Archive for February, 2009

Kelebihan Angan-angan

February 14th, 2009


“A picture paints a thousand words.”
 

Beri gambaran yang jelas dalam fikiran anda bahawa matlamat anda TELAH tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang atau 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimaginasi gambaran anda berjaya pada masa hadapan, akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut.

Fikiran manusia ni penuh dengan gambaran-gambaran, dan bukannya perkataan. Tugas anda adalah untuk memenuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda pada masa hadapan.

Kenapa? Tak percaya? Cubalah sendiri…saya sendiri telah mencuba teknik ini dan ternyata ianya berkesan. Ia dapat memotivasikan diri anda.

P/S: Berhati-hati, terlalu banyak bermimpi pada siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan “Angan-angan Mat Jenin”!