Archive for April, 2010

Siri Pengiklanan Internet: Asas Pengiraan Pengiklanan Di Internet

April 30th, 2010

Sebelum ni, saya memang melopong bila masuk bab-bab nak mengira CPM, CPC, dan conversion rate. Tapi saya mengambil inisiatif untuk  cari sampai dapat tentang info ni. So, khas buat anda semua, di sini saya terangkan serba ringkas. Topik ini amat penting terutamanya jika anda ingin betul2 serius dalam perniagaan internet.

Cara Mengira CPM
================

CPM bermaksud cost-per-mille. Mille merupakan bahasa latin yang bermaksud per seribu (/1,000). Dalam kes ini kita berkata tentang 1,000 impression pada sesuatu laman web (atau pun dipanggil page views). Ia merupakan metrik yang kerap digunakan untuk laman web.Harganya bergantung kepada 1,000 impression.

Terdapat banyak faktor yang membezakan harga sesuatu iklan jika mengikut CPM.
Antaranya ialah saiz banner, di mana kedudukan banner diletakkan dan bermacam-macam lagi faktor.

Formula Asas: Sebagai contoh, anda ditawarakan oleh pihak pengiklan dengan harga RM10 CPM untuk banner 300×250 yang diletakkan di bahagian atas laman web. Jika anda meletakkan iklan tersebut dan ia menghasilkan 120,000 page views pada bulan itu, pihak pengiklan akan membayar kepada anda RM10 x 120,000/1,000 » Read more: Siri Pengiklanan Internet: Asas Pengiraan Pengiklanan Di Internet

Bagaimana Untuk Mencari Broken Link Dalam Laman Web Anda?

April 17th, 2010

Adakah Anda Tahu Bagaimana Untuk Mencari Broken Link Dalam Laman Web Anda?

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda satu tool yang bagus dan amat berguna untuk mencari broken link dalam laman web anda.

Broken link merupakan link-link yang terdapat dalam laman web anda yang dituju ke laman yang tidak wujud.

Mungkin anda telah delete laman tersebut kerana ianya tidak releven lagi atau pun mungkin anda menggunakan URL yang salah semasa mencipta link tersebut. Faktanya disini adalah apabila pelawat klik pada link tersebut, apa yang mereka dapat lihat hanyalah laman error 404 yang mengecewakan. » Read more: Bagaimana Untuk Mencari Broken Link Dalam Laman Web Anda?

Tip Ini Umpama EMAS Dalam Pengurusan Masa

April 7th, 2010

Berikut adalah salah satu tip  yang saya bongkarkan di dalam Ebook Rahsia Pengurusan Masa:

Fokus

Ini amat penting. Saya telah merasa kesannya. Nampak macam mudah tetapi ia amat efektif.

Bila anda bekerja online, anda tidak dapat lari dari alat komunikasi atau gajet seperti email, MSN, Yahoo Messenger, Skype, telefon mahupun telefon bimbit.

Semuanya merupakan “tools” yang hebat. Akan tetapi jika anda menggunakannya semasa sedang melakukan kerja, anda memerlukan dua kali ganda masa yang diperlukan untuk menyiapkan kerja anda.

Sebagai contoh, anda sedang menyiapkan satu artikel. Setelah 15 minit, anda diganggu dengan satu email. Anda membalas email tersebut yang sebenarnya tidak penting bagi anda. Katakan anda menghabiskan masa selama 10 minit untuk membalas email dan kemudian anda kembali menulis artikel. » Read more: Tip Ini Umpama EMAS Dalam Pengurusan Masa