Kerja Kerajaan vs Kerja Swasta

Kebanyakan kita mahukan kerjaya tetap yang dapat menjamin masa hadapan tidak kiralah samada sektor awam mahupun swasta. Bekerja dalam sektor awam amatlah diimpi-impikan oleh kebanyakan orang di Malaysia terutamanya bagi mereka yang baru sahaja yang menamatkan persekolahan ataupun pengajian di universiti. Bekerja di sektor awam mempunyai pelbagai kebaikannya yang tersendiri. Ada orang kata kerja di sektor awam ini ‘rileks’ sedikit berbanding swasta. Ada betulnya apa yang dipikirkan oleh orang ramai mengenai bekerja di sektor awam. Tetapi tidak semestinya begitu! Kerja di sektor awam ini begitu tinggi cabarannya demi memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan Negara berjalan dengan lancar.

Kebanyakan ibu bapa amat berbangga jika anak mereka menjawat jawatan di sektor awam. Tidak kiralah di jabatan mana pun, ataupun di kementerian mana pun anak mereka bertugas. Anak mereka telah memberikan kebanggaan kepada mereka. Ada yang menjadi pegawai, staf sokongan dan ada juga yang menjadi pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Tidak dinafikan bekerja di sektor awam tidak memberikan pulangan lumayan kepada sesiapa pun. Hendak jadi kaya, sektor awam bukanlah tempatnya. Jadilah ahli perniagaan jika mahu kaya! Sebenarnya walaupun tidak memperolehi pendapatan yang lumayan, sebenarnya bekerja di sektor awam memberi 1001 kepuasan kepada penjawat awam ini.

Penjawat awam ini sebenarnya memberikan dan meyumbangkan khidmat mereka demi membantu kerajaan mentadbir bumi Malaysia yang bertuah ini. Mereka ini lebih dihormati di kalangan masyarakat di atas jasa yang diberikan ini. Penjawat-penjawat awam diterapkan nilai – nilai integriti yang tinggi dalam melaksanakan kerja mereka seharian. Tidak dapat dinafikan ada juga penjawat awam yang menyeleweng dari tugasnya masing-masing. Ada yang rasuah, tidak amanah, dan meyeleweng tetapi itu hanyalah segelintir sahaja. Dan bagi mereka yang sebegini, tidak lama mereka berada dalam sektor awam. Biasanya dibuang kerja ataupu merengkok di penjara.

Pada masa kini, penjawat-penjawat awam diberikan pelbagai kemudahan dan kelebihan berbanding di sektor swasta. Ini semua adalah demi menjaga kebajikan kakitangan sektor awam juga. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan demi hal ini. Selain itu juga, sektor awam juga mempunyai kesatuannya sendiri yang lantang memperjuangkan hak-hak penjawat awam di Malaysia. Contohnya CUEPACs, kesatuan ini amat lantang memperjuangkan hal-hal kebajikan penjawat awam terutamanya dari segi kenaikan gaji, elaun, kenaikan pangkat dan macam-macam lagi. Kerajaan amat peka dengan tuntutan-tuntutan yang di buat oleh CUEPAC ini. Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, biasanya tuntutan – tuntutan mereka dipenuhi. Oleh kerana merekalah gaji kakitangan awam dinaikkan pada tahun 2007 yang lepas.

Faedah Bekerja Dalam Sektor Awam.

Tedapat banyak kelebihan dan faedah yang diperolehi setelah menyertai sektor awam. Di antaranya adalah:
1. Elaun Perumahan,
2. Cost Of Living Allowance (Cola),
3. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA),
4. Kenaikkan Gaji Setiap Tahun,
5. Kemudahan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan,
6. Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan,
7. Cuti Bersalin,
8. Pinjaman Perumahan,
9. Caruman KWSP ataupun Pencen,
10. Bersara pada umur 58 tahun,
11. Peluang Kenaikan Pangkat,
12. Peluang Melanjutkan Pelajaran,
13. Peluang Untuk Berkursus dari masa ke semasa,
14. Bekerja dalam jangkasamasa yang sesuai bagi manusia 8 jam sehari (kadang-kadang lebih masa juga),
15. Lebih mepunyai masa bersama keluarga dan dapat mewujudkan keluarga yang lebih bahagia.

ANDA TIDAK TERUJA KE?
Dan bermacam-macam lagi kebaikan yang boleh anda fikirkan sendiri. Dan disebab itulah juga dilaporkan permohonan untuk jawatan awam yang dianjurkan oleh sektor awam meningkat pada setiap tahun. Maka dengan itu, tidak hairanlah kerjaya di sektor awam kini menjadi pilihan kerjaya di musim kegawatan ekonomi ini.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb
Motivasi Diri, Berita Terkini

Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.

Comments

11 Responses to “Kerja Kerajaan vs Kerja Swasta”
  1. yuzmir Says:

    huh…memang tidak dinafikan keje gomen ni terjamin hidup…
    orang cakap kalu time gawat ni bleh lagi la survive nak hidup…
    keje swasta ni masalah besar time gawat bergolak dengan kene buang keje…
    bukan sebab displin tp sebab kilang nak tutup…
    tp aku alhamdulillah walaupun keje swasta, rezeki aku masih lagi ada…
    masih mampu byr bil2 utiliti dan lain2…ALHAMDULILLAH…

  2. admin Says:

    betul tu bro…yang penting kena pandai urus kewangan.

  3. hazman aka species1980 Says:

    dua2x sektor ada pro dan kontra….

  4. catzer Says:

    Aku mahu keje gomen tp tak dpt2..so tgh tanam anggur byk2 ni..hehehe

  5. admin Says:

    hazman > memang ada pro n kontra antara kedua-duanya

    catzer > tanam anggur? baik tanam cili…boleh buat sambal belacan :D

  6. ija Says:

    saye dapat kerje ngan gomen tapi dapat jauh lak..kene jauh daripada suami ngan anak..camner ye???

  7. admin Says:

    ija>takper, nanti kalau dah lama sikit kerja, boleh minta posting dekat dgn suami dan anak2…

  8. travel_all_over_the_world Says:

    mmg x dinafikan kerje disektor kerajaan menjamin mase depan kerane berpendapatan tetap stp bulan & mempunyai byk kemudahan… tetapi perlu diigt jawatan ape yg anda sndang di dalam sektor kerajaan?? pegawai atau staf sokongan?? jika anda seorng pegawai, yup peluang SEDIKIT cerah berbanding staf sokongan… rata2 staf sokongan memperolehi gaji average plg tgi pon 2000 sebulan.. pada mase ini (2009), mengikut statistik drpa ICU JPM, golongan miskin di bandar adalah tergolong drpd pekerja yang berpendapatn kurang 1k.. bagaimana 10 tahun akan datang??? antara MISI kerajaan dalam menuju Wawsan 2020 iaitu negara maju dgn MENJADI NEGARA YANG BERPENDAPATAN TINGGI.. ini bermakne, tidak mustahil pada tahun 2020, rakyat miskin di bandar adakah golongan berpenpatan kurang 3000… & sasaran kerajaan sudah pastinya menSWASTAkan sedikit demi sdkit badan kerajaan sperti yang telah berlaku kpd TNB,Lembaga Air, Telekom dan sebagainya… dan jika sektor kerajaan menjamin, mengapa kebykan pekerjanya melakukan KERJA SAMPINGAN @ PARTIME?? mngapa ada diantaranya setelah pencen pon masih menjadi guard?? setelah pencen baru mencari peluang perniagaan?? mengapa?? fikir fikirkan lah…

  9. admin Says:

    Terima kasih atas komen anda. Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera…

  10. ChoyHH Says:

    Salam sejahtera saudara Shukor,

    Saya amat berterima kasih atas kesudian anda utk menulis ttg entri ini.

    Saudara boleh menulis satu entri yg berkisahkan kebaikan bekerja di sektor swasta ? Sbg perbandingan. utk saya sedang berfikir utk memilih sektor mana yg paling sesuai.

    Saya menjemput saudara utk mengunjung ke blog amal saya. Moga masing2 mendapat manfaat daripada penulisan di blog . Terima kasih.’

    ChoyHH
    http://mylifecreation.blogspot.com/

  11. admin Says:

    Terima kasih Tuan ChoyHH sebab sudi melawat blog saya yang tak seberapa ni.

    Tentang entri kebaikan bekerja di sektor swasta tu akan saya pertimbangkan.

    Selalu-selalulah lawat blog ni :)




Tinggalkan Komen