10 Sebab Mengapa Tiada Pelawat Melawat Blog Anda

Domain name dan hosting sudah dibeli, blog juga sudah dibina. Akan tetapi mengapa masih tiada pelawat yang berkunjung ke blog anda?

Di bawah adalah di antara sebab mengapa tiada pelawat yang berkunjung ke blog anda:

1.Anda Tidak Memberikan Penulisan Yang Asli Dari Anda Sendiri
Adalah amat penting untuk memberikan informasi yang mereka tidak akan dapat dari tempat atau blog-blog yang lain. Apabila anda sahaja yang memberikan sesuatu sumber informasi dengan niche yang tertentu, pelawat akan dan sentiasa mengunjungi blog anda. Malah akan ada pelawat  yang baru setiap hari melawati blog anda.

2.Anda Tidak Menawarkan Perisian Percuma.
Kebanyakan orang suka mencari tawaran yang baik bagi perisian untuk komputer mereka. Adalah lebih baik jika perisian tersebut percuma.

3.Anda Tidak Menawarkan Pertandingan Percuma
Adalah lumrah, manusia suka untuk bertanding dan memenangi sesuatu pertandingan. Jika anda berbuat demikian, pelawat akan berhenti sejenak, dan seterusnya melawat
blog anda.

4.Anda Tidak Menawarkan Direktori Percuma
Bina satu web direktori mengenai sesuatu topik yang berkait dengan pelawat yang anda ‘target’. Mereka akan sentiasa melawat direktori anda kerana mereka telah menjumpai apa yang mereka ingin cari, semuanya di dalam satu tempat.

5.Anda Tidak Menawarkan e-Majalah Percuma
Kebanyakan orang suka untuk mendapatkan informasi percuma yang mereka minat terus ke dalam kotak email mereka secara berterusan. Ini dapat menjimatkan masa dan wang!

6.Anda Tidak Menawarkan Forum  Percuma
Pengunjung suka menyertai tempat di mana mereka boleh berbincang dengan pengunjung-pengunjung yang lain mengenai sesuatu topik. Anda boleh menambah atau meletakkan ruang ‘chat’ atau ‘message board’ di blog anda.

7.Anda Tidak Menawarkan Program Affiliate Percuma
Salah satu kepentingan asas yang orang perlukan ialah wang. Jika anda menawarkan mereka peluang percuma untuk menjana wang, maka akan ramailah yang akan mengunjungi blog anda.

8.Anda Tidak Menawarkan ‘utility online’ Secara Percuma
Jika anda menawarkan utiliti yang dapat menyelesaikan sesuatu masalah, mereka akan mengunjungi blog anda. Utiliti tersebut mungkin boleh berbentuk autoresponder percuma, akaun e-mail, ’search engine submission’ dan bermacam-macam lagi.

9.Anda Tidak Menawarkan Informasi Semasa Secara Percuma
Salurkan maklumat atau berita-berita yang berkaitan dengan blog anda. Pelawat mahukan berita terkini mengenai topik yang mereka minat. Secara tidak langsung, mereka akan turut suka berkunjung ke blog anda.

10.Anda Tidak Menawarkan Sampel Produk Atau Servis Anda Secara Percuma
Pernahkah anda pergi ke pasaraya dan terus menerjah ke suatu gerai yang menawarkan sampel makanan secara percuma? Konsep yang sama juga boleh dilakukan untuk menarik leibh ramai pelawat mengunjungi blog anda.

Semoga tips-tips di atas dapat membantu anda untuk menarik lebih ramai pengunjung ke blog anda.

Semoga berjaya!
 

Blogging, Perniagaan Internet

Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.

Comments

5 Responses to “10 Sebab Mengapa Tiada Pelawat Melawat Blog Anda”
  1. Raja Kamil Says:

    Wah, banyak nye lagi saya belum buat

  2. admin Says:

    hohoho…takpa kasi pelan2 kayuh bro :)

  3. Mr buntu Says:

    waa..bestnyr dpt buat blog utk jana wang..tolongla ajar saya..sy brminat tp msh blur…

  4. Mr buntu Says:

    kpd anda2 yg murah hati tlonglah ajar sy…sy btul2 brminat..harap anda ikhls mmbntu… Ni email saya tshirt_coLLar7@yahoo.com

  5. mymotivasi Says:

    seo’kan blog anda. Dapatkan ebook ‘Panduan SEO’ memang MEMBANTU beb..




Tinggalkan Komen