Archive for June, 2009

Panduan Mesti Beli!!

June 29th, 2009

Rakan IM saya iaitu Mazlie Nadzri baru sahaja melancarkan Panduan Minisites tepat pukul 12 tengahari tadi. Kepada anda yang tidak tahu membina minisites, panduan ini sesuai untuk anda. Ianya didatangkan dalam bentuk video tutorial, sekaligus membantu pemahaman anda mengikuti panduan ini.

Sekiranya berminat, bolehlah mendapatkannya melalui link dibawah ini segera kerana harga adalah RM30 untuk tempoh 48 jam sahaja, sebelum dinaikkan kepada RM40 selepas itu.KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT 

RM297.50 – Hanya Melalui Forum!!

June 21st, 2009

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

saya rasa masih belum terlambat lagi untuk saya post cerita ini. Tujuan saya membuat post ini bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi untuk menyatakan bahawa tidak mustahil untuk kita buat duit melalui internet. Ya, saya mendapat hampir RM300 hanya menggunakan forum sebagai medium pemasaran. Bagi anda, mungkin RM300 adalah kecil, tetapi ia amat bermakna buat saya. Ia juga membuktikan Kuasa Forum memang hebat! RM297.50 adalah hasil yang saya dapat dari mempromosikan dua ebook pada bulan lepas yang masih hangat ketika ini iaitu Panduan Kuasa Forum oleh Smartzul dan Panduan Kuasa Viral Facebook oleh Richie. Oh ya, gambar di atas merupakan cek yang saya terima dari saudara Smartzul hasil dari promosi Ebook Panduan Kuasa Forum.

Jika anda lihat dari statistik di atas, saya hanya menumpukan promosi di forum Wangcyber sahaja. Saya ada juga promosi di forum Duitmania, tapi pada akhir-akhir promosi sahaja.

Kalau anda lihat di atas, RM157.50 saya dapat dari Ebook Kuasa Forum dan RM140 saya dapat dari Ebook Kuasa Viral Facebook.

Jadi, siapa kata kita tak boleh buat duit dari internet? Ya, jika kita ikut jalan, cara, teknik yang betul kita akan beroleh kejayaan. Saya pasti anda boleh dapat lebih dari apa yang saya dapat.

Semoga berjaya!

-Shukor Subahir

 

 

 

Selamat Hari Bapa!!

June 21st, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

hari ini pada tanggal 21 Jun 2009 merupakan perayaan hari bapa bagi seluruh dunia. Jadi, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada ayahku yang tercinta walaupun beliau tak baca blog ni :) dan juga kepada semua di luar sana yang bergelar bapa atau ayah ataupun abah. Hargailah pengorbanan bapa anda selama ini!

Selamat Hari Bapa!

Tips : Kisah Strategi Pemasaran Email Yang Bijak

June 13th, 2009

Salam kepada semua ,apa khabar anda hari ini? Semoga sihat walafiat.

Hari ini saya ada satu cerita menarik yang ingin saya saya kongsikan bersama anda tentang strategi pemasaran email yang bijak.

Sebelum saya bercerita,izinkan saya mewar-warkan tentang sebuah laporan percuma tentang kuasa pemasaran email ini kepada anda: http://adf.ly/C4J

Baiklah, cerita ini adalah berkenaan 2 orang sahabat yang bernama Nabil dan Irma (kedua-duanya bukan nama sebenar) yang sedang hangat mengumpul senarai email bagi mempromosikan produk kurus mereka dengan mengedarkan laporan percuma mereka kepada orang ramai.

Nabil telah berjaya mengumpulkan 2,000 senarai email melalui laporan percuma tentang cara-cara menguruskan badan yang diedarkannya kepada orang ramai dalam masa sebulan.

Irma pula telah berjaya mengumpulkan 5,000 senarai email melalui laporan percumanya tentang bagaimana untuk menjaga kesihatan juga dalam tempoh tersebut.

Tiba pada hari pelancaran produk kurus mereka pada tarikh yang sama, Nabil nyata lebih berjaya dan popular dengan jualan produk kurusnya berbanding Irma walaupun senarai yang dikumpulnya kurang 3000 berbanding Irma.

Mengapa ini berlaku?

Nyata sekali laporan yang Nabil berikan tepat mengikut niche produknya dan senarai email yang dikumpulnya walaupun tidak sebanyak Irma, lebih berkualiti kerana lebih spesifik dan sudah pasti senarai email yang dimilikinya terdapat 90% daripada mereka yang mempunyai keinginan untuk kurus berbanding senarai email yang Irma miliki yang ternyata begitu umum.

Kesimpulannya di sini ialah untuk memiliki senarai email daripada kelompok yang anda sasarkan, silalah berikan produk percuma yang berkaitan dengan niche yang anda sasarkan tersebut. Biarlah senarai email yang anda kumpul itu tidak besar, asalkan ianya berkualiti.

Itu saja, cerita untuk kali ini dan jangan lupa untuk mendapatkan laporan percuma Kuasa Pemasaran Email ini:
http://adf.ly/C4J

Sekian, Salam Hormat.
Ikhlas,
Shukor Subahir