Archive for the ‘Blogging’ category

Bagaimana Untuk Menarik Pelanggan Menggunakan Media Sosial

January 22nd, 2009

Anda fikir Facebook hanya berguna untuk mencari rakan sekelas lama anda dan mencari rakan baru?

Anda fikir Myspace hanya berguna sekadar untuk berkongsi lagu?

Anda fikir blog sekadar jurnal online untuk berkongsi dengan satu dunia tentang apa yang anda makan, minum, atau siri televisyen kegemaran anda?

Jika begitu, fikir sekali lagi. Kebanyakan usahawan-usahawan internet sekarang menggunakan semua medium di atas dan media sosial yang lain untuk membina jaringan yang besar pengikut (follower) atau bakal pelanggan mereka, menarik minat pelanggan tanpa melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk tujuan pengiklanan dan melakukan dengan seronok tanpa ada rasa tekanan. Tekanan di sini bermaksud mereka tidak merasa rugi jika keuntungan mereka sedikit atau tiada langsung kerana pengiklanan menggunakan media sosial adalah percuma dan mereka tidak perlu risau tentang kerugian. Di bawah merupakan antara tips-tips yang harus anda ambil peduli jika ingin berjaya dalam pemasaran menggunakan media sosial:

Anda Perlu Ada Perancangan
Pertama sekali, anda perlu kenalpasti bagaimana dan adakah media sosial sesuai dengan keseluruhan strategi dan perancangan anda. Adakah anda hendak membina list, menarik trafik ke laman web/blog anda atau kedua-duanya sekali? Anda perlu ingat, keseluruhan hasil atau keputusan anda menggunakan media sosial bergantung kepada kebolehan anda menukarkan trafik yang anda dapat kepada pelanggan berbayar anda. Untuk mendapatkan keputusan/hasil yang baik, anda perlu memikirkan proses perancangan secara keseluruhan daripada bergantung kepada media sosial sebagai “pil magik” anda.

Isi Kandungan Adalah Raja
Terdapat satu teknik untuk meningkatkan populariti dalam media sosial:isi kandungan (content). Jika ada mampu untuk mencipta isi kandungan yang dapat menarik orang untuk membaca; isi yang dapat menarik perhatian, isi yang dapat menyelesaikan masalah pengguna, ada “x-factor” seperti sesetengah orang kata – anda akan mendapat jumlah pembaca setia yang ramai melalui jaringan media sosial. 

Isi kandungan atau sumber informasilah yang ramai orang akan cari di internet. Untuk menarik trafik ke laman web/blog anda menggunakan media sosial, anda perlu ada sesuatu yang orang lain amat tercari-cari dan perlukan.

Beri sebelum Anda dapat
Media sosial juga adalah medium efektif untuk membina hubungan yang baik kepada sesiapa sahaja yang bakal menjadi pelanggan anda. Adalah baik jika anda beri sebelum anda dapat. Maksudnya di sini ialah beri sumber-sumber maklumat atau pun pemberian percuma seperti laporan, ebook atau pun perisian percuma sebelum anda mendapat wang dari mereka jika mereka menjadi pelanggan anda.

Kekalkan keseimbangan Antara Memberi & Promosi Diri
Jika anda mempunyai artikel baru yang telah anda hantar ke direktori, email ke jaringan media sosial anda dan beritahu
pembaca setia anda tentang artikel tersebut. Orang akan bosan jika anda asyik mempromosi untuk menjual produk anda
sahaja, tetapi jika melakukan perkara yang saya sebutkan seperti di atas, ini akan akan mewujudkan keseimbangan seperti apa yang dipanggil “memberi sambil mempromosi”.

Peruntukkan Sumber Anda Dengan Bijak
Sumber yang saya maksudkan di sini ialah sumber wang dan masa.Seperti yang saya katakan tadi, media sosial tidak memerlukan sejumlah wang yang banyak untuk dilaburkan tetapi anda perlu melabur banyak masa jika anda tidak berhati-hati. Masa adalah emas dan amat berharga. Jadi, pastikan apa matlamat anda yang ingin dicapai dan peruntukkan masa anda dengan betul. Jika jumlah jaringan anda semakin berkembang, lantik seseorang sebagai pembantu media sosial anda dan anda pula boleh fokus kepada membina hubungan dengan bakal pelanggan atau pelnggan sedia ada.
Media sosial boleh menjadi salah satu cara yang berkesan untuk mempromosi perniagaan anda, membina “contact” baru yang bernilai, dan mungkin siapa tahu, anda dapat melakukan jv.
Jadi, cubalah  myspace, twitter, facebook dll.
Semoga berjaya!

- Shukor Subahir

Twitterfeed Memudahkan Kerja Anda

December 26th, 2008

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

hari ini saya akan memberikan anda satu rahsia bagaimana untuk menarik trafik ke blog anda dengan menggunakan twitter. Mungkin rahsia ini anda dah tahu, tapi saya nak bagi tahu jugak!  :)

Hanya 2 minit diperlukan…

Apa rahsianya?

Jeng, jeng, jeng….memperkenalkan Twitterfeed!

Apa itu Twitterfeed dan bagimana ia berfungsi?

Sebagian blogger (termasuk saya) biasanya harus bekerja dua kali untuk mempromosikan post terbaru via Twitter dengan harapan agar pembaca via Twitter juga mengetahui bila ada tulisan terbaru di blog kita. Sayangnya, cara manual ini saya anggap termasuk dalam kategori membuang masa saja. Itu belum lagi bila kita memiliki sifat pelupa..lupa bila nak update di Twitter!

Twitterfeed adalah penyelesaiannya…lupakan saja cara manual diatas, kerana Twitterfeed memudahkan anda melakukan tugas tersebut. Fungsi Twitterfeed sebenarnya sederhana, anda hanya perlu submit alamat RSS Feed blog anda dan biarkan Twitterfeed yang bertugas mengirimkannya secara automatik ke twitter anda..mudah kan  :)
 
1. Pastikan anda sudah memiliki akaun Twitter

2. Login ke Twitterfeed via OpenID

3. Login pada Twitterfeed dengan memasukkan alamat blog (pastikan anda sudah memiliki OpenID) atau anda boleh menggunakan myopenid.com

4. Pada laman Twitterfeed, setting dengan memasukkan alamat RSS Feed blog anda pada pilihan “my twitter feeds” dan pilih “Create new twitter feed”

Siap!! Mudahkan?

Oklah, selamat bertweet!!

P/S: Tweet saya di: http://twitter.com/Shukor

Pakej Kit blogger Yang Lebih Ummph!

December 22nd, 2008

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

baru-baru ni saudara Smartzul telah melancarkan semula Pakej Kit Blogger dengan versi 2.7.

Untuk pengetahuan anda, pakej ini ‘dirombak’ semula agar seiring dengan perubahan dalam sistem wordpress sekarang.

Saudara Smartzul telah mengemaskini pakej tersebut dengan lebih baik. Pakej Kit Blogger mengandungi:

Panduan dan Asas Blog
Panduan ini adalah asas mengenai blog. Wajib dibaca sebelum mula bina blog.

Pelan Tindakan Kit Blogger
Pakej ini dilengkapkan dengan pelan langkah demi langkah apa yang perlu dibuat satu demi satu. Ia megandungi langkah awal sehinggalah kepada asas promosi blog. Langkah demi langkah. Kejayaan pembinaan blog dot com memerlukan langkah dan perancangan yang tersusun rapi.

Senarai Semak Tindakan
Merupakan ringkasan bagi Pelan Tindakan Kit Blogger. Senang cerita, checklist untuk proses membuat blog anda.

Panduan Asas WordPress
Setebal 100 lebih muka surat,penuh dengan imej agar pembaca faham dan nampak apa yang perlu dilakukan. Ya, memang mudah untuk difahami. Antara kandungan Panduan Asas WordPress adalah proses pemasangan (hanya 13 langkah mudah), setting sistem blog, pasang theme dan plugin, serta yang terbaru dimasukkan adalah penggunaan Widget untuk sidebar.

Pakej Kit Blogger ini telah banyak membantu ramai orang yang dari tiada blog kepada ada blog dot com sendiri. Daripada penulis buku, motivator, penceramah, pendakwah, pelajar IPT dan sekolah, usahawan dan ramai lagi! Ya, Pakej Kit Blogger ini telah membantu saya juga! Memang mudah kalau dah ada panduan ni..

Bagi anda yang berminat, dapatkan panduan ini dan bina blog dot com anda sendiri. Memang mudah kalau dah tahu teknik nak membina blog ni. Anda boleh buat seberapa banyak blog yang anda mahu jika anda dah tahu caranya.

Apa yang menarik dan BESTnya Pakej Kit Blogger ni, anda boleh mendapat versi updated dari Smartzul secara PERCUMA dengan sekali beli sahaja! Memang baik dan pemurah Smartzul ni :D

Sekali saya sarankan kepada sesiapa yang masih belum tahu cara nak bina blog sendiri, boleh dapatkan dengan klik di link ini: Pakej Kit Blogger Versi 2.7

Semoga berjaya!

Bagaimana Untuk Menarik Trafik Dengan e-Kursus Percuma?

December 17th, 2008

Jika anda mempunyai pengetahuan tentang sesuatu subjek, kenapa tidak anda hasilkan satu e-kursus percuma untuk pelawat blog/web anda. Kursus tersebut mestilah berkaitan dengan tema dan niche blog/web anda. Jika blog/web anda bercerita tentang Affiliate, berikan kursus tentang Affiliate.

Anda boleh menawarkan e-kursus tersebut melalui html, autoresponder atau pun dalam format ebook;

HTML 

Letak e-kursus anda di bahagian belah kanan blog/web anda. Dalam satu laman web, cipta satu tajuk dan link isi kandungan supaya pelawat dapat pergi ke isi kandungan yang mereka minat dan perlukan bantuan dengan mudah.

Anda dapat meningkatkan trafik blog/web dengan cara membenarkan pelawat meletakkan link e-kursus tersebut di laman web/blog mereka.

Ebook

e-kursus  anda juga boleh diberikan dalam format ebook. Jika anda ada produk, letakkan juga iklan produk anda di dalam ebook tersebut. Anda juga boleh membenarkan pelawat untuk memberikan ebook tersebut agar anda dapat lebih banyak prospek.

Selain daripada itu, anda boleh menyewakan ruang iklan di dalam ebook tersebut kepada IM lain untuk mempromosikan
produk atau blog mereka. Anda dapat untung, mereka pun dapat juga. Win-win situation!

Autoresponder

e-kursus anda juga boleh diterbitkan dalam bentuk autoresponder. Anda boleh dapatkan servis autoresponder percuma dari internet. Antaranya ialah Freeautbot, akan tetapi kebarangkalian untuk email anda sampai ke dalam kotak e-mail mereka adalah amat rendah. Saya syorkan anda gunakan servis autoresponder berbayar seperti Aweber dan Getresponse. Servis mereka memang tip-top!

Terdapat banyak format yang boleh anda guna untuk mencipta e-kursus; downloadable text, pdf, print format, fax-on demand, cassette, video, dan banyak lagi. Gunakan format-format ini untuk meningkatkan trafik blog/web anda.

Selamat mencuba!

Produk Resale Rights (RR) Percuma – Apa Yang Dimaksudkan Dengan RR?

November 18th, 2008

Anda biasa dengar tentang produk RR? Mungkin ramai yang biasa mendengarnya, tapi sebenarnya ramai yang keliru atau tidak faham dengan jelas berkenaan apa itu RR.Sebenarnya terdapat  4 jenis right (hak) dalam resale (jualan semula) iaitu:

1) Personal rights -  Hak jualan individu yang bermakna pembeli anda tidak boleh menjual semula produk yang telah dibeli. Kebiasaannya, untuk kegunaan diri sendiri sahaja. Biasanya, produk sebegini dijual untuk tempoh masa dan bilangan pelanggan yang terhad sahaja.

2) Resale rights - Hak menjual produk untuk memperoleh keuntungan. Pembeli mendapat hak untuk menjual semula produk yang dibeli tetapi tidak berhak menjual resale right kepada pembelinya.

3) Master resale rights – Hak untuk menjual produk dan juga hak untuk menjual resale rights kepada pembeli produk.

4) Private label rights - Hak yang sama seperti Master resale rights tetapi kelebihan PLR memberikan anda hak kebebasan untuk mengubah, menyusun atau menukar produk mengikut apa yang anda suka. Misalnya, anda boleh menukar nama pencipta produk kepada nama anda dan sebagainya.

Baiklah, ada satu berita baik untuk anda,kini anda boleh dapatkan satu pakej produk MRR secara percuma sahaja untuk membantu anda menghasilkan landing page/minisite anda dengan menarik.

Jadi, sebelum produk ini dikenakan caj untuk memilikinya, sila dapatkannya secara PERCUMA di sini: http://shukorsubahir.com/mrrpercuma atau klik sahaja gambar MRR box di atas tadi.

Semoga ia berguna kepada anda!