Archive for September, 2009

Salam Lebaran!!

September 18th, 2009

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca setia blog Shukor Subahir dot Com.

Memandangkan hari raya pun hampir tiba, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat anda semua.

Sebelum pulang, pastikan keselamatan rumah berada di tahap yang optimum. Bagi yang menaiki kenderaan sendiri pula, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan terbaik.

Saya akan pulang ke kampung isteri saya dahulu di Kedah  memandangkan pada tahun lepas kami beraya di Johor. Kami akan bertolak lepas sahur pagi esok. Saya bercuti selama seminggu dan akan kembali ke KL pada 27hb.

Jadi, segala email akan saya balas pada 28hb nanti. Di kesempatan ini juga saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan yang tak disengajakan seperti perbuatan ataupun perkataan kepada anda.

Semoga selamat pergi dan selamat pulang ke destinasi anda masing-masing. Berhati-hati di jalan raya :)

Buat Duit Dengan Menulis Buku

September 15th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk mencapai status kebebasan kewangan atau ‘financial freedom’, kita perlu mempunyai lebih dari satu sumber kewangan. Sememangnya kita tidak boleh melakukan banyak kerja dalam satu masa untuk menjana pendapatan. Oleh itu, wujud satu knsep pendapatan yang disebut sebagai pendapatan pasif. Pendapatan pasif bermaksud satu bentuk pendapatan yang anda perolehi walaupun anda tidak bekerja dan berada dalam keadaan “pasif”. Ianya adalah merupakan satu bentuk pendapatan yang anda perolehi secara berulang-ulang kali setelah anda menyiapkan satu perkara/kerja.

Sebagai contoh, jika anda merakam lagu, menulis lirik atau pun lagu, anda akan mendapat royalti dari hasil kerja anda. Contoh lain adalah dengan menulis buku. Anda hanya perlu menulis buku itu sekali sahaja, Setiap buku anda yang terjual, anda akan mendapat royalti (pendapatan).

Minggu lepas saya ada bersembang dengan salah seorang penulis yang aktif iaitu Tuan Zamri Mohamad. Beliau telah menulis banyak buku dan di antara buku hasil tulisan beliau ialah:

  • Memahami Bahasa Cinta Lelaki
  • 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki
  • Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas
  • Magnet Cinta
  • Rahsia Bisnes Mamak 
  • Mempengaruhi Bos Cara Streetsmart
  • Mengurus Konflik Gaya Streetsmart
  • E-buku Tip Karier untuk Wanita Moden
  • Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
  • Tip Menjadi Penulis Bestseller
  • Internet Marketing untuk Bisnes Kecil
  • Geng Genius Misteri Lokman
  • Buat Duit dengan YouTube
  • 30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh
  • Remaja@PTS One

Semasa bersembang dengan Tuan Zamri, beliau ada memberikan sedikit tips bagaimana untuk menjadi seorang penulis. Berikut merupakan petikan sembang maya saya dan Tuan Zamri Mohamad: » Read more: Buat Duit Dengan Menulis Buku

Macam Mana Nak Jadi Kaya?

September 4th, 2009

Masyarakat kita sering mempunyai tanggapan negatif terhadap wang dan kekayaan. Masa kecil pun kita sering dengar “Duit banyak pun, bukan boleh bawak ke kubur”. Cerita-cerita di TV pun sering menonjolkan mereka yang kaya ialah orang jahat, menjalankan aktiviti jenayah, sombong dan bongkak.

Sebenarnya kita semua mesti ingin menjadi kaya kan? Betul tak? Kalau nak jadi kaya, saya hadiahkan satu video oleh Jack Canfield: How To Get Rich untuk anda tonton tentang tip-tip bagaimana untuk menjadi kaya. Enjoy!!

Jack Canfield: How To Get Rich

Dapatkan Laporan PERCUMA Panduan Pay Per Lead Di sini!

September 3rd, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini merupakan pengumuman khas! Bro Dlie telah pun melancarkan sebuah laporan PERCUMA yang bertajuk :

“Panduan Pay Per Lead – Panduan Buat Duit dengan Program PPL”

Laporan ini benar-benar PERCUMA dan mendedahkan beberapa tips dan teknik untuk menjana pendapatan melalui program PPL.

Anda boleh dapatkan laporan PERCUMA tersebut dengan klik link berikut :

http://www.janaduitonline.com/panduanppl/index.php?ref=sk

Selain itu, bro Dlie juga telah menyediakan program PPL untuk anda sertai. Anda perlu dapatkan laporan PERCUMA tersebut dan link pendaftaran agen promosi akan diberikan melalui email.

Komisyen bagi setiap email yang berdaftar secara sah ialah sebanyak RM0.30 dan minimum payout ialah sebanyak RM15 atau 50 email.

Oh, ya! Bro Dlie juga telah menganjurkan Cabaran PPL Panduan Pay Per Lead bermula 3hb Sept 2009 sehingga 15hb Okt 2009 dengan bonus dan hadiah yang menarik seperti berikut :

Jika anda berjaya mengumpul..

100 email, tambahan bonus sebanyak RM5.00
250 email, tambahan bonus sebanyak RM15.00
500 email, tambahan bonus sebanyak RM35.00

Hadiah TOP AFFILIATE pula adalah seperti berikut:

Tempat Pertama
Wang tunai RM100

Tempat Kedua
Wang tunai RM70

Tempat Ketiga
Wang tunai RM40

Jadi anda mempunyai masa kurang dari 1 bulan setengah untuk merebut peluang dan menyertai cabaran ini. Dapatkan laporan PERCUMA tersebut dan daftarkan diri anda sebagai agen promosi!

Klik disini : http://www.janaduitonline.com/panduanppl/index.php?ref=sk

Selamat maju jaya!

- Shukor Subahir

Tiada Pengalaman, Macam Mana Nak Berjaya?

September 3rd, 2009

  

Adakah anda sering dikritik kerana “tiada pengalaman” atau “tidak cukup pengalaman” dalam memulakan perniagaan?

Ada masanya tiada pengalaman adalah baik untuk anda.

Untuk berjaya pada usia muda, sudah tentu pengalaman menjadi isu utama untuk meneruskan usaha. Sebenarnya, anda boleh ambil kekurangan ini sebagai kekuatan anda kerana apabila tidak berpengalaman, seseorang itu akan cenderung untuk mencuba benda-benda baru.

Kurang pengalaman akan membuat anda tidak bersandarkan pada sejarah, tetapi memaksa anda untuk berfikir di luar kotak.

Selepas ini, sekiranya ada orang mengkritik anda kerana “kurangnya pengalaman dalam memulakan perniagaan”, ingat bahawa Bill Gates, Michael Dell dan Irfan Khairi sendiri memulakan perniagaan tanpa pengalaman.

- Irfan Khairi