kualiti produk, cara pembungkusan produk, khidmat pelanggan, masa beroperasi dll.  

Dan yang paling saya bangga, kedai tu milik orang Melayu yang mengalahkan pesaing-pesaingnya (yang bukan Melayu)!

Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Semoga sedikit tips kali ini dapat memberikan anda idea untuk memaksimakan keuntungan perniagaan anda.

Semoga berjaya!

- Shukor Subahir
 

Kehidupan Seorang Affiliate Marketer

January 6th, 2009

Beberapa minggu yang lepas saya menerima email dari seseorang. Dia mengajukan beberapa soalan mengenai pelbagai cara untuk menjana wang sebagai affiliate.

Di akhir soalan, dia bertanya kepada saya “Betul ke boleh buat duit dengan affiliate?

Jawapan saya “YA“. Memang anda boleh buat duit dengan affiliate. Ini bukan “omong” kosong.

Jika anda masih baru dalam dunia affiliate, saya berani katakan kepada anda memang boleh buat duit dengan affiliate, tetapi anda harus berusaha keras dalam mempelajarinya jika anda ingin menjadi “Super Affiliate” atau “Top Affiliate” dalam sesuatu program affiliate.

“Affiliate marketing isn’t just something that you can just do. You need to work at it, and not give up”.

Dengan keadaan ekonomi dunia yang semakin merudum sekarang, pemasaran affiliate menjadi pilihan utama dan semakin berkembang. Semakin ramai yang mencari peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan atau duit tambahan. Semakin ramai juga yang sudah mula membeli-belah secara online. Ini mewujudkan situasi “win-win” untuk pemasaran affiliate.

Untuk menjadi “super affiliate”, belajar dan gunakan ilmu yang anda ada serta gabungkan dengan kerja keras anda. Memang mudah jika anda dah tahu cara dan tekniknya. Kemudian, gunakan teknik tadi secara berulang dan berterusan kerana ia terbukti berkesan dalam menjana wang menerusi program affiliate.

Jangan cepat berputus asa dan kecewa. Jika satu teknik tidak mendatangkan hasil, ubah dan gunakan teknik lain pula.

Jika anda nak tahu bagaimana nak jadi Affiliate Kelas A, anda boleh dapatkan ebook dan Kelas Affiliate A+ dari Ammar Zahar. Di sini, anda akan diajar bagaimana untuk menjadi affiliate yang hebat walaupun anda seorang newbie.

Di samping itu, anda akan mendapat support untuk bertanyakan tentang affiliate secara terus dengan Ammar Zahar.

Saya dah pun beli, ia memang banyak membantu saya. Bulan lepas saja saya dapat RM200 dalam masa 2 minggu sahaja mempromosi satu produk  :)

Anda bila lagi?

P/S: Tawaran saya, jika anda membeli melalui link affiliate saya, anda akan mendapat ebook Scott Case The 48 Hour Affiliate Action Plan berserta MRR secara PERCUMA dari saya.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut: http://shukorsubahir.com/AffiliateAPlus

Semoga berjaya!

- Shukor Subahir