Archive for the ‘Berita Terkini’ category

Akhirnya…Ebook Rahsia Pengurusan Masa Dilancarkan!

March 9th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog Shukor Subahir dot Com.

Dengan lafaz Bismillah, saya secara rasminya melancarkan Ebook Rahsia Pengurusan Masa; Panduan Pengurusan Masa Yang Berkesan.

 

Target Ebook RPM
———————

» Read more: Akhirnya…Ebook Rahsia Pengurusan Masa Dilancarkan!

Pelancaran Video PERCUMA 8 Langkah Buat Ebook

February 10th, 2010

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

sepanjang 2 minggu yang lepas, saya agak sibuk menyiapkan produk PERCUMA saya yang pertama iaitu Video 8 Langkah Membuat Ebook. Jadi, pada hari ini, saya akan melancarkannya buat pertama kali melalui blog ini.

Apa yang anda akan dapat dari video ini?

  • Bagaimana untuk mendapatkan idea untuk menulis ebook dan bagaimana untuk melakukan kajian setelah mendapat idea

  • TIP PANAS:Bagaimana untuk menulis isi dengan cepat semasa idea datang mencurah-curah tanpa kehilangan satu idea pun

  • Teknik membuat peta minda menggunakan perisian  __________________

  • Teknik promosi yang ampuh untuk mempromosikan ebook yang dihasilkan

Dan banyak lagi tip dan teknik yang anda akan dapat untuk membuat ebook yang meletup!

Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkannya sekarang…Percuma sahaja.

Klik di sini: http://shukorsubahir.com/8langkahbuatebook/

Sekian. Selamat menonton video tersebut! :)

Kuasa Minda – Menggunakan Kaedah Pengulangan Untuk Memperkasakan Minda

February 3rd, 2010

Ramai yang berpendapat bahawa kuasa minda adalah sesuatu yang sukar dipelajari dan diaplikasikan dalam diri. Ini berikutan mereka yang gagal mengawal minda mereka berpendapat bahawa kuasa minda adalah karut dan sekadar teori semata-mata.

Adakah anda juga salah seorang mangsa yang gagal memperkasakan minda? Sebelum itu, tahukah anda bahawa statistik menunjukkan bahawa tindakan yang anda lakukan hari ini 90%  datangnya daripada minda? Namun persoalannya sekarang, apakah kaedah terbaik yang disarankan supaya anda dapat menguasai minda.

Berdasarkan kajian pakar, kaedah pengulangan adalah salah satu teknik terbaik untuk memperkasakan minda. Dimana melalui pengulangan, ia dapat mewujudkan “kesedaran” dalam minda dalam keadaan tidak sedar untuk mula mempercayai sesuatu perkara.

Untuk memudahkan pemahaman anda mengenai teknik pengulangan ini, saya menyediakan beberapa contoh pengulangan yang dapat membentuk minda yang positif.

  • “Saya adalah seorang jutawan

  • “Saya mempunyai keluarga yang bahagia”

  • “Saya sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi”

» Read more: Kuasa Minda – Menggunakan Kaedah Pengulangan Untuk Memperkasakan Minda

Sultan Johor Mangkat

January 23rd, 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam tadi selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda berusia 77 tahun.

Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Sudah semestinya kemangkatan baginda adalah satu kehilangan yang dapat dirasakan oleh rakyat Johor termasuk saya sendiri sebagai anak jati  :(

Al-Fatihah…

P/S: Saya masih ingat lagi, pada setiap selepas selesai solat Jumaat di Masjid Kolam Air, Baginda mesti menderma seorang RM1 kepada budak-budak sekolah…

Cara Menjadi Jutawan Alaf Baru!

January 21st, 2010

Assalammualaikum & Salam Sejahtera…

Pada hari ahad yang lalu (17 Januari 2010), satu konvesyen yang telah mengumpulkan beberapa orang jutawan telah diadakan iaitu Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan. Antara Jutawan yang hadir adalah Dr. Irfan Khairi, Dr. Azman Chin, Abang Abu, Chef li dan juga Billi Lim.

Salah satu topik menarik yang dibincangkan di dalam konvesyen tersebut ialah, topik yang disampaikan oleh Dr. Irfan Khairi yang bertajuk “Bagaimana Mendapatkan RM 1,000,000 di Abad ke-21 ini”.

Anda ingin tahu bagaimana caranya?

» Read more: Cara Menjadi Jutawan Alaf Baru!