Salam Lebaran!

Salam semua, sedar tak sedar Ramadhan bakal meninggalkan kita. Terasa sedih sebenarnya kerana kita tidak tahu adakah kita akan menemui Ramadhan yang seterusnya?
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca dan pengunjung blog saya khasnya dan seluruh umat Islam di seluruh dunia amnya.
Semoga anda sekeluarga mendapat rahmat dan keberkatan di Hari Raya pada tahun ini. Sebelum anda hendak pulang ke kampung, sila pastikan:
- keadaan kereta anda dalam keadaan baik.
- Rancang perjalanan anda terlebih dahulu.
- Pastikan rumah anda berada dalam keadaan selamat untuk ditinggalkan
- Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci.
- Beritahu jiran dan pihak polis tentang kepulangan anda ke kampung.
- Juga jaga kesihatan anda, jangan makan terover pula!

Akhir kata pandu dan tunggang dengan cermat. Ingatlah orang yang tersayang!
Sekian.
P/S: Tahun ni saya beraya di Muar dulu, lepas tu baru di Kedah ![]()
Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.











