Archive for August, 2009

Berita Terkini Shukor Subahir dot Com

August 31st, 2009

Assalamulaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog Shukor Subahir dot Com.

Terlebih dahulu saya nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-52. Moga negara kita bertambah makmur dan kita dapat hidup dengan aman damai…Insyaallah!

Jika anda perasan theme blog ini sudah pun berubah. Saya sengaja mengubah theme blog ini agar nampak lebih kemas dan teratur. Pengubahsuaian masih dalam proses di mana terdapat beberapa perkara teknikal yang masih belum diperbetulkan. Di harap anda dapat bersabar dan saya minta maaf jika terdapat masalah ketika anda melayari blog saya ini.

Harap maklum.

- Shukor Subahir

PENTING! Pelancaran Semula Panduan Pelaburan Emas “Emas-Emas yang Hilang”

August 24th, 2009

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sebelum terlambat saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan selamat beramal beribadat pada kaum muslimin dan muslimat.

Seperti yang dijanjikan, pihak Team RahsiaEmas yang terdiri daripada Jamaluddin Bahari, Syukor Hashim & Abd. Hafiz Wasa dengan rasminya melancarkan kembali jualan Emas-Emas Yang Hilang versi Terbaru di web RahsiaEmas.com pada hari ini 24 Ogos 2009.

Untuk makluman, ebook ini memberikan panduan kepada pembeli bagaimana untuk memulakan pelaburan emas mereka sendiri tanpa melibatkan orang tengah. Berbagai – bagai tips dan teknik melabur dengan emas dibincangkan dalam ebook ini.

Apa yang anda perlu tahu mengenai pelancaran awal ebook ini dahulu? Ebook ini:

  • pernah dilancarkan pada 14 Julai 09 lalu dan ditutup jualannya pada 2 Ogos 2009.
  • sebanyak hampir 560 unit ebook terjual dalam masa 17 hari.
  • Ternyata ebook ini mendapat permintaan yang tinggi semasa pelancarannya pertamanya dahulu, sehinggakan ramai yang meminta pihak Team RahsiaEmas  membuka semula jualannya selepas jualan ditutup. Jadi, ramai yang sedang menantikannya.

Apa yang kelebihan – kelebihan yang anda perlu tahu mengenai pelancaran semula ebook ini?

Pembeli akan memperolehi keahlian/ membership oleh jutawanemas yang di dalamnya terkandung:

  • Ebook versi kedua Emas-Emas Yang Hilang yang ditambah bab-bab baru.(tapi masih asas – sesuai untuk anda untuk mengenal pelaburan emas)
  • Anda akan dibantu direct oleh En Syukor owner jutawanemas.com dan juga orang atasan Public Gold (PG) dalam melabur emas sehingga berjaya. Ini adalah satu janji dari En Syukor. Jika anda mengenali EN Syukor, anda sudah pasti tahu bagaimana beliau memang suka memberi personal coaching dalam pelaburan emas.
  • Anda akan berpeluang mendapat diskaun untuk menghadiri seminar – seminar mengenai pelaburan emas yang dianjurkan oleh En Syukor. Seminar terdekat adalah 28 ogos 2009 di UKM.
  • Anda akan menerima 1 ebook teknik advanced pelaburan emas yang 100% ditulis oleh En Syukor yang menceritakan teknik-teknik advanced dalam pelaburan emas.
  • Anda akan menerima 1 panduan yang menceritakan kejayaan yang sebenarnya melalui pelaburan emas. Ini akan diberikan dalam masa terdekat. (dalam proses penyuntingan oleh En Syukor)
  • Segala pertanyaan dan persoalan anda akan dijawab oleh En Syukor di ruangan membership tersebut. Tiada soalan yang tidak dapat dijawab oleh En Syukor, kerana beliau memang seorang pakar emas di Malaysia ini. Memang tidak dapat diragui lagi kredibilitinya.
  • Anda mungkin terpilih menjadi agen Public Gold yang bakal mampu merubah hidup anda serta-merta. Amat sesuai bagi anda yang inginkan kerja sampingan ataupun memang tiada pekerjaaan. Untuk makluman anda, Public Gold sedang merekrut 3000 agen-agennya di seluruh negara dan ebook ini adalah salah satu strategi yang digunapakai.
  • Jika anda tinggal berdekatan di Melaka, mungkin anda boleh berjumpa direct untuk mempelajari ilmu pelaburan emas. Ataupun mahu melihat wajah GURU anda.
  • Dan segala update, case study, tips2 terkini dalam pelaburan emas akan dapat Anda ketahui di ruangan membership ini.
  • Dan bermacam-macam lagi kelebihan yang bakal anda perolehi kelak. Anda jangan risau, segala support  dijamin 100% oleh En Syukor.

Jika anda mahu tahu, En Syukor adalah seorang yang amat minat mengajar mengenai ilmu pelaburan emas yang diketahuinya. Beliau antara orang yang amat terkenal dalam Malaysia dalam pelaburan emas ini.

Ingin mendapatkannya sekarang? terus saja ke RahsiaEmas.com

Sekian.

- Shukor Subahir

Salam Ramadhan!!

August 22nd, 2009

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua pembaca blog saya.

Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba pada esok hari, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain di bulan yang mulia ini.

Saya juga ingin mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa, terlanjur bicara semasa saya menulis blog ini yang mana anda ada yang terguris atau terasa, mohon ampun maaf sebanyak-banyaknya.

Yang kurang itu datangnya dari saya dan yang lebih itu semuanya atas kehendak Allah taala.

Terima kasih kerana melayari blog Shukor Subahir.

Diharap bulan Ramadhan pada kali ini akan menjadi lebih baik dari Ramadhan sebelumnya…Insyaallah!!

Kisah Di Sebalik Setiap Paket Mamee Monster

August 16th, 2009

Masa zaman kanak-kanak dulu, kita mesti tak lekang daripada makanan ringan. Baik gula-gula, coklat, aiskrim mahupun keropok, semuanya pasti teruja bila melihat makanan ringan tersebut di kedai runcit atau pun bila ‘bai’ roti yang menjaja menggunakan motorsikal lalu di depan rumah.

Salah satu makanan ringan yang saya paling suka sehingga sekarang ialah keropok Mamee Monster. Hohoho…terliurla pulak :)

Sehingga ke hari ni masih ramai kanak-kanak yang suka dengan setiap paket kuning yang berisi mee segera yang rangup. Mamee Monster ni bukan saja terkenal di Malaysia, malah di Singapura, Australia, dan beberapa negara di Asia serta di Eropah.

Akan tetapi ramai yang tidak tahu pengasas Mamee Monster, iaitu Datuk Pang Tee Chew atau lebih dikenali sebagai TC Pang. Tahukah anda, terdapat pada satu ketika di mana Mamee Monster telah ditutup?

Memang tidak dapat dinafikan pelbagai dugaan dan rintangan yang terpaksa ditempuhi oleh Tee Chew dan bapanya, Pang Chin Tin (yang juga bergelar Datuk sekarang) apabila menimbulkan satu konsep ‘makan mee segera tanpa pelu memasaknya’.

Seperti kebiasaannya, idea tersebut telah ditentang, dikritik dan diperlekehkan. Saya dapat bayangkan orang-orang di sekelilingnya pasti mengatakan bahawa idea tersebut sebagai sesuatu yang tidak masuk akal. Malahan, pembekal utama mereka sendiri memberi komen idea tersebut tidak mungkin akan berhasil. Nah! Sekarang idea tersebut telah diterima oleh orang ramai.

Cuba anda bayangkan sekiranya Tee Chew dan bapanya berputus asa, kita tidak akan merasa dan melihat Mamee Monster yang dipaketkan dalam bungkusan berwarna kuning dan dijual di kedai runcit, pasaraya-pasaraya dan ‘bai’ roti.

Apa yang saya cuba tonjolkan di sini ialah sikap dan ciri-ciri yang harus ada pada setiap usahawan iaitu tidak mudah berputus asa, dan mengambil sikap tidak endah dengan setiap kritikan dan sindiran yang diterima.
Sekarang, ramai orang terutamanya kanak-kanak di seluruh dunia seronok menikmati setiap bungkus Mamee Monster dan tidak ketinggalan pula bagi mereka yang tua, ia menjadi sebahagian daripada kenangan manis zaman kanak-kanak. Kerangupan snek tersebut terserlah dari satu generasi ke satu generasi dan saya tidak nampak ia akan terkubur.

Oleh itu jika anda ingin berjaya, jangan mendengar kritikan atau  kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anda walaupun kita diperlekehkan. Realisasikan idea tersebut. Jangan takut dengan kritikan-krtikan yang anda dapat.

Salah satu tips yang saya boleh berikan untuk mengatasi kritikan tersebut ialah dengan memaafkan mereka. Ini kerana mereka tidak nampak usaha anda untuk memperbaiki diri anda sendiri pada masa akan datang. Anda pun akan dapat pahala jika memaafkan mereka :) . Selepas memaafkan mereka, teruskan usaha anda untuk mencapai kejayaan.

Anggap kritikan dan sindiran itu sebagai satu cabaran untuk membuktikan keupayaan anda. Untuk berjaya, bukannya senang!
Selamat beramal!

-Shukor Subahir