Kuasa Minda - Menggunakan Kaedah Pengulangan Untuk Memperkasakan Minda

Ramai yang berpendapat bahawa kuasa minda adalah sesuatu yang sukar dipelajari dan diaplikasikan dalam diri. Ini berikutan mereka yang gagal mengawal minda mereka berpendapat bahawa kuasa minda adalah karut dan sekadar teori semata-mata.

Adakah anda juga salah seorang mangsa yang gagal memperkasakan minda? Sebelum itu, tahukah anda bahawa statistik menunjukkan bahawa tindakan yang anda lakukan hari ini 90%  datangnya daripada minda? Namun persoalannya sekarang, apakah kaedah terbaik yang disarankan supaya anda dapat menguasai minda.

Berdasarkan kajian pakar, kaedah pengulangan adalah salah satu teknik terbaik untuk memperkasakan minda. Dimana melalui pengulangan, ia dapat mewujudkan “kesedaran” dalam minda dalam keadaan tidak sedar untuk mula mempercayai sesuatu perkara.

Untuk memudahkan pemahaman anda mengenai teknik pengulangan ini, saya menyediakan beberapa contoh pengulangan yang dapat membentuk minda yang positif.

Saya yakin kebanyakkan daripada anda sudah mengetahui teknik pengulangan ini. Namun persoalannya ialah sejauh mana anda percaya dengan teknik ini? Dengan mula menanam kepercayaan bahawa teknik ini dapat menghasilkan kesan optimum, maka minda anda akan mula menerima isyarat untuk mempercayainya.

Berapa kerap saya perlu melakukan teknik ini supaya dapat melihat kesannya?

Bagi menjawab persoalan ini, ia bergantung pada keupayaan anda berkomunikasi dengan minda. Ada segelintir yang berjaya menguasainya dalam jangka masa yang singkat manakala segelintir individu mengambil masa bertahun-tahun sebelum dapat melihat kesannya. Walaubagaimanapun, disini saya sediakan beberapa saranan supaya dapat membantu anda untuk menguasai teknik pengulangan ini:

Kesimpulannya teknik pengulangan ini memerlukan konsistensi agar minda anda dapat menerima isyarat tersebut secara perlahan-lahan. Apa yang perlu anda lakukan hari ini ialah mempercayai dan menghayati setiap perkataan yang anda luahkan kerana ia tidak akan berhasil jika anda sendiri tidak yakin dengan apa yang disebut.

P/S: Perniagaan internet anda tidak akan berjaya jika anda tidak mampu menguasai minda anda sendiri. Klik di sini untuk mengetahui bagaimana untuk menguasai minda anda.

 

Motivasi Diri, Affiliate, Berita Terkini

Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.

Comments

6 Responses to “Kuasa Minda - Menggunakan Kaedah Pengulangan Untuk Memperkasakan Minda”
  1. zairi faiezil Says:

    Salam Motivasi dan Salam Berkenalan..

    Askum..
    Memang tidak dinafikan teknik kuasa minda amat bagus untuk dipraktikan dalam kehidupan seharian kerana ia akan meningkatkan momentum kita..

    Tq..

  2. admin Says:

    Terima kasih sebab datang :)

  3. Blogger75 Says:

    Salam penuh ceria,

    Saya sangat meminati topik kuasa minda ini.Kecenderungan ini saya dapat rasakan dari sekolah rendah lagi.Jadi tidak hairan saya selalu bercakap seorang dengan diri sendiri apabila semangat mula luntur.

  4. admin Says:

    Wah, satu tip yang menarik! Terima kasih kerana sudi berkongsi :)

  5. Saleh Says:

    Kebykn org yg hebat dan berjaya mempunyai minda yg kuat dan hebat..kita perlu memahami dan mendalami ilmu NLP n LoA nie sebaik mungkin..

  6. admin Says:

    Betul tu, orang yg hebat terutamanya jutawan dan pakar motivasi telah menguasai ilmu-ilmu ini…




Tinggalkan Komen