Archive for the ‘Perniagaan Internet’ category

Pelancaran Video PERCUMA 8 Langkah Buat Ebook

February 10th, 2010

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

sepanjang 2 minggu yang lepas, saya agak sibuk menyiapkan produk PERCUMA saya yang pertama iaitu Video 8 Langkah Membuat Ebook. Jadi, pada hari ini, saya akan melancarkannya buat pertama kali melalui blog ini.

Apa yang anda akan dapat dari video ini?

  • Bagaimana untuk mendapatkan idea untuk menulis ebook dan bagaimana untuk melakukan kajian setelah mendapat idea

  • TIP PANAS:Bagaimana untuk menulis isi dengan cepat semasa idea datang mencurah-curah tanpa kehilangan satu idea pun

  • Teknik membuat peta minda menggunakan perisian  __________________

  • Teknik promosi yang ampuh untuk mempromosikan ebook yang dihasilkan

Dan banyak lagi tip dan teknik yang anda akan dapat untuk membuat ebook yang meletup!

Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkannya sekarang…Percuma sahaja.

Klik di sini: http://shukorsubahir.com/8langkahbuatebook/

Sekian. Selamat menonton video tersebut! :)

TAKUT Untuk Bermula…

January 29th, 2010

Banyak respons yang saya dapat dari email dan juga rakan-rakan yang mereka TAKUT untuk memulakan perniagaan. Ada juga yang sudah bersiap sedia dengan tools untuk menjalankan perniagaan, akan tetapi takut untuk bermula.

Saya mula membuat beberapa kajian tentang kenapa dan apa yang mereka takutkan.

 

Di bawah adalah senarai hasil daripada kajian tersebut:

  1. TAKUT modal yang dilabur hangus.

  2. TAKUT jika tiada orang mahu membeli produk mereka

  3. TAKUT jika orang sekeliling atau pun rakan-rakan mentertawakan mereka

  4. TAKUT produk yang dijual tiada stok atau pun kehabisan stok bagi produk fizikal

  5. TAKUT jika reaksi pelanggan yang marah jika penghantaran produk lewat seperti yang dirancang

  6. TAKUT ditipu pelanggan, rakan perniagaan, atau pengilang

  7. TAKUT pelanggan tidak berpuas hati dengan produk dan memulangkannya kembali

  8. TAKUT pengilang “tutup kedai” kerana bankrap

  9. TAKUT menghadapi pelanggan yang  cerewet

  10. TAKUT jika perniagaan tergantung di tengah jalan kerana tidak tahu menguruskannya

Kesemua faktor keTAKUTan di atas sebenarnya bukan dari faktor keadaan sekeliling. Ia disebabkan oleh kurangnya ILMU dan tiada KEYAKINAN DIRI. Dalam apa jua perniagaan mesti mempunyai risiko. Tidak kira besar atau pun kecil.

Jangan berfikiran negatif dan memikirkan masalah yang bakal dihadapi. Sebaliknya, pelajari ilmu tentang perniagaan dan fikirkan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan secepat mungkin, tetapi dengan perancangan dan pelan perniagaan yang ampuh.

Mengapa perlu takut sedangkan belum bermula? :)

Cara Menjadi Jutawan Alaf Baru!

January 21st, 2010

Assalammualaikum & Salam Sejahtera…

Pada hari ahad yang lalu (17 Januari 2010), satu konvesyen yang telah mengumpulkan beberapa orang jutawan telah diadakan iaitu Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan. Antara Jutawan yang hadir adalah Dr. Irfan Khairi, Dr. Azman Chin, Abang Abu, Chef li dan juga Billi Lim.

Salah satu topik menarik yang dibincangkan di dalam konvesyen tersebut ialah, topik yang disampaikan oleh Dr. Irfan Khairi yang bertajuk “Bagaimana Mendapatkan RM 1,000,000 di Abad ke-21 ini”.

Anda ingin tahu bagaimana caranya?

» Read more: Cara Menjadi Jutawan Alaf Baru!

Seminar Pakar Affiliate Untuk Umum… Lekas!

January 20th, 2010

Salam hormat buat semua pembaca blog saya,

Saya baru terima email ini dari Zamri Nanyan dan beliau buka satu peluang keemasan untuk setiap orang yang berminat untuk berjumpa jutawan dan usahawan internet negara!

Saya rasa biar Zamri sahaja terangkan kepada anda di bawah… tapi pastikan anda ambil tindakan segera dan buat pesanan secepat mungkin.

Selalunya, seminar sebegini memang sold-out!

Ikhlas,

Shukor Subahir

P/S: Tawaran dari saya, sekiranya anda mendaftar untuk Seminar Pakar Affilate ini melalui link saya, saya akan berikan rebet sebanyak RM19.50. Kiranya, anda hanya mengeluarkan kos sebanyak RM80 sahaja untuk ke Seminar Pakar Affiliate dan saya rasa tidak terdapat mana-mana seminar yang menawarkan harga seperti itu. Apa yang anda perlu lakukan ialah buat bayaran seperti biasa melalui link ini: http://pakaraffiliate.com/seminar.htm?aff_id=2488 . Kemudian, hantarkan bukti bayaran yang anda tadi kepada saya melalui borang hubungi saya yang terdapat di blog saya ini. Rebet RM19.50 akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda setelah pihak admin Pakar Affiliate membayar komisyen.

 ————————————————————————————————————————–

Salam hormat,

Seminar Pakar Affiliate akan berlangsung pada hari Sabtu, 23 Januari nanti dan 100 tempat duduk sudah dipenuhi dengan pembeli Pakar Affiliate.

Namun ada berita baik untuk anda yang ingin hadir ke seminar ini tapi tidak ingin untuk dapatkan program Pakar Affiliate buat masa sekarang (mungkin anda akan beli pada masa akan datang).

Jadi, saya sediakan tawaran istimewa untuk anda hadirkan diri juga.

Seminar adalah tempat untuk anda belajar dan juga buat ‘networking’. Networking adalah penting untuk memudahkan bisnes anda. Jadi, tak hairanlah ada yang sanggup habiskan ribuan ringgit setiap tahun semata-mata untuk hadiri seminar walaupun seminar yang dihadiri tak berkaitan dengan bidang mereka.

Berita baiknya ialah seminar Pakar Affiliate dapat menerima beberapa lagi tempahan pada harga diskaun 50%!

Kenapa ianya berlaku?

Anda boleh baca di laman web di bawah dan ambil tindakan segera.

http://pakaraffiliate.com/seminar.htm?aff_id=2488

Jumpa anda di seminar nanti!

Ikhlas,

Zamri Nanyan

http://pakaraffiliate.com/?aff_id=2488

ps. dengan kurang RM100, anda dapat jumpa jutawan internet dan usahawan yang telahpun berjaya di dalam bidang ini. Siapa lagi boleh berikan harga sebegini?

pps. seminar ini benar-benar bernilai RM1,299 kerana saya sendiri akan dedahkan kepada anda strategi (bukan sekadar tactic) $1,000 sebulan yang saya praktikkan. http://pakaraffiliate.com/seminar.htm?aff_id=2488

ppps. pembeli program Pakar Affiliate tak perlu pesan sekali lagi kerana anda dapat seminar ini percuma. Cuma ikut arahan yang saya berikan di dalam email sebelum ini.

8 Tip Dari John Reese

January 17th, 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kan? :) Saya tidak akan tanya anda dah tetapkan azam ke belum. Apa yang saya nak tanya ialah sudahkah anda mula untuk bertindak ke arah azam anda? Jika belum, baik anda mulakan sekarang.

Ok, hari ini saya ingin berkongsi 8 Tip yang saya dapat dari John Reese yang boleh dijadikan panduan dalam perniagaan internet sepanjang 2010. Mana yang anda rasa betul, anda boleh aplikasikan dan mana yang tidak tu tak payahla anda angkat port ya?

» Read more: 8 Tip Dari John Reese