Archive for April, 2009

3 Cara Menjana Idea Perniagaan Yang Menguntungkan Pada Bila-Bila Masa

April 30th, 2009

Semua perniagaan bermula dengan sekeping idea. Jika anda telah melibatkan diri dalam perniagaan, anda memerlukan idea-idea untuk pemasaran, pengiklanan, menyelesaikan masalah, mencipta produk dan lain-lain lagi. Sesuatu perniagaan boleh mencipta kejayaan hanya dengan memikirkan dan menghasilkan satu idea. Begitu juga sesuatu perniagaan boleh diselamatkan daripada diisytihar “bankrap” dengan menghasilkan satu idea. Itu sahaja! Di bawah disenaraikan beberapa cara atau teknik untuk menjana idea perniagaan yang menguntungkan:

  1. Berkomunikasi secara berterusan dengan ahli perniagaan yang lain boleh menjana banyak idea. Terdapat banyak
    sumber sama ada secara “online” atau “offline” untuk bertemu dengan ahli perniagaan atau usahawan-usahawan lain. Antaranya ialah melalui seminar, ruangan chat, ruangan perbincangan, forum dan bermacam-macam lagi. Berkongsi pengetahuan anda, bertanya soalan, dan berkongsi informasi-informasi baru akan dapat menggerakkan minda anda untuk menjana idea perniagaan. Minda anda juga akan menjadi aktif untuk sentiasa memikirkan idea-idea yang bernas
  2. Jika anda tidak mempunyai rakan usahawan untuk berkomunikasi, cuba amalkan sikap membaca. Membaca dapat mensimulasi minda anda. Bacalah buka-buka mengenai perniagaan, majalah, ebook, laman web, jurnal, ezine, surat khabar dan lain-lain lagi. Minda anda akan menjana idea perniagaan yang menguntungkan melalui penyerapan dan pengolahan informasi secara berterusan
  3. Tiada masa untuk membaca? Anda boleh mendengar buku audio perniagaan, seminar dan juga kursus. Anda boleh mendengar informasi-informasi tersebut sama ada di dalam kereta, semasa anda sedang melakukan kerja-kerja rumah, semasa bersenam atau semasa anda sedang berehat. Juga, anda boleh mendengar informasi perniagaan melalui siaran radio, kalau di Malaysia seperti Stesen BFM, Radio 24 dan lain-lain. Ini dapat membantu anda menjimatkan masa dan menjana idea perniagaan yang menguntungkan

Terdapat beberapa tips tambahan yang dapat membantu anda memperbaiki strategi menjana idea perniagaan. Cuba luangkan sedikit masa anda untuk berehat dan melakukan proses “brainstorming” dengan informasi yahg anda dapat. Sediakan satu buku nota kecil beserta sebatang pen untuk anda tulis idea-idea perniagaan hebat yang anda dapat dan bawa buku nota tersebut kemana sahaja anda pergi. Jadi, jika anda memerlukan idea-idea perniagaan, buka dan rujuk kembali nota tersebut.

Secara keseluruhannya, semua perniagaan memerlukan idea perniagaan yang hebat dan menguntungkan untuk lebih berdaya saing, lebih maju, dan kekal di hadapan pesaing-pesaing yang lain.

- Shukor Subahir

Rahsia JV Terbongkar!!!

April 29th, 2009

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya,

pada kali ini saya nak menceritakan serba sedikit mengenai topik JV. JV atau pun “joint venture” adalah di mana 2 orang atau lebih usahawan bekerjasama dalam sesuatu projek dengan jangka masa tertentu. Dengan melakukan JV, anda boleh meluaskan peluang anda untuk bersaing dan seterusnya mengalahkan pesaing-pesaing yang lain. Di samping itu juga, anda dapat meningkatkan jumlah jualan produk atau perkhidmatan anda dan secara tidak langsung meningkatkan keuntungan dengan pantas. Tambahan pula dengan melakukan JV:

  • anda dapat menjimatkan wang kerana berkongsi kos operasi
  • anda mendapat “referrals” dari rakan JV anda
  • anda dapat menjimatkan masa yang amat berharga apabila berkongsi beban kerja bersama rakan JV anda
  • anda boleh menawarkan produk baru atau servis kepada pelanggan anda
  • anda mendapat rakan perniagaan yang baru
  • anda dapat menjimatkan wang dengan berkongsi kos pengiklanan dan pemasaran
  • anda mendapat nasihat percuma dan informasi-informasi penting dari rakan JV anda

Anda boleh mencari dan mendapatkan rakan JV anda sama ada melalui “online” atau “offline”. Di sini saya senaraikan beberapa cara untuk mendapatkan rakan JV secara “online”:

  1. Langgan dan sertai “e-mail discussion groups”, online forum dan “newsgroups” yang  mempunyai target market yang sama dengan anda
  2. Langgan e-zines yang mempunyai target market anda
  3. Cari rakan JV anda melalui laman web direktori anda dan enjin carian   

Jika anda telah mendapat prospek rakan JV, email kan proposal JV anda. Beritahu kepada mereka kelebihan yang mereka akan dapat jika melakukan JV bersama anda. Terangkan kepada mereka tentang kewujudan situasi “menang-menang” kepada kedua-dua belah pihak. Berikan sedikit pujian berkenaan perniagaan, laman web, produk dan servis bakal rakan JV anda. Jangan puji terlalu banyak…nanti disangka anda membodek mereka pula! :)

Dengan menggunakan 3 cara di atas,  peluang anda untuk mendapatkan rakan JV menjadi cerah.
Semoga berjaya!   

Shukor Subahir

eCover Produk Mampu Meningkatkan Hasil Jualan

April 28th, 2009

Jika anda menjual produk – produk digital, pastikan anda tidak mengabaikan rupa bentuk produk digital anda tersebut.

Sebagai contoh jika anda menjual ebook, maka sudah semestinya anda memerlukan rupa bentuk cover ebook untuk menzahirkan ebook tersebut. Maksudnya dengan adanya rupa bentuk eCover yang bersesuaian, ia dapat meningkatkan keyakinan pengguna untuk membeli produk anda.

Untuk menghasilkan ecover, terdapat 3 cara iaitu:

1. Mengupah designer menghasilkan ecover untuk anda
2. Melakukan ecover sendiri secara manual dari scratch
3. Menggunakan action script ecover

Pilihan pertama
Jika anda mempunyai modal, anda boleh mengupah designer menghasilkan ecover untuk anda. Kebiasaannya mereka (Designer) akan caj sekitar RM30 – RM150 untuk menghasil SATU (1) jenis ecover sahaja!

Bayangkan jika anda mempunyai 10 produk? Berapakah modal yang anda perlukan?

Pilihan kedua
Jika anda mahir menggunakan “TOOLS” yang disediakan di dalam Photoshop atau GIMP, anda boleh menghasilkan rupa bentuk eCover anda dengan mudah. Walaubagaimanapun, ia akan mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan rupa bentuk ecover yang diingini seperti rupa DVD box, eBOOK, CD, dan sebagainya.

Bayangkan jika 1 design mengambil masa 2 jam… Brapakah jumlah masa yang anda perlukan untuk menghasilkan 10 bentuk design?

Pilihan ketiga (DISARANKAN!)
Ini adalah pilihan yang bijak di mana anda menggunakan action script eCover untuk menghasilkan ecover pilihan anda. Anda boleh menghasilkan pelbagai bentuk eCover yang telah diciptakan khas untuk anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, hanya tekan butan PLAY, dan kemudian rupa bentuk eCover idaman anda akan terhasil!

Apa itu action script? Action script adalah “RAKAMAN” yang telah dibuat oleh penghasilnya bagi memudahkan segala tugas melakukan design. Jika kita ingin menghasilkan rupa design yang sama di masa hadapan, kita hanya perlu memainkan rakaman tersebut dan seterusnya rupa design yang diingini akan dihasilkan hanya beberapa minit sahaja!

Walaubagaimanapun, untuk menggunakan action script ini, anda memerlukan perisian Adobe Photoshop. Anda boleh download Adobe Photoshop (Trial Version) di http://www.adobe.com/products/photoshop/photoshop/

Jika anda SUDAH memiliki perisian ini, maka saya amat mengesyorkan anda untuk melihat action script dengan klik di sini…

(Anda boleh download action script percuma di laman tersebut juga!)

ikhlas,
Shukor Subahir

Banner Promosi eCoverProduk 468 x 60 pixels

RM1 Juta Tidak Cukup Selepas Bersara

April 21st, 2009

Rakyat Malaysia daripada golongan sederhana memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta ketika bersara sekiranya mahu mengekalkan gaya hidup semasa.Pengurus Negara ESG Direct Asia Pte. Ltd. bagi Malaysia, K. Sasitharan berkata, bagaimanapun jumlah itu sebenarnya hanya sekadar ‘cukup makan’ jika diambil kira kos perubatan dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati hanya 10 peratus rakyat Malaysia yang memiliki simpanan yang baik untuk menghadapi zaman persaraan mereka nanti.

”Namun, simpanan tersebut bukan hasil daripada tabiat menabung tetapi sebaliknya disebabkan mendapat gaji besar sehingga menyebabkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencukupi,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan Seminar Khas Perancangan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di sini.

Beliau berkata, sejumlah 10 peratus didapati menjadikan amalan menyimpan untuk menghadapi persaraan manakala 80 peratus lagi tidak bersedia langsung dan terpaksa bergantung kepada anak-anak.

Sasitharan berkata, walaupun amalan menabung masih lagi rendah di kalangan rakyat Malaysia tetapi ia adalah perkara normal bagi negara yang memiliki populasi muda.

Bagaimanapun, situasi itu perlu diperbaiki sebelum menimbulkan masalah kepada negara kerana dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lagi Malaysia berpotensi untuk mempunyai majoriti penduduk dewasa.

Beliau berkata, rakyat Malaysia sepatutnya menukar persepsi yang ada dan menjadi lebih bersedia dalam mengharungi dunia persaraan tanpa perlu mengurangkan gaya hidup sedia ada.

”Di Malaysia, pesara secara automatik akan mengubah gaya hidup kebelakang berikutan kekangan wang untuk meneruskan gaya hidup selesa semasa bekerja.

”Sebab itu, pesara akan balik ke kampung selepas bersara dengan harapan dapat mengawal perbelanjaan harian, sekali gus mengurangkan beban kos hidup,” jelasnya.

Beliau menafikan bahawa amalan menabung hanya berupaya dilakukan oleh golongan yang memiliki gaji yang lumayan.

”Dakwaan ini tidak benar kerana golongan pekerja yang memiliki gaji RM1,000 pun menabung, secara perlahan-lahan kerana gaji yang diperoleh akan mengalami kenaikan seiring tempoh bekerja,” jelasnya.

Sasitharan menegaskan, masalah di Malaysia adalah kebanyakan rakyatnya lebih mengutamakan gaya hidup berbanding menabung.

Sambil memberi contoh, katanya, rakyat Malaysia sekarang dilihat lebih cenderung berbelanja terlebih dahulu sebelum mendapat gaji.

”Sekarang ini, kad kredit telah mengawal perbelanjaan rakyat Malaysia, ini memang budaya bahaya kerana setiap kali mendapat gaji, kita akan mendahulukan hutang,” katanya.

Ditanya apa yang perlu dilakukan jika tabungan pekerja masih tidak mencukupi pada usia 55 tahun, Sasitharan berkata: ”Pekerja itu perlu terus bekerja kerana usia persaraan 55 tahun adalah masih muda berbanding negara maju pada usia 65 tahun. Ini bukan bermakna pesara yang tidak mempunyai cukup simpanan masih mempunyai 10 tahun lagi untuk menabung,” kata beliau.

Sumber: Utusan Malaysia

Jadi, renung-renugkan!  :)

Seminar Ebook Shuth!!

April 20th, 2009

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

fuh! Baru hari ni sempat taip post baru. Maklumlah, semalam banyak sangat aktiviti. Semalam juga saya pergi ke Seminar Perniagaan Ebook anjuran saudara Mohd Suhaimy a.k.a Shuth… Seramai lebih kurang 35 orang hadir ke seminar.

Memang banyak info, tips dan teknik yang didedahkan sepanjang seminar tersebut. Tunggulah kemunculan ebook sulung saya….TUNGGUUUU!!! Turut sama hadir ialah saudara Farid Sulaiman; pemilik RahsiaKambing.com . Di bawah ada sedikit gambar yang saya ambil semasa seminar:

Seminar Ebook

Peserta-peserta Seminar Ebook

 

Shukor Subahir dan Farid Sulaiman

Saya dan Farid Sulaiman, spoting bro ni  :)

 

Shukor Subahir dan Shuth

Saya dan Shuth…My Mentor!!