Archive for October, 2009

Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my

October 27th, 2009

Saya sering mendapat pertanyaan dari pengunjung blog saya yang ingin memulakan perniagaan internet. Soalan yang paling popular ialah “Apa produk yang boleh dijual di internet?“.

Sebenarnya, produk yang boleh dijual di internet terbahagi kepada 2 iaitu produk fizikal dan produk digital. Produk fizikal ialah barang yang perlu dibungkus dan dipos jika kita menjual melalui internet. Contohnya, seperti tudung saji, buku, telefon bimbit dan lain-lain. Produk digital pula ialah produk dalam bentuk audio, video, perisian seperti CD, ebook, software, video dan audio tutorial.

Saya tidak mahu menerangkan produk digital dalam entri pada kali ini. Apa yang saya nak terangkan adalah mengenai produk fizikal. Cara termudah untuk memulakan perniagaan internet jika anda masih baru lagi dalam perniagaan internet ialah dengan menjual produk fizikal. Ia merupakan cara yang paling mudah dan cepat dalam membina perniagaan internet. » Read more: Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my

Kisah Tony Hawk…Siapa Tu?

October 13th, 2009


Assalammualaikum dan salam sejahtera, lama juga tak membuat post selepas raya ni. Bulan raya ni, boleh dikatakan setiap hari ada jamuan hari raya. Tak kira kat rumah mahupun di pejabat. Naik berat badan dibuatnya…

Baiklah, hari ni saya nak kongsikan kepada anda mengenai kisah seorang usahawan dari Amerika yang boleh kita jadikan sebagai motivasi dan penyuntik semangat untuk kita meneruskan perjuangan sebagai seorang usahawan.

Masa zaman saya sekolah menengah dulu, pengaruh ‘skateboard’ menular dengan begitu cepat sekali. Pada zaman tersebut juga, jika kita berkata tentang ‘skateboard’, nama Tony Hawk begitu sinonim dengannya. Ramai betul peminat fanatik Tony Hawk ni termasuklah saya. Beliau menjadi ‘pro skater’pada awal usianya 14 tahun. Beliau juga menjadi atlet yang paling banyak memenangi pertandingan dalam sejarah ‘pro skater’dan pada tahun 1999 beliau orang yang pertama berjaya membuat aksi “900” (900-degree turn) dalam X Games di San Francisco.

Itu cerita 10 tahun yang lalu. Akan tetapi semalam, saya terbaca tentang kisah beliau dalam satu laman web. Beliau rupanya telah manjadi seorang usahawan yang sedang meningkat naik.

Ikuti kisah dan temubual bersama Tony Hawk: » Read more: Kisah Tony Hawk…Siapa Tu?