Siapa Saya?

SIAPA SAYA?

Sedikit  informasi mengenai diri saya; nama penuh saya ialah Abd Shukor Bin Md Subahir..di internet saya dikenali sebagai Shukor. Saya sudah pun berumahtangga. Saya merupakan anak jati Johor, tetapi sekarang menetap di Kuala Lumpur.

Saya sedang berkhidmat di salah sebuah institusi perubatan negara. Di samping itu, saya juga menjalankan perniagaan internet secara separuh masa. Saya memang minat berniaga. Saya mempunyai impian untuk menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa. 

Pengalaman saya dalam bidang perniagaan bermula sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Saya masih ingat pengalaman pertama saya di mana secara tidak langsung saya telah terlibat dalam satu perniagaan. Ketika itu merupakan musim di mana ramai pelajar-pelajar lelaki suka bermainan `tindan pemadam getah’. Saya merupakan orang yang sering menang dalam permainan itu dan hadiah yang saya dapat ialah pemadam getah milik pemain-pemain lain. Disebabkan terlalu banyak pemadam getah yang telah saya menangi, saya telah mengambil peluang dengan menjual pemadam getah yang telah saya menangi kepada rakan-rakan saya yang bertanding. Bila salah seorang dari mereka kalah, mereka pasti membeli pemadam yang mempunyai pelbagai corak daripada saya untuk bermain lagi. Mudah bukan? Hasil yang saya dapat saya buat duit belanja sekolah :) Tetapi, tidak berapa lama kemudian saya terpaksa berhenti berniaga sebab teruk saya kena marah dengan mak saya :)

Ternyata definisi perniagaan adalah sangat luas dan sesiapa sahaja sama ada mempunyai modal yang besar atau kecil boleh menceburinya. Contohnya perniagaan internet. Saya mula menceburkan diri dalam perniagaan internet pada tahun 2007. Pada masa itu,  saya lebih terarah kepada program `Google Adsense’. Memang saya akui, dahulu saya seperti orang lain juga yang mengatakan pendapatan di internet ni karut belaka. Tetapi selepas saya menceburkan diri dalam bidang ini walaupun atas dasar suka-suka, akaun bank mula terisi. Di situlah minda saya mula berkembang.

Pelbagai info tentang perniagaan, motivasi, kewangan dan keusahawanan yang boleh anda dapati dari blog saya ini. Jangan segan-segan untuk memberi komen ya ?

Bagi anda yang ada akaun Twitter dan Facebook, bolehlah `add’ saya dan ikuti perkembangan saya melalui:

Twitter: http://twitter.com/Shukor
Facebook: http://shukorsubahir.com/fb

Selamat beramal dan semoga berjaya. Jumpa anda di puncak kejayaan!

Ikhlas,