Ramai yang berpendapat bahawa kuasa minda adalah sesuatu yang sukar dipelajari dan diaplikasikan dalam diri. Ini berikutan mereka yang gagal mengawal minda mereka berpendapat bahawa kuasa minda adalah karut dan sekadar teori semata-mata.
Adakah anda juga salah seorang mangsa yang gagal memperkasakan minda? Sebelum itu, tahukah anda bahawa statistik menunjukkan bahawa tindakan yang anda lakukan hari ini 90% datangnya daripada minda? Namun persoalannya sekarang, apakah kaedah terbaik yang disarankan supaya anda dapat menguasai minda.
Berdasarkan kajian pakar, kaedah pengulangan adalah salah satu teknik terbaik untuk memperkasakan minda. Dimana melalui pengulangan, ia dapat mewujudkan “kesedaran” dalam minda dalam keadaan tidak sedar untuk mula mempercayai sesuatu perkara.
Untuk memudahkan pemahaman anda mengenai teknik pengulangan ini, saya menyediakan beberapa contoh pengulangan yang dapat membentuk minda yang positif.
-
“Saya adalah seorang jutawan
-
“Saya mempunyai keluarga yang bahagia”
-
“Saya sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi”
» Read more: Kuasa Minda – Menggunakan Kaedah Pengulangan Untuk Memperkasakan Minda
Anda ketinggalan sebab anda masih belum mengeluarkan singa daripada diri anda. Di dalam diri anda terdapat suatu tenaga, semangat, roh atau nyawa. Sebahagian ahli motivasi menamakan tenaga itu sebagai “harimau, gergasi atau singa.”
Banyak respons yang saya dapat dari email dan juga rakan-rakan yang mereka TAKUT untuk memulakan perniagaan. Ada juga yang sudah bersiap sedia dengan tools untuk menjalankan perniagaan, akan tetapi takut untuk bermula.