Ramai Jadi Usahawan Selepas Krisis Ekonomi Global

May 14th, 2010 by admin 3 comments »

KELEMBAPAN ekonomi yang melanda Malaysia susulan krisis ekonomi global baru-baru ini melahirkan generasi baru usahawan tempatan apabila ramai memilih untuk bekerja sendiri.

Mengikut kaji selidik terbaru firma penyelesaian tenaga kerja global, Kelly Services, seorang daripada enam responden kaji selidik itu menganggap diri mereka sebagai ‘bekerja sendiri’ atau kerja dari rumah. Lebih separuh daripada baki responden itu pula menyatakan keinginan untuk bekerja secara lebih bebas.

Penemuan itu adalah sebahagian daripada Indeks Tenaga Kerja Global Kelly yang mengumpulkan pandangan 134,000 responden, termasuk 2,000 di Malaysia.

Firma itu berkata, hampir separuh responden mahu memulakan perniagaan sendiri, iaitu bagi mereka berumur antara 18-29 tahun lebih berminat memulakan perniagaan komersial berbanding yang berusia antara 30 hingga 47 tahun dan antara 48 hingga 65 tahun.

Keputusan kaji selidik itu menunjukkan 17 peratus daripada responden kini bekerja sendiri terdiri daripada 23 peratus yang berusia 48 hingga 65 tahun, 18 peratus (18 hingga 29 tahun) dan 13 peratus (30 hingga 47 tahun).

Faktor utama dinyatakan sebagai sebab beralih kepada bekerja sendiri ialah ketidakpastian mengenai pendapatan, risiko kegagalan dan ketiadaan sokongan.

» Read more: Ramai Jadi Usahawan Selepas Krisis Ekonomi Global

Pandangan Seorang Jutawan

May 10th, 2010 by admin 6 comments »

Apakah yang dikatakan pandangan jutawan?

Mengikut Adam Khoo dalam bukunya “Secret of Self-made Millionaire“, ia adalah cara kita melihat keadaan dunia disekeliling kita.

Cara kita melihat, memerhati dan memahami keadaan serta pengalaman yang kita lalui dalam kehidupan. Walaupun ada 2 individu berlainan mengalami  peristiwa yang sama, akan tetapi mereka dibezakan oleh cara mereka melihat dan menerima keadaan tersebut. Perbezaan ini yang mengakibatkan tindakan dan keputusan yang berlainan.

PANDANGAN -> PEMIKIRAN -> TINDAKAN -> KEPUTUSAN

Tahukah anda bagaimana jutawan Richard Branson (pengasas dan pengerusi Virgin Group) mendapat idea untuk menubuhkan Virgin Airways?

Ceritanya begini…jeng, jeng, jeng  :) » Read more: Pandangan Seorang Jutawan

Siri Pengiklanan Internet: Cara Mengira Conversion Rate

May 2nd, 2010 by admin 1 comment »

Jika anda terlepas entri mengenai Siri Pengiklanan Internet sebelum ini, anda boleh baca dengan klik pada tajuk-tajuk di bawah:

http://shukorsubahir.com/blog/tips-perniagaan/asas-pengiraan-untuk-pengiklanan-di-internet.html

http://shukorsubahir.com/blog/tips-perniagaan/siri-pengiklanan-internet-cara-mengira-cpc.html

Cara Mengira Conversion Rate
============================

Conversion rate juga adalah penting dan perlu diambil peduli.Secara asas, ia memberitahu berapa peratus pelawat yang klik sesuatu iklan yang akhirnya mengambil tindakan (sama ada membeli produk atau pun mendaftar nama dan email mereka). Anda juga boleh mengenalpasti conversion rate  untuk sesuatu landing page.

Formula Asas: Seperti biasa, mudah saja :)

Conversion rate = (Jumlah pelawat yang mengambil tindakan / Jumlah pelawat yang klik iklan anda) x 100

Sebagai contoh, anda beli 1,000 klik untuk Google Adwords. 35 orang yang mengambil tindakan membeli ebook anda. Jadi, conversion rate anda ialah 35 / 1,000 = 0.035. Setelah itu, darabkan jumlah tadi dengan 100 untuk mendapatkan nilai dalam bentuk peratus. Oleh itu, conversion rate anda ialah 3.5%.

Reverse Formula: Menterbalikkan formula ini amat berguna terutamanya bagi mereka yang menjual produk online atau pun untuk pasaran affiliate. Katakan anda jual ebook dengan harga RM17 dan anda gunakan Google Adwords untuk menarik trafik ke laman web anda. Berapa banyak yang anda perlu bayar untuk setiap klik sebenarnya?
Jawapannya adalah dalam bentuk “Nilai purata per pelawat”. » Read more: Siri Pengiklanan Internet: Cara Mengira Conversion Rate

Siri Pengiklanan Internet: Cara Mengira CPC

May 1st, 2010 by admin 1 comment »

Ok, ini merupakan sambungan dari Siri Pengiklanan Internet. Pada bab yang lepas, saya menerangkan tentang cara mengira CPM (Cost-Per-Mille). Jika anda terlepas atau belum lagi membaca entri terebut, anda boleh klik di sini untuk membacanya:

http://shukorsubahir.com/blog/tips-perniagaan/asas-pengiraan-untuk-pengiklanan-di-internet.html

Hari ini, saya ingin menerangkan tentang cara mengira CPC.

Cara Mengira CPC
================

CPC bermaksud kos per klik. Ini merupakan salah satu jenis pengiklanan yang popular.
Goggle menggunakan konsep ini untuk Adsense dan Adwords mereka. Untuk CPC, pengiklan akan membayar mengikut jumlah klik yang mereka terima dari pihak publisher.

Harga CPC bergantung kepada beberapa faktor seperti keyword, niche, dan dari mana klik tersebut datang.

Formula Asas: Mengira berapa banyak yang anda akan dapat jika anda seorang publisher adalah mudah.

Berapa yang anda akan dapat = CPC x Jumlah klik

Jika purata CPC anda dapat adalah $0.09 dan anda mendapat 1,300 klik sebulan, anda akan mendapat sebanyak $0.09 x 1,300 iaitu $117. » Read more: Siri Pengiklanan Internet: Cara Mengira CPC

Siri Pengiklanan Internet: Asas Pengiraan Pengiklanan Di Internet

April 30th, 2010 by admin 2 comments »

Sebelum ni, saya memang melopong bila masuk bab-bab nak mengira CPM, CPC, dan conversion rate. Tapi saya mengambil inisiatif untuk  cari sampai dapat tentang info ni. So, khas buat anda semua, di sini saya terangkan serba ringkas. Topik ini amat penting terutamanya jika anda ingin betul2 serius dalam perniagaan internet.

Cara Mengira CPM
================

CPM bermaksud cost-per-mille. Mille merupakan bahasa latin yang bermaksud per seribu (/1,000). Dalam kes ini kita berkata tentang 1,000 impression pada sesuatu laman web (atau pun dipanggil page views). Ia merupakan metrik yang kerap digunakan untuk laman web.Harganya bergantung kepada 1,000 impression.

Terdapat banyak faktor yang membezakan harga sesuatu iklan jika mengikut CPM.
Antaranya ialah saiz banner, di mana kedudukan banner diletakkan dan bermacam-macam lagi faktor.

Formula Asas: Sebagai contoh, anda ditawarakan oleh pihak pengiklan dengan harga RM10 CPM untuk banner 300×250 yang diletakkan di bahagian atas laman web. Jika anda meletakkan iklan tersebut dan ia menghasilkan 120,000 page views pada bulan itu, pihak pengiklan akan membayar kepada anda RM10 x 120,000/1,000 » Read more: Siri Pengiklanan Internet: Asas Pengiraan Pengiklanan Di Internet