Archive for May, 2009

Kerja Kerajaan vs Kerja Swasta

May 25th, 2009

Kebanyakan kita mahukan kerjaya tetap yang dapat menjamin masa hadapan tidak kiralah samada sektor awam mahupun swasta. Bekerja dalam sektor awam amatlah diimpi-impikan oleh kebanyakan orang di Malaysia terutamanya bagi mereka yang baru sahaja yang menamatkan persekolahan ataupun pengajian di universiti. Bekerja di sektor awam mempunyai pelbagai kebaikannya yang tersendiri. Ada orang kata kerja di sektor awam ini ‘rileks’ sedikit berbanding swasta. Ada betulnya apa yang dipikirkan oleh orang ramai mengenai bekerja di sektor awam. Tetapi tidak semestinya begitu! Kerja di sektor awam ini begitu tinggi cabarannya demi memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan Negara berjalan dengan lancar.

Kebanyakan ibu bapa amat berbangga jika anak mereka menjawat jawatan di sektor awam. Tidak kiralah di jabatan mana pun, ataupun di kementerian mana pun anak mereka bertugas. Anak mereka telah memberikan kebanggaan kepada mereka. Ada yang menjadi pegawai, staf sokongan dan ada juga yang menjadi pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Tidak dinafikan bekerja di sektor awam tidak memberikan pulangan lumayan kepada sesiapa pun. Hendak jadi kaya, sektor awam bukanlah tempatnya. Jadilah ahli perniagaan jika mahu kaya! Sebenarnya walaupun tidak memperolehi pendapatan yang lumayan, sebenarnya bekerja di sektor awam memberi 1001 kepuasan kepada penjawat awam ini.

Penjawat awam ini sebenarnya memberikan dan meyumbangkan khidmat mereka demi membantu kerajaan mentadbir bumi Malaysia yang bertuah ini. Mereka ini lebih dihormati di kalangan masyarakat di atas jasa yang diberikan ini. Penjawat-penjawat awam diterapkan nilai – nilai integriti yang tinggi dalam melaksanakan kerja mereka seharian. Tidak dapat dinafikan ada juga penjawat awam yang menyeleweng dari tugasnya masing-masing. Ada yang rasuah, tidak amanah, dan meyeleweng tetapi itu hanyalah segelintir sahaja. Dan bagi mereka yang sebegini, tidak lama mereka berada dalam sektor awam. Biasanya dibuang kerja ataupu merengkok di penjara.

Pada masa kini, penjawat-penjawat awam diberikan pelbagai kemudahan dan kelebihan berbanding di sektor swasta. Ini semua adalah demi menjaga kebajikan kakitangan sektor awam juga. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan demi hal ini. Selain itu juga, sektor awam juga mempunyai kesatuannya sendiri yang lantang memperjuangkan hak-hak penjawat awam di Malaysia. Contohnya CUEPACs, kesatuan ini amat lantang memperjuangkan hal-hal kebajikan penjawat awam terutamanya dari segi kenaikan gaji, elaun, kenaikan pangkat dan macam-macam lagi. Kerajaan amat peka dengan tuntutan-tuntutan yang di buat oleh CUEPAC ini. Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, biasanya tuntutan – tuntutan mereka dipenuhi. Oleh kerana merekalah gaji kakitangan awam dinaikkan pada tahun 2007 yang lepas.

Faedah Bekerja Dalam Sektor Awam.

Tedapat banyak kelebihan dan faedah yang diperolehi setelah menyertai sektor awam. Di antaranya adalah:
1. Elaun Perumahan,
2. Cost Of Living Allowance (Cola),
3. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA),
4. Kenaikkan Gaji Setiap Tahun,
5. Kemudahan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan,
6. Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan,
7. Cuti Bersalin,
8. Pinjaman Perumahan,
9. Caruman KWSP ataupun Pencen,
10. Bersara pada umur 58 tahun,
11. Peluang Kenaikan Pangkat,
12. Peluang Melanjutkan Pelajaran,
13. Peluang Untuk Berkursus dari masa ke semasa,
14. Bekerja dalam jangkasamasa yang sesuai bagi manusia 8 jam sehari (kadang-kadang lebih masa juga),
15. Lebih mepunyai masa bersama keluarga dan dapat mewujudkan keluarga yang lebih bahagia.

ANDA TIDAK TERUJA KE?
Dan bermacam-macam lagi kebaikan yang boleh anda fikirkan sendiri. Dan disebab itulah juga dilaporkan permohonan untuk jawatan awam yang dianjurkan oleh sektor awam meningkat pada setiap tahun. Maka dengan itu, tidak hairanlah kerjaya di sektor awam kini menjadi pilihan kerjaya di musim kegawatan ekonomi ini.

Review: Malaysianbuy.com

May 24th, 2009

Jika anda pergi ke laman web ini, anda dapat lihat ia sebuah laman web direktori untuk web jualan, estore dan online shopping.

Tujuan laman web ini dibina mengikut kata tuan empunya ialah untuk mengelakkan daripada pengguna tertipu daripada apa yang mereka beli. Saya rasa ada bagusnya diwujudkan laman web ni. Pengguna dapat menggunakan laman web ini untuk menilai sama ada sesuatu produk atau perkhidmatan itu baik dan betul. Melalui laman web ini juga, pihak penjual produk dan penyedia perkhidmatan dapat menilai sejauh mana mutu produk/perkhidmatan mereka dan secara tak langsung dapat meningkatkan kecekapan serta servis mereka kepada pelanggan.

Satu lagi, apa yang best tentang laman web ni ialah kita boleh tahu lokasi sesuatu perniagaan. Ya, sudah tentu menggunakan google map. Anda juga boleh memberikan rating dan komen kepada sesuatu perniagaan. Kategori yang disediakan ada dalam 103 kategori.

Jika anda dapat lihat, masih belum banyak lagi senarai untuk dilihat dan diberikan rating. Laman web ini perlu lebih banyak promosi agar lebih ramai yang tahu kewujudannya dan seterusnya menarik lebih ramai pengunjung dan juga pemilik perniagaan untuk mempromosi perniagaan mereka. Jadi, kepada sesiapa yang nak mempromosi laman web jualan produk atau perkhidmatan mereka, boleh promosikan di malaysianbuy.com

Layari laman web ini di www.malaysianbuy.com sekarang!

Kelebihan Pembinaan Minisite Bagi Usahawan Baru

May 5th, 2009

Hari ini saya ingin berkongsikan pula tentang kelebihan pembinaan minisite bagi bakal usahawan baru internet terutama sekali buat anda…

Sebelum ini saya ada menerangkan bahawa terdapat pelbagai jenis konsep laman web yang boleh anda bangunkan. Namun, laman web yang paling berkesan dan menguntungkan untuk pemasaran internet adalah laman web yang berkonsepkan minisite.

Satu kelebihan utama pembinaan minisite adalah ianya adalah berkos murah. Ya, pembinaan minisite adalah amat murah sekali berbanding jika anda ingin membina laman web seperti shopping cart. Yang lebih menariknya, anda boleh mula membangunkan laman web minisite anda menggunakan perisian percuma sahaja!

Antara kelebihan lain laman web berkonsepkan minisite ini adalah kos maintenance nya yang rendah. Sebagai contoh jika anda ingin mengubahsuai isikandungan web anda, perkara yang perlu anda lakukan adalah edit kembali kandungan dan uploadkan ke internet. Cukup mudah dan boleh diubahsuai mengikut cita rasa anda.

Seterusnya dengan menggunakan minisite, anda juga mampu menyekat pelawat web daripada terganggu dengan lain – lain promosi produk. Sebagai contoh, jika di shopping cart, pelawat web mungkin akan jadi rambang mata… mereka akan klik sana sini untuk melihat produk – produk… namun akhirnya tidak akan membuat pembelian.

Berbanding dengan minisite, pelawat web hanya mempunyai 2 pilihan sahaja… memberi respon kepada promosi anda atau meninggalkan web anda. Jika penulisan ayat jualan anda yakni copywriting anda baik, maka anda mungkin dapat mempengaruhi pelawat untuk mendapatkan apa yang anda tawarkan.

Baiklah, sampai di sini sahaja dulu perkongsian saya. Semoga kita berjumpa lagi!

Ikhlas,
Shukor Subahir

p.s – Jangan lupa kalau anda belum tahu cara nak bina laman web minisite, segera dapatkan informasi dengan klik di sini…

Pemasaran Internet Menerusi Program Affiliate

May 2nd, 2009

Salah satu cara untuk meningkatkan hasil jualan produk anda adalah dengan melakukan aktiviti pemasaran menerusi program affiliate. Sebagai pemilik perniagaan, adalah menjadi satu perkara yang merugikan sekiranya program affiliate tidak ditawarkan kepada pengguna – pengguna internet.

Program affiliate adalah merupakan satu bentuk program yang menawarkan peluang usahasama diantara pemilik produk (pemilik laman web) dan pengguna internet yang lain.

Dengan menawarkan peluang usahasama ini, pengguna internet yang menyukai produk si pemilik berpeluang untuk mempromosikan produk tersebut kepada kenalan – kenalan mereka. Mereka akan dikenali sebagai “agen affiliate” apabila bertindak menyertai program affiliate yang ditawarkan.

Hal ini secara tidak langsung mampu meningkatkan hasil jualan produk kerana mereka iaitu agen affiliate akan bertindak mempromosikan produk tersebut ke serata tempat di internet.

Perkara ini juga mampu meringankan bebanan pemilik produk seperti anda untuk melakukan promosi kerana aktiviti promosi ini akan dilaksanakan oleh agen – agen affiliate. Anda boleh focus dengan kerja – kerja pengurusan produk dan penghantaran produk kepada pelanggan – pelanggan anda.

Untuk membangunkan program affiliate, sistem affiliate adalah diperlukan. Terdapat 2 kaedah untuk membangunkan program affiliate ini iaitu menerusi:

1. 3rd party Hosted Affiliate System
2. Self-Hosted Affiliate System

Terdapat pro dan kontra untuk kedua – dua kaedah ini. Kebiasaannya apabila kita menggunakan 3rd party hosted affiliate system, kita perlu membayar “yuran” setiap bulan.

Sekiranya kita menggunakan self-hosted affiliate system pula, kebiasaannya kita memerlukan kemahiran teknikal untuk memasangnya ke dalam laman web jualan kita.

Anda mungkin memerlukan penerangan lanjut tentang pemasangan sistem affiliate ini ke dalam laman web jualan anda. Jadi saya syorkan anda untuk melihat info lanjut dengan klik di sini…

ikhlas,
Shukor Subahir

Selamat Hari Buruh Semua!!

May 1st, 2009

Selamat Hari Buruh

Ya, post saya kali ini ringkas sahaja. Sempena 1 May iaitu Hari Buruh ini, saya bagi pihak admin ShukorSubahir.com ingin mengucapkan Selamat Hari Buruh kepada semua pekerja di seluruh dunia…hohoho, macam ucapan Hari Raya la pulok!

Yosh!