Archive for the ‘Tips Perniagaan’ category

Siri Pengiklanan Internet: Asas Pengiraan Pengiklanan Di Internet

April 30th, 2010

Sebelum ni, saya memang melopong bila masuk bab-bab nak mengira CPM, CPC, dan conversion rate. Tapi saya mengambil inisiatif untuk  cari sampai dapat tentang info ni. So, khas buat anda semua, di sini saya terangkan serba ringkas. Topik ini amat penting terutamanya jika anda ingin betul2 serius dalam perniagaan internet.

Cara Mengira CPM
================

CPM bermaksud cost-per-mille. Mille merupakan bahasa latin yang bermaksud per seribu (/1,000). Dalam kes ini kita berkata tentang 1,000 impression pada sesuatu laman web (atau pun dipanggil page views). Ia merupakan metrik yang kerap digunakan untuk laman web.Harganya bergantung kepada 1,000 impression.

Terdapat banyak faktor yang membezakan harga sesuatu iklan jika mengikut CPM.
Antaranya ialah saiz banner, di mana kedudukan banner diletakkan dan bermacam-macam lagi faktor.

Formula Asas: Sebagai contoh, anda ditawarakan oleh pihak pengiklan dengan harga RM10 CPM untuk banner 300×250 yang diletakkan di bahagian atas laman web. Jika anda meletakkan iklan tersebut dan ia menghasilkan 120,000 page views pada bulan itu, pihak pengiklan akan membayar kepada anda RM10 x 120,000/1,000 » Read more: Siri Pengiklanan Internet: Asas Pengiraan Pengiklanan Di Internet

Tip Ini Umpama EMAS Dalam Pengurusan Masa

April 7th, 2010

Berikut adalah salah satu tip  yang saya bongkarkan di dalam Ebook Rahsia Pengurusan Masa:

Fokus

Ini amat penting. Saya telah merasa kesannya. Nampak macam mudah tetapi ia amat efektif.

Bila anda bekerja online, anda tidak dapat lari dari alat komunikasi atau gajet seperti email, MSN, Yahoo Messenger, Skype, telefon mahupun telefon bimbit.

Semuanya merupakan “tools” yang hebat. Akan tetapi jika anda menggunakannya semasa sedang melakukan kerja, anda memerlukan dua kali ganda masa yang diperlukan untuk menyiapkan kerja anda.

Sebagai contoh, anda sedang menyiapkan satu artikel. Setelah 15 minit, anda diganggu dengan satu email. Anda membalas email tersebut yang sebenarnya tidak penting bagi anda. Katakan anda menghabiskan masa selama 10 minit untuk membalas email dan kemudian anda kembali menulis artikel. » Read more: Tip Ini Umpama EMAS Dalam Pengurusan Masa

TAKUT Untuk Bermula…

January 29th, 2010

Banyak respons yang saya dapat dari email dan juga rakan-rakan yang mereka TAKUT untuk memulakan perniagaan. Ada juga yang sudah bersiap sedia dengan tools untuk menjalankan perniagaan, akan tetapi takut untuk bermula.

Saya mula membuat beberapa kajian tentang kenapa dan apa yang mereka takutkan.

 

Di bawah adalah senarai hasil daripada kajian tersebut:

  1. TAKUT modal yang dilabur hangus.

  2. TAKUT jika tiada orang mahu membeli produk mereka

  3. TAKUT jika orang sekeliling atau pun rakan-rakan mentertawakan mereka

  4. TAKUT produk yang dijual tiada stok atau pun kehabisan stok bagi produk fizikal

  5. TAKUT jika reaksi pelanggan yang marah jika penghantaran produk lewat seperti yang dirancang

  6. TAKUT ditipu pelanggan, rakan perniagaan, atau pengilang

  7. TAKUT pelanggan tidak berpuas hati dengan produk dan memulangkannya kembali

  8. TAKUT pengilang “tutup kedai” kerana bankrap

  9. TAKUT menghadapi pelanggan yang  cerewet

  10. TAKUT jika perniagaan tergantung di tengah jalan kerana tidak tahu menguruskannya

Kesemua faktor keTAKUTan di atas sebenarnya bukan dari faktor keadaan sekeliling. Ia disebabkan oleh kurangnya ILMU dan tiada KEYAKINAN DIRI. Dalam apa jua perniagaan mesti mempunyai risiko. Tidak kira besar atau pun kecil.

Jangan berfikiran negatif dan memikirkan masalah yang bakal dihadapi. Sebaliknya, pelajari ilmu tentang perniagaan dan fikirkan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan secepat mungkin, tetapi dengan perancangan dan pelan perniagaan yang ampuh.

Mengapa perlu takut sedangkan belum bermula? :)

10 Cara Kreatif Dalam Pemasaran Viral

December 10th, 2009

Huh, agak lama juga saya tak membuat post dan berkongsi pendapat dan ilmu kepada pembaca blog saya. Kepada mereka yang subscribe blog saya ini, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana masih setia walaupun saya jarang update blog saya.

Insyaallah, selepas ini saya akan lebih kerap mengupdate blog ini. Topik yang dibincangkan juga akan lebih meluas dan tidak tertumpu kepada keusahawanan dan perniagaan internet sahaja. Saya ingin mengasah skil penulisan saya. Manalah tahu, boleh buat ebook dan menulis buku pula selepas ini…

Berbalik kepada tajuk di atas iaitu mengenai pemasaran viral. Apakah maksud Pemasaran Viral? Bagi perniagaan offline, ia disebut sebagai pemasaran “word-of-mouth,” “creating a buzz,” “leveraging the media,” “network marketing.” Dalam perniagaan internet pula, ia disebut sebagai “viral marketing” atau pemasaran viral. Pemasaran Viral merupakan satu teknik di mana anda membenarkan sesuatu produk atau servis diberikan secara percuma untuk menggandakan pemasaran melalui internet dengan pantas. Anda cuma perlu letakkan iklan anda dalam pemberian produk percuma. Di bawah merupakan 10 cara kreatif dalam pemasaran viral: » Read more: 10 Cara Kreatif Dalam Pemasaran Viral

Kisah Tony Hawk…Siapa Tu?

October 13th, 2009


Assalammualaikum dan salam sejahtera, lama juga tak membuat post selepas raya ni. Bulan raya ni, boleh dikatakan setiap hari ada jamuan hari raya. Tak kira kat rumah mahupun di pejabat. Naik berat badan dibuatnya…

Baiklah, hari ni saya nak kongsikan kepada anda mengenai kisah seorang usahawan dari Amerika yang boleh kita jadikan sebagai motivasi dan penyuntik semangat untuk kita meneruskan perjuangan sebagai seorang usahawan.

Masa zaman saya sekolah menengah dulu, pengaruh ‘skateboard’ menular dengan begitu cepat sekali. Pada zaman tersebut juga, jika kita berkata tentang ‘skateboard’, nama Tony Hawk begitu sinonim dengannya. Ramai betul peminat fanatik Tony Hawk ni termasuklah saya. Beliau menjadi ‘pro skater’pada awal usianya 14 tahun. Beliau juga menjadi atlet yang paling banyak memenangi pertandingan dalam sejarah ‘pro skater’dan pada tahun 1999 beliau orang yang pertama berjaya membuat aksi “900” (900-degree turn) dalam X Games di San Francisco.

Itu cerita 10 tahun yang lalu. Akan tetapi semalam, saya terbaca tentang kisah beliau dalam satu laman web. Beliau rupanya telah manjadi seorang usahawan yang sedang meningkat naik.

Ikuti kisah dan temubual bersama Tony Hawk: » Read more: Kisah Tony Hawk…Siapa Tu?