Salam Lebaran!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca setia blog Shukor Subahir dot Com.
Memandangkan hari raya pun hampir tiba, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat anda semua.
Sebelum pulang, pastikan keselamatan rumah berada di tahap yang optimum. Bagi yang menaiki kenderaan sendiri pula, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan terbaik.
Saya akan pulang ke kampung isteri saya dahulu di Kedah memandangkan pada tahun lepas kami beraya di Johor. Kami akan bertolak lepas sahur pagi esok. Saya bercuti selama seminggu dan akan kembali ke KL pada 27hb.
Jadi, segala email akan saya balas pada 28hb nanti. Di kesempatan ini juga saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan yang tak disengajakan seperti perbuatan ataupun perkataan kepada anda.
Semoga selamat pergi dan selamat pulang ke destinasi anda masing-masing. Berhati-hati di jalan raya ![]()
Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.












October 5th, 2009 at 1:06 am
assalamualaikum,
Masih belum terlambat ni
“selamat hari raya maaf zahir dan batin”
Salam kenal dari saya Mantra
October 5th, 2009 at 9:56 am
W’salam,
ya, masih ada 2 minggu lagi dalam bulan Syawal.
Selamat hari raya juga buat Mantra