Archive for the ‘Pengurusan Kewangan’ category

Fahami Sumber Pendapatan Anda

January 19th, 2010

Semalam, saya telah membaca semula buku kewangan kedua yang saya beli selepas Jutawan Dari Planet Jupiter iaitu Retire Young Retire Rich oleh Robert T. Kiyosaki. Dah lama saya beli buku ni dan dah khatam pun. Cuma saja jer nak baca balik to get some motivation.

Mengikut Robert Kiyosaki, “words are tools for your brain” bermaksud perkataan adalah alat untuk otak anda.

Jadi, hari ini saya nak kongsikan kepada anda maksud 3 jenis sumber pendapatan agar kita faham dengan betul tentang setiap sumber pendapatan yang diterangkan. Terdapat 3 jenis sumber pendapatan, iaitu:

  1. Earned income: Pendapatan yang diperoleh jika anda bekerja makan gaji. Selain itu, kenaikan gaji, bonus, elaun, komisyen, tip dan gaji kerja lebih masa juga dikategorikan dalam jenis ini.
  2. Portfolio income: Merupakan pendapatan hasil daripada pelaburan stok, bon dan mutual funds.
  3. Passive income: Satu bentuk pendapatan yang anda perolehi walaupun anda tidak bekerja dan berada dalam keadaan “pasif”. Ianya adalah merupakan satu bentuk pendapatan yang anda perolehi secara berulang-ulang kali setelah anda menyiapkan satu perkara/kerja.

    Sebagai contoh, royalti dari hasil penulisan buku, peciptaan lagu, menulis ebook dan juga pelaburan hartanah.

Dan untuk mencapai kebebasan kewangan (financial freedom) kita perlu mempunyai banyak aliran MSI (Multiple Streams of Income). So, lihat pendapatan anda… adakah multiple? atau hanya satu?

Buat Duit Dengan Menulis Buku

September 15th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk mencapai status kebebasan kewangan atau ‘financial freedom’, kita perlu mempunyai lebih dari satu sumber kewangan. Sememangnya kita tidak boleh melakukan banyak kerja dalam satu masa untuk menjana pendapatan. Oleh itu, wujud satu knsep pendapatan yang disebut sebagai pendapatan pasif. Pendapatan pasif bermaksud satu bentuk pendapatan yang anda perolehi walaupun anda tidak bekerja dan berada dalam keadaan “pasif”. Ianya adalah merupakan satu bentuk pendapatan yang anda perolehi secara berulang-ulang kali setelah anda menyiapkan satu perkara/kerja.

Sebagai contoh, jika anda merakam lagu, menulis lirik atau pun lagu, anda akan mendapat royalti dari hasil kerja anda. Contoh lain adalah dengan menulis buku. Anda hanya perlu menulis buku itu sekali sahaja, Setiap buku anda yang terjual, anda akan mendapat royalti (pendapatan).

Minggu lepas saya ada bersembang dengan salah seorang penulis yang aktif iaitu Tuan Zamri Mohamad. Beliau telah menulis banyak buku dan di antara buku hasil tulisan beliau ialah:

  • Memahami Bahasa Cinta Lelaki
  • 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki
  • Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas
  • Magnet Cinta
  • Rahsia Bisnes Mamak 
  • Mempengaruhi Bos Cara Streetsmart
  • Mengurus Konflik Gaya Streetsmart
  • E-buku Tip Karier untuk Wanita Moden
  • Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
  • Tip Menjadi Penulis Bestseller
  • Internet Marketing untuk Bisnes Kecil
  • Geng Genius Misteri Lokman
  • Buat Duit dengan YouTube
  • 30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh
  • Remaja@PTS One

Semasa bersembang dengan Tuan Zamri, beliau ada memberikan sedikit tips bagaimana untuk menjadi seorang penulis. Berikut merupakan petikan sembang maya saya dan Tuan Zamri Mohamad: » Read more: Buat Duit Dengan Menulis Buku

RM1 Juta Tidak Cukup Selepas Bersara

April 21st, 2009

Rakyat Malaysia daripada golongan sederhana memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta ketika bersara sekiranya mahu mengekalkan gaya hidup semasa.Pengurus Negara ESG Direct Asia Pte. Ltd. bagi Malaysia, K. Sasitharan berkata, bagaimanapun jumlah itu sebenarnya hanya sekadar ‘cukup makan’ jika diambil kira kos perubatan dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati hanya 10 peratus rakyat Malaysia yang memiliki simpanan yang baik untuk menghadapi zaman persaraan mereka nanti.

”Namun, simpanan tersebut bukan hasil daripada tabiat menabung tetapi sebaliknya disebabkan mendapat gaji besar sehingga menyebabkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencukupi,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan Seminar Khas Perancangan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di sini.

Beliau berkata, sejumlah 10 peratus didapati menjadikan amalan menyimpan untuk menghadapi persaraan manakala 80 peratus lagi tidak bersedia langsung dan terpaksa bergantung kepada anak-anak.

Sasitharan berkata, walaupun amalan menabung masih lagi rendah di kalangan rakyat Malaysia tetapi ia adalah perkara normal bagi negara yang memiliki populasi muda.

Bagaimanapun, situasi itu perlu diperbaiki sebelum menimbulkan masalah kepada negara kerana dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lagi Malaysia berpotensi untuk mempunyai majoriti penduduk dewasa.

Beliau berkata, rakyat Malaysia sepatutnya menukar persepsi yang ada dan menjadi lebih bersedia dalam mengharungi dunia persaraan tanpa perlu mengurangkan gaya hidup sedia ada.

”Di Malaysia, pesara secara automatik akan mengubah gaya hidup kebelakang berikutan kekangan wang untuk meneruskan gaya hidup selesa semasa bekerja.

”Sebab itu, pesara akan balik ke kampung selepas bersara dengan harapan dapat mengawal perbelanjaan harian, sekali gus mengurangkan beban kos hidup,” jelasnya.

Beliau menafikan bahawa amalan menabung hanya berupaya dilakukan oleh golongan yang memiliki gaji yang lumayan.

”Dakwaan ini tidak benar kerana golongan pekerja yang memiliki gaji RM1,000 pun menabung, secara perlahan-lahan kerana gaji yang diperoleh akan mengalami kenaikan seiring tempoh bekerja,” jelasnya.

Sasitharan menegaskan, masalah di Malaysia adalah kebanyakan rakyatnya lebih mengutamakan gaya hidup berbanding menabung.

Sambil memberi contoh, katanya, rakyat Malaysia sekarang dilihat lebih cenderung berbelanja terlebih dahulu sebelum mendapat gaji.

”Sekarang ini, kad kredit telah mengawal perbelanjaan rakyat Malaysia, ini memang budaya bahaya kerana setiap kali mendapat gaji, kita akan mendahulukan hutang,” katanya.

Ditanya apa yang perlu dilakukan jika tabungan pekerja masih tidak mencukupi pada usia 55 tahun, Sasitharan berkata: ”Pekerja itu perlu terus bekerja kerana usia persaraan 55 tahun adalah masih muda berbanding negara maju pada usia 65 tahun. Ini bukan bermakna pesara yang tidak mempunyai cukup simpanan masih mempunyai 10 tahun lagi untuk menabung,” kata beliau.

Sumber: Utusan Malaysia

Jadi, renung-renugkan!  :)

Akibat Kurangnya Ilmu Pengurusan Kewangan Peribadi

March 22nd, 2009

Bos besar kini penghantar piza 

DUA tahun lalu, Ken Karpman dan keluarganya menjalani kehidupan mewah. Mereka mempunyai keahlian kelab golf, sering bercuti ke destinasi hebat dan tinggal di rumah seluas 4,000 kaki persegi.

Pendapatan Karpman mencecah AS$750,000 setahun, iaitu jauh meninggalkan kadar purata pendapatan tahunan rakyat Amerika Syarikat.

Namun kini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Hedge Fund ini boleh ditemui menghantar piza di Florida dengan upah AS$7.29 sejam. Semuanya kerana tidak mempunyai simpanan cukup untuk menghadapi krisis ekonomi dunia.

“Kami tidak ambil tahu tentang harga barangan di kedai. Kami sekadar mencampakkan ia ke dalam troli dan terus membayarnya. Hidup begitu menyeronokkan. Mengapa ia harus berakhir?” kata Karpman dalam satu wawancara khas di televisyen.

Pemilik sarjana ini seorang pedagang jualan ekuiti. Dia terlalu percaya pada urus niaga dengan syarikat besar, tanpa menduga impak kemelesetan ekonomi global.

Karpman dan isterinya, Stephanie, memberitahu bahawa rumah mereka di Tampa, Florida sudah tergadai sementara hutang kad kredit sudah terkumpul sebanyak AS$100,000. Anak-anak mereka masih meneruskan pembelajaran di sebuah institusi persendirian namun dikatakan ada pihak lain yang menanggung kosnya.

“Memang ini menyedihkan. Namun, saya harap kisah kami dijadikan iktibar. Kami merupakan antara ratusan ribu warga Amerika yang kehilangan kerja atau sedang bersusah-payah membayar semula pinjaman,” kata Karpman.

Sumber ini diambil dari akhbar Kosmo hari ini. Kisah ini boleh dijadikan iktibar kepada kita betapa pentingnya ilmu pengurusan kewangan peribadi.

Tidak kisahlah berapa banyak wang yang anda dapat, tetapi jika anda tidak menutup kebocoran (aliran wang keluar) dan tidak menyimpan maka tidak ada gunanya anda mendapat wang yang banyak tadi.

Menyimpan atau simpanan merupakan benteng pertahanan yang paling asas dalam pengurusan kewangan peribadi. Ia merupakan perkara yang paling penting kerana ia dapat menyelamatkan kita apabila berlaku sebarang kecemasan seperti anak sakit, kemalangan, kereta rosak dan bermacam-macam lagi.

Jadi, amalkanlah sikap menyimpan. Bukan untuk siapa, untuk diri anda dan keluarga juga!

Selamat beramal!