Archive for the ‘Produk Terbaik’ category

Panduan Mesti Beli!!

June 29th, 2009

Rakan IM saya iaitu Mazlie Nadzri baru sahaja melancarkan Panduan Minisites tepat pukul 12 tengahari tadi. Kepada anda yang tidak tahu membina minisites, panduan ini sesuai untuk anda. Ianya didatangkan dalam bentuk video tutorial, sekaligus membantu pemahaman anda mengikuti panduan ini.

Sekiranya berminat, bolehlah mendapatkannya melalui link dibawah ini segera kerana harga adalah RM30 untuk tempoh 48 jam sahaja, sebelum dinaikkan kepada RM40 selepas itu.KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT 

Kelebihan Pembinaan Minisite Bagi Usahawan Baru

May 5th, 2009

Hari ini saya ingin berkongsikan pula tentang kelebihan pembinaan minisite bagi bakal usahawan baru internet terutama sekali buat anda…

Sebelum ini saya ada menerangkan bahawa terdapat pelbagai jenis konsep laman web yang boleh anda bangunkan. Namun, laman web yang paling berkesan dan menguntungkan untuk pemasaran internet adalah laman web yang berkonsepkan minisite.

Satu kelebihan utama pembinaan minisite adalah ianya adalah berkos murah. Ya, pembinaan minisite adalah amat murah sekali berbanding jika anda ingin membina laman web seperti shopping cart. Yang lebih menariknya, anda boleh mula membangunkan laman web minisite anda menggunakan perisian percuma sahaja!

Antara kelebihan lain laman web berkonsepkan minisite ini adalah kos maintenance nya yang rendah. Sebagai contoh jika anda ingin mengubahsuai isikandungan web anda, perkara yang perlu anda lakukan adalah edit kembali kandungan dan uploadkan ke internet. Cukup mudah dan boleh diubahsuai mengikut cita rasa anda.

Seterusnya dengan menggunakan minisite, anda juga mampu menyekat pelawat web daripada terganggu dengan lain – lain promosi produk. Sebagai contoh, jika di shopping cart, pelawat web mungkin akan jadi rambang mata… mereka akan klik sana sini untuk melihat produk – produk… namun akhirnya tidak akan membuat pembelian.

Berbanding dengan minisite, pelawat web hanya mempunyai 2 pilihan sahaja… memberi respon kepada promosi anda atau meninggalkan web anda. Jika penulisan ayat jualan anda yakni copywriting anda baik, maka anda mungkin dapat mempengaruhi pelawat untuk mendapatkan apa yang anda tawarkan.

Baiklah, sampai di sini sahaja dulu perkongsian saya. Semoga kita berjumpa lagi!

Ikhlas,
Shukor Subahir

p.s – Jangan lupa kalau anda belum tahu cara nak bina laman web minisite, segera dapatkan informasi dengan klik di sini…

Pemasaran Internet Menerusi Program Affiliate

May 2nd, 2009

Salah satu cara untuk meningkatkan hasil jualan produk anda adalah dengan melakukan aktiviti pemasaran menerusi program affiliate. Sebagai pemilik perniagaan, adalah menjadi satu perkara yang merugikan sekiranya program affiliate tidak ditawarkan kepada pengguna – pengguna internet.

Program affiliate adalah merupakan satu bentuk program yang menawarkan peluang usahasama diantara pemilik produk (pemilik laman web) dan pengguna internet yang lain.

Dengan menawarkan peluang usahasama ini, pengguna internet yang menyukai produk si pemilik berpeluang untuk mempromosikan produk tersebut kepada kenalan – kenalan mereka. Mereka akan dikenali sebagai “agen affiliate” apabila bertindak menyertai program affiliate yang ditawarkan.

Hal ini secara tidak langsung mampu meningkatkan hasil jualan produk kerana mereka iaitu agen affiliate akan bertindak mempromosikan produk tersebut ke serata tempat di internet.

Perkara ini juga mampu meringankan bebanan pemilik produk seperti anda untuk melakukan promosi kerana aktiviti promosi ini akan dilaksanakan oleh agen – agen affiliate. Anda boleh focus dengan kerja – kerja pengurusan produk dan penghantaran produk kepada pelanggan – pelanggan anda.

Untuk membangunkan program affiliate, sistem affiliate adalah diperlukan. Terdapat 2 kaedah untuk membangunkan program affiliate ini iaitu menerusi:

1. 3rd party Hosted Affiliate System
2. Self-Hosted Affiliate System

Terdapat pro dan kontra untuk kedua – dua kaedah ini. Kebiasaannya apabila kita menggunakan 3rd party hosted affiliate system, kita perlu membayar “yuran” setiap bulan.

Sekiranya kita menggunakan self-hosted affiliate system pula, kebiasaannya kita memerlukan kemahiran teknikal untuk memasangnya ke dalam laman web jualan kita.

Anda mungkin memerlukan penerangan lanjut tentang pemasangan sistem affiliate ini ke dalam laman web jualan anda. Jadi saya syorkan anda untuk melihat info lanjut dengan klik di sini…

ikhlas,
Shukor Subahir

eCover Produk Mampu Meningkatkan Hasil Jualan

April 28th, 2009

Jika anda menjual produk – produk digital, pastikan anda tidak mengabaikan rupa bentuk produk digital anda tersebut.

Sebagai contoh jika anda menjual ebook, maka sudah semestinya anda memerlukan rupa bentuk cover ebook untuk menzahirkan ebook tersebut. Maksudnya dengan adanya rupa bentuk eCover yang bersesuaian, ia dapat meningkatkan keyakinan pengguna untuk membeli produk anda.

Untuk menghasilkan ecover, terdapat 3 cara iaitu:

1. Mengupah designer menghasilkan ecover untuk anda
2. Melakukan ecover sendiri secara manual dari scratch
3. Menggunakan action script ecover

Pilihan pertama
Jika anda mempunyai modal, anda boleh mengupah designer menghasilkan ecover untuk anda. Kebiasaannya mereka (Designer) akan caj sekitar RM30 – RM150 untuk menghasil SATU (1) jenis ecover sahaja!

Bayangkan jika anda mempunyai 10 produk? Berapakah modal yang anda perlukan?

Pilihan kedua
Jika anda mahir menggunakan “TOOLS” yang disediakan di dalam Photoshop atau GIMP, anda boleh menghasilkan rupa bentuk eCover anda dengan mudah. Walaubagaimanapun, ia akan mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan rupa bentuk ecover yang diingini seperti rupa DVD box, eBOOK, CD, dan sebagainya.

Bayangkan jika 1 design mengambil masa 2 jam… Brapakah jumlah masa yang anda perlukan untuk menghasilkan 10 bentuk design?

Pilihan ketiga (DISARANKAN!)
Ini adalah pilihan yang bijak di mana anda menggunakan action script eCover untuk menghasilkan ecover pilihan anda. Anda boleh menghasilkan pelbagai bentuk eCover yang telah diciptakan khas untuk anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, hanya tekan butan PLAY, dan kemudian rupa bentuk eCover idaman anda akan terhasil!

Apa itu action script? Action script adalah “RAKAMAN” yang telah dibuat oleh penghasilnya bagi memudahkan segala tugas melakukan design. Jika kita ingin menghasilkan rupa design yang sama di masa hadapan, kita hanya perlu memainkan rakaman tersebut dan seterusnya rupa design yang diingini akan dihasilkan hanya beberapa minit sahaja!

Walaubagaimanapun, untuk menggunakan action script ini, anda memerlukan perisian Adobe Photoshop. Anda boleh download Adobe Photoshop (Trial Version) di http://www.adobe.com/products/photoshop/photoshop/

Jika anda SUDAH memiliki perisian ini, maka saya amat mengesyorkan anda untuk melihat action script dengan klik di sini…

(Anda boleh download action script percuma di laman tersebut juga!)

ikhlas,
Shukor Subahir

Banner Promosi eCoverProduk 468 x 60 pixels

Revolusi Twitter

April 3rd, 2009

 

Di awal wujudnya Twitter, ia dianggap sebagai satu medium untuk menambah kenalan-kenalan dari seluruh dunia.
Tetapi pada masa sekarang, Twitter telah digunakan oleh para IM di seluruh dunia sebagai salah satu teknik untuk
menarik trafik ke laman web atau pun blog dan mewujudkan satu kumpulan peminat sendiri. Anda akan mengetahui apa yang sentiasa dilakukan oleh orang yang anda “follow”. Melalui Twitter juga anda dapat berkomunikasi di antara satu sama lain dengan pantas dan mudah sama ada melalui laman web twitter atau pun telefon bimbit anda sendiri.

Twitter juga digunakan sebagai medium pemasaran produk, program affiliate dan bermacam-macam lagi. Jadi, tidak hairanlah nama besar sama ada dalam bidang politik seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam bidang keusahawanan internet pula seperti Dr Irfan Khairi, Shuth, SmartZul dan Mazlie, IM antarabangsa; Joel Comm, Mike Filsaime memiliki akaun dan menggunakan Twitter.

Salah satu cara atau teknik yang mudah untuk menarik perhatian ramai menjadi “follower” anda ialah dengan
memiliki background Twitter yang menarik. Anda boleh menukar design untuk background Twitter anda kepada design yang lebih menarik dan tampak profesional.

Jika anda mahu memiliki “follower yang ramai”, anda boleh dan malah anda mampu memiliki 42 jenis grafik background untuk twitter anda dengan terhasilnya produk Twitter Mania.

Anda bukan sahaja mendapat koleksi  grafik, malah anda juga diberikan hak jualan semula (MRR) dengan harga RM20 sahaja.

Untuk mendapatkannya, anda boleh klik pada link ini: http://twitter-wallpaper.com. Anda juga akan mendapat bonus-bonus menarik yang mempunyai lesen hak jualan semula seperti yang dipaparkan dalam salesletter tersebut.

Anda juga boleh klik pada gambar burung tweet-tweet kat atas nu…

Jadikan laman Twitter anda lebih ceria dari biasa…Zass(Macam dalam Melodi tu! :D )