Assalammualaikum dan salam sejahtera,
masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kan?
Saya tidak akan tanya anda dah tetapkan azam ke belum. Apa yang saya nak tanya ialah sudahkah anda mula untuk bertindak ke arah azam anda? Jika belum, baik anda mulakan sekarang.
Ok, hari ini saya ingin berkongsi 8 Tip yang saya dapat dari John Reese yang boleh dijadikan panduan dalam perniagaan internet sepanjang 2010. Mana yang anda rasa betul, anda boleh aplikasikan dan mana yang tidak tu tak payahla anda angkat port ya?
8 Tip Dari John Reese:
- Bila kita nampak dan rasa sesuatu projek itu bakal gagal, terima dan hadapi kenyataan tersebut dan teruskan projek yang lain. Hidup mesti diteruskan. Lebih baik lakukan sesuatu dari tidak melakukan apa-apa.
- Kadang-kadang keputusan yang paling baik yang kita buat untuk diri kita ialah dengan menjadi orang yang paling berani. Berani bermaksud berani membuat keputusan walaupun ianya berisiko. Tiada risiko, tiada pulangan.
- Bekerja dengan orang yang kita mahu bekerjasama secara terus tanpa melalui orang tengah. Orang tengah menyukarkan kita. Sebagai contoh, kita nak setup satu sistem dan kita deal melalui orang tengah yang mengaku beliau boleh melakukan kerja tersebut. Walhal, mereka sekadar orang tengah yang hanya meng’outsource’ kerja tersebut kepada orang lain. Bila kerja tersebut lewat disiapkan atau menghadapi masalah, orang tengah tersebut tidak bertanggungjawab. Itulah yang John Reese maksudkan kerana beliau pernah mengalaminya.
- Jadikan Social Media seperti Twitter dan Facebook (tengah hangat sekarang ni!) sebagai tempat untuk mendengar respons dan maklumbalas pelanggan untuk memperbaiki mutu dan kualiti produk/servis anda selain membina hubungan yang baik. Jangan jadikan social media sebagai salah satu strategi untuk mempromosi trafik atau jualan.Mungkin yang ini, saya rasa lain orang lain cara dan kaedahnya…
- Guna Social Media maksimum 1 jam sehari.
- Dapatkan pulangan yang bagus dari Adwords. Filter klik yang tidak berbaloi.Cari site mana yang generate jualan yang banyak dari content network. Atau anda boleh berurusan dengan pemilik site terus untuk tempahan iklan. Ini dapat menjimatkan modal anda.
- Cuba beli iklan media untuk menambah senarai email.
- Anda boleh jadi pakar jika anda mahu tetapi anda mestilah laburkan wang untuk ilmu, masa dan dapatkan pengalaman untuk menjadi seorang yang pakar. Nak lebih mudah, belajar terus dari pakar.
Diharap, di awal tahun 2010 ini menjadikan anda lebih bersemangat untuk memburu impian dan matlamat anda.
Caiyok!
- Shukor Subahir
salam tahun baru juga..
tq sb share tips ini wahai saudara..
saya x fhm yg no 7.leh jelaskan pd saya tq
sama-sama Donny.
No. 7 tu bermaksud anda boleh membeli media seperti banner dan display ads dari Google utk menambah senarai email anda kerana dijangka penggunaannya akan lebih meningkat dan lebih meluas pada tahun ini.