Archive for the ‘Review’ category

SBD: Teknik Review – Buat Duit Dengan Affiliate

May 21st, 2010

Seperti yang dijanjikan, hari ini saya akan menerangkan kepada anda teknik review untuk menjana pendapatan melalui affiliate. Seperti perniagaan lain, anda perlulah terlebih dahulu memilih produk atau perkhidmatan yang ingin anda promosikan.

Di bawah saya senaraikan tip & teknik yang perlu diambil kira dalam membuat sesuatu review. Tip & teknik yang saya akan terangkan ini selalu saya gunakan semasa membuat review. Ia mungkin tidak sama dengan otai-otai atau pun orang lain. Lain orang lain caranya. Jadi, terpulang kepada anda sama ada ingin mengikut teknik yang saya gunakan atau pun sebaliknya.

Ok, anda boleh rujuk tip-tip yang saya berikan di bawah semasa anda ingin membuat review:

  1. Pastikan anda tahu dan fahami tentang produk atau perkhidmatan yang anda ingin review. Sebagai contoh, jika anda membuat review berkenaan perkhidmatan hosting, pastikan anda baca, fahami dan selusuri laman web penyedia khidmat hosting tersebut terlebih dahulu sebelum membuat review. Bagi produk digital pula seperti ebook, anda harus membaca terlebih dahulu kandungan ebook tersebut agar anda memperoleh idea untuk membuat review.

  2. Lebih elok jika anda sendiri telah membeli dan menggunakan produk / perkhidmatan tersebut. Bagi produk yang berkaitan dengan teknik-teknik tertentu seperti perisian yang mampu menjana trafik yang banyak, pastikan anda telah mencubanya dan ceritakan tentang ciri-ciri yang anda suka / tidak suka mengenainya. » Read more: SBD: Teknik Review – Buat Duit Dengan Affiliate

SBD: Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Affiliate?

May 19th, 2010

Ramai yang bertanya dan ada juga yang email kepada saya tentang macam mana cara nak buat duit dengan affiliate. Kalau nak dikatakan, ada banyak cara dan teknik yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan melalui affiliate. Cari saja di enjin carian Google. Bersepah-sepah maklumat yang anda boleh dapat. Jika tidak pun, masuk forum Wangcyber dan di sana klik saja mana-mana topik berkenaan affiliate yang anda suka.

Akan tetapi, saya tak mahulah nak cakap sedemikan sebab mereka bertanya kepada saya dengan cara yang baik. Mereka nak tahu teknik yang saya gunakan untuk buat duit melalui affiliate. Jadi pada entri kali ini dan siri yang berikutnya, saya akan menerangkan tentang teknik yang saya gunakan dalam menjana wang melalui affiliate.

Memang saya akui sebelum ini saya memang berasa tertekan kerana setiap produk affiliate yang saya promosi tidak mendatangkan hasil yang saya mahukan. Anda boleh baca entri saya yang terdahulu di sini: » Read more: SBD: Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Affiliate?

Kenapa Masih Gagal Buat Duit?

March 22nd, 2010

Setiap hari akan ada saja orang yang berminat nak buat duit di internet. Setiap hari akan terjual ebook-ebook dan macam-macam lagi produk di internet.

Namun begitu..

Tak semua berjaya buat duit di internet atas beberapa kekangan seperti masa, tersangkut di beberapa bahagian, dan lain-lain masalah lagi.

Satu cara yang boleh membantu mereka yang masih tidak berjaya dan ingin berjaya dengan cepat, adalah dengan cara belajar secara berdepan..

Setuju?

Malangnya kalau kita lihat belajar secara berdepan ni memakan kos yang sangat tinggi untuk membayar fee coach yang diperlukan.

Ada yang caj sampai RM1500 untuk sessi live coaching.. » Read more: Kenapa Masih Gagal Buat Duit?

Akhirnya…Ebook Rahsia Pengurusan Masa Dilancarkan!

March 9th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog Shukor Subahir dot Com.

Dengan lafaz Bismillah, saya secara rasminya melancarkan Ebook Rahsia Pengurusan Masa; Panduan Pengurusan Masa Yang Berkesan.

 

Target Ebook RPM
———————

» Read more: Akhirnya…Ebook Rahsia Pengurusan Masa Dilancarkan!

Review: Malaysianbuy.com

May 24th, 2009

Jika anda pergi ke laman web ini, anda dapat lihat ia sebuah laman web direktori untuk web jualan, estore dan online shopping.

Tujuan laman web ini dibina mengikut kata tuan empunya ialah untuk mengelakkan daripada pengguna tertipu daripada apa yang mereka beli. Saya rasa ada bagusnya diwujudkan laman web ni. Pengguna dapat menggunakan laman web ini untuk menilai sama ada sesuatu produk atau perkhidmatan itu baik dan betul. Melalui laman web ini juga, pihak penjual produk dan penyedia perkhidmatan dapat menilai sejauh mana mutu produk/perkhidmatan mereka dan secara tak langsung dapat meningkatkan kecekapan serta servis mereka kepada pelanggan.

Satu lagi, apa yang best tentang laman web ni ialah kita boleh tahu lokasi sesuatu perniagaan. Ya, sudah tentu menggunakan google map. Anda juga boleh memberikan rating dan komen kepada sesuatu perniagaan. Kategori yang disediakan ada dalam 103 kategori.

Jika anda dapat lihat, masih belum banyak lagi senarai untuk dilihat dan diberikan rating. Laman web ini perlu lebih banyak promosi agar lebih ramai yang tahu kewujudannya dan seterusnya menarik lebih ramai pengunjung dan juga pemilik perniagaan untuk mempromosi perniagaan mereka. Jadi, kepada sesiapa yang nak mempromosi laman web jualan produk atau perkhidmatan mereka, boleh promosikan di malaysianbuy.com

Layari laman web ini di www.malaysianbuy.com sekarang!