Archive for the ‘Isu semasa’ category

Selamat Tahun Baru 2012!

January 3rd, 2012

Salam buat semua pengunjung blog Shukor Subahir dot Com.

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana terlalu lama tidak mengemaskini blog ini dengan artikel-artikel baru. (Cehh! Macam la ada pengunjung sangat… :) ) Setahun tak update tu.

Dikesempatan ini saya sebagai owner blog ini mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Moga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun 2011 dan tahun-tahun sebelumnya. Bila masuk tahun baru, biasalah mesti ada azam dan matlamat yang baru yang ingin diburu kan? Azam saya yang paling teratas tahun 2012 ini cuma satu, nak aktif berblogging balik setelah sekian lama menyepi dek kerana kesibukan yang melampau+malas…hehehe.

Orang kata, bila kita beritahu azam / matlamat kita, secara tak langsung akan membangkitkan semangat kita untuk mencapai azam tersebut. Jadi, saya harap azam saya yang paling utama ni akan tercapai sepanjang tahun 2012 dan insyaallah ke tahun seterusnya.

Boleh saya tahu apa azam anda tahun 2012 ni? Kongsi-kongsikanlah di ruangan komen ya? :D

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

November 14th, 2010

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana  elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain – lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana – mana selain di sektor awam.

» Read more: Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!