Bagaimana Menukarkan Pemberian Produk / Servis Percuma Kepada Jualan

November 14th, 2008 by admin Leave a reply »

Anda boleh meningkatkan jualan dan keuntungan dengan memberikan produk percuma kepada pelanggan yang telah membeli produk utama atau servis anda.Ini dapat meningkatkan harga atau kualiti produk anda secara keseluruhannya dan pembeli atau pelanggan anda merasakan amat berbaloi membeli produk atau servis anda.

Adalah amat penting bagi anda untuk mendapat margin keuntungan yang secukupnya supaya anda mampu untuk menanggung kos pemberian produk percuma tersebut. Sesetengah pemberian percuma boleh dibuat tanpa memerlukan kos pengeluaran yang tinggi; contoh terbaik ialah pemberian produk informasi. Dengan pemberian produk informasi,anda tidak perlu menanggung kos pos atau kos produk fizikal.

Di bawah ini saya senaraikan beberapa jenis produk percuma yang boleh diberikan kepada pelanggan atau pembeli. Saya juga ada menyertakan kelebihan lain dan beberapa tips untuk menawarkan produk percuma kepada pelanggan atau pembeli produk anda:

Kupon Percuma
Tawarkan kepada pelanggan anda yang berpotensi kupon percuma untuk ‘back end product’ atau servis yang anda jual.Ini dapat meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan pembelian atau langganan semula.

Booklet/ebook Percuma
Tawarkan booklet atau ebook percuma yang berkaitan dengan produk utama atau servis anda.Contoh, jika anda menjual ebook mengenai affiliate, jangan pula anda tawarkan ebook percuma mengenai design web. Tawarkan kepada mereka ebook mengenai Affiliate juga, seperti E-Book Eksklusif Affiliate A Plus. Bagi yang menjual servis seperti servis design laman web, jangan pula anda berikan ebook percuma mengenai ebay. Saya harap anda dapat faham kan?

Kursus e-mail Percuma
Tawarkan kursus e-mail percuma berkenaan dengan topik produk atau servis anda. Letakkan iklan produk atau servis anda di setiap kursus e-mail anda.

Forum/’Personal Coaching’ Percuma
Tawarkan forum perbincangan atau ‘personal coaching’ secara percuma. Anda akan dijadikan sebagai sumber rujukan atau pakar dalam sesuatu topik dengan mengadakan seminar atau ‘personal coaching’ anda sendiri.

Hadiah Percuma
Tawarkan hadiah percuma jika mereka membeli produk atau servis anda. Dengan pemberian hadiah secara percuma akan menarik minat mereka untuk membeli produk atau servis anda.

Semoga panduan diatas dapat memberikan anda idea yang lebih kreatif untuk menarik minat bakal pelanggan atau pembeli anda.

Semoga berjaya!

Advertisement

2 comments

  1. satu idea hebat….peminatjutawan rasa teruja untuk melakukannya….tahniah dan terima kasih diatas info yang bernas

  2. admin says:

    sama-sama peminatjutawan :)

Leave a Reply