Sultan Johor Mangkat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam tadi selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.
Baginda berusia 77 tahun.
Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.
Sudah semestinya kemangkatan baginda adalah satu kehilangan yang dapat dirasakan oleh rakyat Johor termasuk saya sendiri sebagai anak jati :(
Al-Fatihah…
P/S: Saya masih ingat lagi, pada setiap selepas selesai solat Jumaat di Masjid Kolam Air, Baginda mesti menderma seorang RM1 kepada budak-budak sekolah…
Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.











