Kebanyakan kita mahukan kerjaya tetap yang dapat menjamin masa hadapan tidak kiralah samada sektor awam mahupun swasta. Bekerja dalam sektor awam amatlah diimpi-impikan oleh kebanyakan orang di Malaysia terutamanya bagi mereka yang baru sahaja yang menamatkan persekolahan ataupun pengajian di universiti. Bekerja di sektor awam mempunyai pelbagai kebaikannya yang tersendiri. Ada orang kata kerja di sektor awam ini ‘rileks’ sedikit berbanding swasta. Ada betulnya apa yang dipikirkan oleh orang ramai mengenai bekerja di sektor awam. Tetapi tidak semestinya begitu! Kerja di sektor awam ini begitu tinggi cabarannya demi memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan Negara berjalan dengan lancar.
Kebanyakan ibu bapa amat berbangga jika anak mereka menjawat jawatan di sektor awam. Tidak kiralah di jabatan mana pun, ataupun di kementerian mana pun anak mereka bertugas. Anak mereka telah memberikan kebanggaan kepada mereka. Ada yang menjadi pegawai, staf sokongan dan ada juga yang menjadi pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Tidak dinafikan bekerja di sektor awam tidak memberikan pulangan lumayan kepada sesiapa pun. Hendak jadi kaya, sektor awam bukanlah tempatnya. Jadilah ahli perniagaan jika mahu kaya! Sebenarnya walaupun tidak memperolehi pendapatan yang lumayan, sebenarnya bekerja di sektor awam memberi 1001 kepuasan kepada penjawat awam ini.
Penjawat awam ini sebenarnya memberikan dan meyumbangkan khidmat mereka demi membantu kerajaan mentadbir bumi Malaysia yang bertuah ini. Mereka ini lebih dihormati di kalangan masyarakat di atas jasa yang diberikan ini. Penjawat-penjawat awam diterapkan nilai – nilai integriti yang tinggi dalam melaksanakan kerja mereka seharian. Tidak dapat dinafikan ada juga penjawat awam yang menyeleweng dari tugasnya masing-masing. Ada yang rasuah, tidak amanah, dan meyeleweng tetapi itu hanyalah segelintir sahaja. Dan bagi mereka yang sebegini, tidak lama mereka berada dalam sektor awam. Biasanya dibuang kerja ataupu merengkok di penjara.
Pada masa kini, penjawat-penjawat awam diberikan pelbagai kemudahan dan kelebihan berbanding di sektor swasta. Ini semua adalah demi menjaga kebajikan kakitangan sektor awam juga. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan demi hal ini. Selain itu juga, sektor awam juga mempunyai kesatuannya sendiri yang lantang memperjuangkan hak-hak penjawat awam di Malaysia. Contohnya CUEPACs, kesatuan ini amat lantang memperjuangkan hal-hal kebajikan penjawat awam terutamanya dari segi kenaikan gaji, elaun, kenaikan pangkat dan macam-macam lagi. Kerajaan amat peka dengan tuntutan-tuntutan yang di buat oleh CUEPAC ini. Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, biasanya tuntutan – tuntutan mereka dipenuhi. Oleh kerana merekalah gaji kakitangan awam dinaikkan pada tahun 2007 yang lepas.
Faedah Bekerja Dalam Sektor Awam.
Tedapat banyak kelebihan dan faedah yang diperolehi setelah menyertai sektor awam. Di antaranya adalah:
1. Elaun Perumahan,
2. Cost Of Living Allowance (Cola),
3. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA),
4. Kenaikkan Gaji Setiap Tahun,
5. Kemudahan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan,
6. Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan,
7. Cuti Bersalin,
8. Pinjaman Perumahan,
9. Caruman KWSP ataupun Pencen,
10. Bersara pada umur 58 tahun,
11. Peluang Kenaikan Pangkat,
12. Peluang Melanjutkan Pelajaran,
13. Peluang Untuk Berkursus dari masa ke semasa,
14. Bekerja dalam jangkasamasa yang sesuai bagi manusia 8 jam sehari (kadang-kadang lebih masa juga),
15. Lebih mepunyai masa bersama keluarga dan dapat mewujudkan keluarga yang lebih bahagia.
ANDA TIDAK TERUJA KE? Dan bermacam-macam lagi kebaikan yang boleh anda fikirkan sendiri. Dan disebab itulah juga dilaporkan permohonan untuk jawatan awam yang dianjurkan oleh sektor awam meningkat pada setiap tahun. Maka dengan itu, tidak hairanlah kerjaya di sektor awam kini menjadi pilihan kerjaya di musim kegawatan ekonomi ini.
huh…memang tidak dinafikan keje gomen ni terjamin hidup…
orang cakap kalu time gawat ni bleh lagi la survive nak hidup…
keje swasta ni masalah besar time gawat bergolak dengan kene buang keje…
bukan sebab displin tp sebab kilang nak tutup…
tp aku alhamdulillah walaupun keje swasta, rezeki aku masih lagi ada…
masih mampu byr bil2 utiliti dan lain2…ALHAMDULILLAH…
betul tu bro…yang penting kena pandai urus kewangan.
dua2x sektor ada pro dan kontra….
Aku mahu keje gomen tp tak dpt2..so tgh tanam anggur byk2 ni..hehehe
hazman > memang ada pro n kontra antara kedua-duanya
catzer > tanam anggur? baik tanam cili…boleh buat sambal belacan
saye dapat kerje ngan gomen tapi dapat jauh lak..kene jauh daripada suami ngan anak..camner ye???
ija>takper, nanti kalau dah lama sikit kerja, boleh minta posting dekat dgn suami dan anak2…
mmg x dinafikan kerje disektor kerajaan menjamin mase depan kerane berpendapatan tetap stp bulan & mempunyai byk kemudahan… tetapi perlu diigt jawatan ape yg anda sndang di dalam sektor kerajaan?? pegawai atau staf sokongan?? jika anda seorng pegawai, yup peluang SEDIKIT cerah berbanding staf sokongan… rata2 staf sokongan memperolehi gaji average plg tgi pon 2000 sebulan.. pada mase ini (2009), mengikut statistik drpa ICU JPM, golongan miskin di bandar adalah tergolong drpd pekerja yang berpendapatn kurang 1k.. bagaimana 10 tahun akan datang??? antara MISI kerajaan dalam menuju Wawsan 2020 iaitu negara maju dgn MENJADI NEGARA YANG BERPENDAPATAN TINGGI.. ini bermakne, tidak mustahil pada tahun 2020, rakyat miskin di bandar adakah golongan berpenpatan kurang 3000… & sasaran kerajaan sudah pastinya menSWASTAkan sedikit demi sdkit badan kerajaan sperti yang telah berlaku kpd TNB,Lembaga Air, Telekom dan sebagainya… dan jika sektor kerajaan menjamin, mengapa kebykan pekerjanya melakukan KERJA SAMPINGAN @ PARTIME?? mngapa ada diantaranya setelah pencen pon masih menjadi guard?? setelah pencen baru mencari peluang perniagaan?? mengapa?? fikir fikirkan lah…
Terima kasih atas komen anda. Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera…
Salam sejahtera saudara Shukor,
Saya amat berterima kasih atas kesudian anda utk menulis ttg entri ini.
Saudara boleh menulis satu entri yg berkisahkan kebaikan bekerja di sektor swasta ? Sbg perbandingan. utk saya sedang berfikir utk memilih sektor mana yg paling sesuai.
Saya menjemput saudara utk mengunjung ke blog amal saya. Moga masing2 mendapat manfaat daripada penulisan di blog . Terima kasih.’
ChoyHH
http://mylifecreation.blogspot.com/
Terima kasih Tuan ChoyHH sebab sudi melawat blog saya yang tak seberapa ni.
Tentang entri kebaikan bekerja di sektor swasta tu akan saya pertimbangkan.
Selalu-selalulah lawat blog ni
erm..actually i suke bce pro n kontra gov n private ni.i student g.tgh cri tmpat nk praktikal..so xtau whether nk choose gov or private..erm…pening2…
salam..saya ade xprience private n gov.
both ade pro n kontra.so,nk kongsi ckt..
kt gov sys nampak dia mmg menjamin masa depan terutama sekali skim pencen (dihari tua). tapi bagaimana semasa usia muda?
boleh dikatakn 90% gov staf hidup dlm hutang (personal loan). kenape ini tjadi?
di gov sekiranya staf tidak performed x mjadi masalah. cukup tahun naik gaji mcm biase.kalu nasib baik pulk cukut tempoh tahun naik pangkat w/laupun 60% masa n kejenyer nyembang n internet (ex:15 tahun service kerani biasa dpt naik kanan).malah dh mjadi culture SKT/evaluation diberikan >80% . sekiranya ada bos yg bagi markah ckit (ex 65-70%) sure bos tu dikatakan bos yg kedekut markah. biasenyer bos yg mcm ni dtg dari private sector. yg dh tbiase memberi pemarkahan mengikut perfomance staf yg sebenar atau yg selayaknya(sepatutnya ini perlu dipraktikkan di gov)
di gov juga sekiranya kita boleh kerja (kira mcm cemerlang la..)kita akan diberikan tugas tanpa henti2. conth dlam fail meja (if private kita panggil job spec/JD) tugas kita 12, tpi hakikatnya kerja dari masa ke semasa yg banyak sampai terabai kerja hakiki kita. tetapi kalu staf tu x berminat n malas buat kerja x de sape pun yg kisah..sungguh x adil kan? so, kita akan bekerja tanpa kepuasan yg hakiki.
lama-kelamaan, fresh staf yg dtg dari private sector ini akan mengambil sikap yg sama ngan warga senior di gov sector iaitu buat x tau aje. coz kalu kita tau sume kita kene buat pulk kan? itu la puncanya kualiti kerja di gov x secemerlang kt private.ni belom cite lg yg g minum pagi sampai 1 jam, pastu kul 12pm amik anak kt sekolah.walhal rehat kul 1pm. nak tegur x boleh coz mmg dh jadi culture gov…entahlah…hanya mampu pandang aje la…semoga diri sendiri x tgolong dlm golongan yg sebegini…
d private disiplin very high. keluar masuk staf dipantau, instruction kerje sgt jelas…mmg keje stress..tp berbaloi pd hujung tahun. klau keje kita x bkualiti maka bonus o increment pun x umph la..hehe..
bnyk keje di gov boleh diringkaskan seperti di private.ianya dpt mengurangkan penggunaan staff, mjimatkan staff, mempercepatkan masa proses n etc.. all the borang2 yg remeh-temeh yg mmerlukan bgtu bnyk proses n signature perlu ditukar ngan sistem online or etc.
kt bwh ni antara contoh aktiviti/perkara yg berlaku di gov yg perlu diambil kira dn perlukan perubahan..
1) fail meja vs Job spec / Job Desc
2) surat menyurat vs emel (dalaman)
3) kekerapan mtg beramai2(masa n kos jamuan)
ini hanya exprience sy d gov n private sector yg pernah dan sedang saya ceburi la…myb lain tempat lain citer..
so, tepuk dada tanya selera….
wallahua’lam…
mmm..saya baru dapat offer gomen, n dalam masa yg sama saya juga telah lama bekerja dlm bidang swasta and skang ni dapat peluang masuk dept baru yg lebih fleksible and gaji yg lebih tinggi dan ada peluang utk biz trip ke japan. masalahnyer saya mcm masih berminat dgn company lama and dapat offer de dept lain yg lebih menguntungkan, tapi family sume suh amik offer gomen tu..so camne ek??sape yg perlu saya ikut?
saya seorang isteri penjawat awam. Suami saya berkhidmat 10 tahun dalam kerajaan. kalau nak dibandingkan gaji 10 tahun pekerja swasta lebih tinggi. Ini dibuktikan sendiri oleh abang ipar suami saya yang juga bekerja 10 tahun dengan swasta. gajinya dua kali ganda dari gaji suami saya. kalau dilihat perbezaannya cuma dia skim kwsp dan suami saya skim pencen. Belum dikira bonus yang dia dapat berbulan-bualan. Jadi, kepada fresh graduate yang sedang memikirkan nak kerja dalam sektor mana, kerja tu fikirlah tentang masa depan keluarga dan hari tua…
Mmg best topik ni… aku da 7 tahun keje gov… rasa nk beralih ke swasta sebab gaji aku skrg RM3000 tp kalo swasta dapat RM10k… ada pendapat x?
Sy pun ada mslh mcm ekin…dapat keje kat ipta tapi staf sokongan. Jarak jauh & byk kuar kos…tgh buntu nak kemana..kat co lama…pegawai tapi kat ipta, kerani. gaji mmg jauh beza…tgh pening nak decide…hati nak stay swasta je tapi family n frens srh gi gov. tolong la…..
Salam,
Saya sekarang bekerja di IPTA selatan semenanjung sebagai Pegawai Gred 41. Skrg IPTA saya sedang sibuk beri markah SKT kepada semua stafnya. Alhamdulillah, saya beri markah yang sesuai dengan prestasi staf. Tiada siapa yang boleh ubah pendirian saya dalam pemberian markah. Kalau bagus, saya beri bagus, begitu juga sebaliknya. Cuma ada seorg kerani saya ni saya beri markah ngam2 iaitu 80 tepat sbb saya rasa die agak kurang berprestasi dalam kerja. Tp sebab kesian kerana ia kontrak. kalau kurang 80 akan terus kena buang. Xperlah mgkin akan berubah dan ada peningkatan sikit. Lagipun saya dah tukar ke jabatan lain. HUhuhu. Tapi apapun, memang banyak sekali keistimewaan sbg penjawat awam ni khususnya kursus. Tp kalau nak relaks, kerja saya sekarang jangan harap dapat relaks.
Salam,
Saya seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di sebelah utara IPTA.Untuk makluman,saya pernah menjawat pelbagai jawatan dalam sektor swasta dan mendapat gaji yang agak lumayan.Walau bagaimana pun,setelah mendapat tawaran bekerja di IPTA saya mencuba nasib pula di industri yang baru.
Boleh dikatakan terlalu banyak perbezaan bekerja di sektor swasta dan kerajaan.Memang diketahui umum, bahawa bekerja di IPTA ini tidak menjanjikan kemewahan cuma sekadar cukup makan.
Tetapi ,kekadang terfikir juga untuk kembali ke sektor swasta kerana semangat untuk terus menjadi insan yang berdaya saing di dunia korporat.Keluarga di kampung lebih suka saya meneruskan kerjaya di sektor awam.Saya keliru juga jika memikirkannya.
Kepada sahabat-sahabat yang boleh memberi komen dan bantu dalam saya membuat keputusan ini diharap dapat membantu.
Untuk pengetahuan,saya juga sedang mengikuti program Master untuk karier yang lebih baik.InsyaAllah…
Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
assallammualaikum.
bagaimana pula dengan perbezaan antara pekerja tetap dengan pekerja part-time.??
salam…sy baru thn ni bertukar dr sarawak ke semenanjung..so far setakat ni elaun yg br sy dpt cuma itka n perumahan je..cola tu elaun yg berbeza ke drp 2 elaun tu? just nk confirmkan, sbb kat srwk dulu mmg xde elaun cola…
Salam buat Pn. Zura, untuk pengetahuan Puan, elaun COLA merupakan elaun bantuan sara hidup yang diberikan kepada penjawat awam yang bertugas di kawasan yang berkos hidupnya tinggi terutamanya di kawasan bandar.
Salam..saya merupakan guru kerajaan..kerja sy amat mngecewakan sy sbb sebagai guru baru, 3 tahun keje, keja sy cuma kerja perkeranian..fal itu, fail ini..n paling kecewa, tk dpt subjek y guna degree sy..kt sekolah, kalo ada cikgu y rajin sikit, asyik dia y kena wat keja..y agak senior or y malas, selalu terlepas dr wat keje..sy grad ngn keputusan cemerlang, tp rasa lgsung tk berbaloi kalo kerja takat setaraf kerani..kalo bg idea or pendapat nk jadi kreatif or nk majukan sesuatu subjek, idea sy dipandang sepi..mintak tukar lak tk dapat2..jenis melobi pun teruk…fedap gilaa..kecewa betul laa..
suami lak pensyarah universiti swasta..baru2 ni dia balik, gtau universiti dia menawarkan jawatan pegawai pendidikan, gaji tinggi sikit dr gaji sy skrg..tp keje ikut degree sy n ajar budak2 u..bila difikirkan, sy rasa nk shift je ke swasta sbb sy betul2 teringin nk smbung master n keje dlm bidang y ada daya saing y tinggi…kalau sy gtau family, sure diorang tentang habis2an sbb family semua keje gomen…entahlaa..sy terlalu kecewa n tkder motivasi keje ngn gomen ni
Salam , saya baru dapat tawaran kerja gov . Sebelum ni saya kerja swasta yang gajinya 2000 tiap2 bulan , tapi syif..yang tak sanggupnya hari raya kene cuti bergilir2…sepanjang kerja swasta tak pernah lagi beraya dengan family..lepas tu kerja mesti tak tentu masa..balik kerja terus tidur bangun pagi sok sambung balik kerja . hujung minggu pun kerja sampaikan kawan2 asyik perli , kerja pun agak2 la..tapi bila kerja gov Alhamdulilah , masa saya dengan kehidupan saya teratur..banyak masa dihabiskan bersama keluarga
W’salam Pn. Adilna, betul tu. Bila kerja kerajaan ni, peluang untuk bersama keluarga lebih banyak…
W’salam Pn. Ifa. Pada pendapat sy, tepuk dada tanya selera. Jika itu impian dan matlamat dalam kerjaya Puan, adalah lebih elok jika Puan berhijrah ke sektor swasta..
W’salam Tuan Mohd Adly, insyaallah akan saya kongsikan dalam blog ini…
salam…aku tengah pecah pala dok pikir nk keje gomen or swasta. aku baru dpt tawaran kije tp gaji yg sgt rendah kira x sampai separuh pon gaji aku yg keje swasta ni..buntu2…isteri n kawan2 galakkan aku kije gomen tp aku xnampak ape kelebihan kije kat gomen….pening2…
hi hana, sy pon keadaan mcm awk jugk skang. jadi ape keputusan awak lepas tu? sy sedang buntu…
Salam semua,
semua pendapat anda ada kebenaran.yang penting kita kena ada target. contohnya, apa yang kita ingin capai dalam masa 5 tahun, 10 tahun atau 15 tahun dari sekarang.then sure kita boleh decide sektor mana yang kita harus pilih. tambahan bagi yang masih muda.
Saya sekarang tengah fikir dengan mendalam tentang hal ini.tidak hanya fikir soal gaji kerana pasti bayaran di sektor swasta akan lebih lumayan.
Saya sekarang 32 tahun dan kerja kerajaan dengan bayaran RM 7K, tawaran sektor swasta RM 15K.so tepuk dada tanya selera.
Wassalam.
Kalau nak ikut hati saya, sbnrnya saya x brapa minat sgt kerja kerajaan ni untuk masa sekarang ni la. saya mmg dah hbs blajar degree tahun lepas.tp xkerja lg. sbb sy ni low confidence dgn diri. sy bkn boikot kerja kerajaan ni tp sy ingat nak kerja dgn swasta dulu kerana swasta ni dia strict dari segi kualiti kerja. saya sebenrnya dulu praktikal kat government tp sy kecewa dgn cara kerja sesetengahnya. pada saya, mgkin sy nk kerja swasta dlu dan bila dah ada pengalaman baru sertai gov. sblum kawin ni baik keje swasta dlu.lain cerita bila dah kawin. kebanyakan ibu bapa suka anak kerja gov sebab mereka dari dulu dah beranggapan bahawa kerja gov ni terjamin, hebat, dihormati. tak kisah la pangkat apa pun. janji kerajaan je diorg pandang gah. hmm..
salah 1 sbb org suka kerja gov ni, katanya senang nak buat loan. buat la loan byk2.. buat hutang keliling pinggang. pikir nak utang je. esk2 hidup dalam hutang
Suami saya dah masuk 8 tahun kerja kerajaan, kalo banding dengan sepupu2x saya yang lain kebanyakan suami mereka kerja swasta ada juga yang kerja kontrak saja. Yang kerja swasta pun bukan nya besar gaji takat seribu kebawah saja, kat Sabah terutamanya daerah2x macam tempat saya di Sandakan ni gaji suami seribu kebawah pun tak ada masalah, kat semenajung lain pula hal nya dah kira miskin walau gaji dah rm2000.00. Pelik.
Seperti sepupu saya, suami dia kerja swasta dgn gaji rm800.00 saja, nak masuk gomen tapi tak dapat, terpaksa la sepupu saya juga bantu suami dia dgn bekerja di supermarket gaji rm600.00 saja, lain juga kalo suami kerja gomen, macam saya, tak perlu nak turun kerja, tu la kelebihan bersuamikan lelaki yang kerja gomen..tapi benda macam ni dah kira rezeki masing2x la kan..
Dulu tahun 2008 saya berjaya dpt kerja gomen, Pembantu Perpustakaan di Jakim, Putrajaya masa tu saya belum kawin lagi, tapi beliau tak suruh pegi sebabnya jauh dan tak ada ahli keluarga kat sana. Jadi saya pun tolaklah kerja tu,sekarang kerja saya duduk kat rumah saja sambil pungut duit sewa rumah kami tiap bulan yang kami sewakan pada orang lain. Tak semestinya kena turun kerja baru dapat duit, kalo pandai cari peluang lain, insyallah pasti ada, lubuk rezeki bukan pada kerja gomen dan swasta saja tapi sentiasa ada dimana2x asalkan rajin berusaha & pandai cari peluang.
gov vs priv
sekarang nie ramai yang selalu dalam dilema pekerjaan sama ada gov atau priv(kerajaan vs swasta)…
senang aje jawapannya semuanya terpulang kepada anda
sekiranya anda jenis yang suka bekerja iaitu menyelesaikan masalah atau menyiapkan sgala kerja atau pendek kata rajin pilih lah swasta sebab swasta akan nilai KPI based on performance. kalo nak pilih swasta kena tengok jugak kalo nak benefit yang bagus kejelah swasta MNC (multinational company)terutamanya dari US & eropah semua benefit akan dapat malahan syer saham di beri lagi.tetapi kebanykan syrkt MNC di monopoli oleh sesuatu bangsa maka dengan itu anda perlu kekuatan dan ilmu pengetahuan yang lebih tinggi dari mereka supaya mereka akan refer anda.Mereka rajin tetapi menggunakan solution yang panjang so kesimpulannya anda perlu berfikiran short & sharp. Dalam swasta pun ada bodek tetapi kalu bodek x de product x menjdai langsung sebab kpi based on performance……kalo nak keje swasta keje la bhgn yang depan jawatannya ada tulis engineer….insyaAllah cerah masa depan dari anak hingga cucu……kalo pilot masa muda je…
Sekiranya anda ingin bekerja dalam keadaan yang rilek dan sekali sekala sibuk pilih lah kerajaan dan untuk naik pangkat amik je exam walaupun lulus x semestinya anda akan naik terus tetapi bila dah sampai seru baru lah naik (bila senior naik pangkat or mati or berhenti barulah junior boleh naik pangkat) untuk SKT omputih panggil KPI, markahnya bergantung kepada bos anda so pepandai la bodek…..org yang bodek pasti dapat tinggi. dalam kerajaan nie kalo kerja pastikan kedatangan pagi tu penting kerja pa yang anda buat x penting yang penting kedatangan. buat ke x buat cukup bulan masuk gaji. sebab dalam gov nie keje HR semuanya ada dalam fail meja semua jawatan sebab semua sibuk nak tengok kedatangan pagi yang pasti semua nak sampai sebelum bos sampai kalu bole nak parking sebelah bos biar bos nampak keretanya….. tapi yang datang awal la selalunya x buat keje… masuk kul 8 kul 7 dah sampai opis…. yang datang lambat nie selalunya sampai kul 7:50…kalo lambat pun 8.05 or 8.10……tapi mereka nie la yang buat keje… kalo nak keje jugak gov pilih la jawatan PTD pegawai Tadbir Diplomatik insyaAllah cerah masa depan anak hingga cucu…
banyak lagi boleh diulas tapi x larat…..ulasan di atas mesti akan ada org gov @ swasta yang akan marah mohon maaf sekiranya menyinggung…. ini lah kenyataan…..
lagi satu kalo nak kaya jadi la ahli perniagaan, kontraktor atau ahli politik…… kalo berdasarkan kesesuaian negara kita kalo nak kaya jadi tiga tu….. insyaAllah satu keturunan akan hidup senang………
sebelum ni keje bank…hampir 14 thn…last yer saya berhenti sebab dpt keje gov…gaji memang sikit..kurang dari separuh gaji masa keje kat bank dulu…skrg dah sethn lebih dgn gov…tapi kekadang tu rasa nak masuk private balik je…bile fikir gaji kecik…tolong bagi nasihat…
Awam vs Swasta
Saya kerje kerajaan ( profesional) dalam 10 tahun. Byk keistimewaan yg kita dapat eg elaun( byk nama elaun2 ni). Gaji ? Tahun depan naik 5angka. Rasa selamat kerje dgn kerajaan. Kerje rajin, lagi byk kerje bos bagi. Rasa sedih sangat bila nak beli rumah kat KL yg rata2 1 mil. Mana nak ada duit…
Ipar2 yg berbisnes – rumah besar, bawa merc, bmw, porsche etc:-((
Swasta- kurang selamat, buat salah kena saman( sekali saman, insuran cover la..). Bestnyer.. Gaji- 25k+++( year increment > 7%) Anak2 dapat hantar ke mcm2 tuisyen, swimming, piano etc. rumah blh beli > 1 mil.
Pilihan saya??? Buat ISTIKHARAH sbb saya x tahu, dgn duit byk- bahagiakah saya n family, berjayakah anak saya, dptkah saya menikmati masa emas saya bersama family ??