Bagaimana Untuk Menarik Trafik Dengan e-Kursus Percuma?
Jika anda mempunyai pengetahuan tentang sesuatu subjek, kenapa tidak anda hasilkan satu e-kursus percuma untuk pelawat blog/web anda. Kursus tersebut mestilah berkaitan dengan tema dan niche blog/web anda. Jika blog/web anda bercerita tentang Affiliate, berikan kursus tentang Affiliate.
Anda boleh menawarkan e-kursus tersebut melalui html, autoresponder atau pun dalam format ebook;
HTML
Letak e-kursus anda di bahagian belah kanan blog/web anda. Dalam satu laman web, cipta satu tajuk dan link isi kandungan supaya pelawat dapat pergi ke isi kandungan yang mereka minat dan perlukan bantuan dengan mudah.
Anda dapat meningkatkan trafik blog/web dengan cara membenarkan pelawat meletakkan link e-kursus tersebut di laman web/blog mereka.
Ebook
e-kursus anda juga boleh diberikan dalam format ebook. Jika anda ada produk, letakkan juga iklan produk anda di dalam ebook tersebut. Anda juga boleh membenarkan pelawat untuk memberikan ebook tersebut agar anda dapat lebih banyak prospek.
Selain daripada itu, anda boleh menyewakan ruang iklan di dalam ebook tersebut kepada IM lain untuk mempromosikan
produk atau blog mereka. Anda dapat untung, mereka pun dapat juga. Win-win situation!
Autoresponder
e-kursus anda juga boleh diterbitkan dalam bentuk autoresponder. Anda boleh dapatkan servis autoresponder percuma dari internet. Antaranya ialah Freeautbot, akan tetapi kebarangkalian untuk email anda sampai ke dalam kotak e-mail mereka adalah amat rendah. Saya syorkan anda gunakan servis autoresponder berbayar seperti Aweber dan Getresponse. Servis mereka memang tip-top!
Terdapat banyak format yang boleh anda guna untuk mencipta e-kursus; downloadable text, pdf, print format, fax-on demand, cassette, video, dan banyak lagi. Gunakan format-format ini untuk meningkatkan trafik blog/web anda.
Selamat mencuba!
Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.












December 26th, 2008 at 7:16 am
itu juga salah satu cara yang bagus untuk dapat trafik. Yang perlu kita buat, terus usaha dan jangan malas.
December 26th, 2008 at 9:49 am
Banyak lagi cara nak tarik trafik,ni salah satu daripada caranya…
March 9th, 2009 at 1:22 am
Ehm.. teknik yg agak genius..
November 6th, 2009 at 5:11 am
boleh berikan tips lain untuk menarik lebih ramai trafik?
November 6th, 2009 at 8:56 am
Insyaallah, pada post akan datang saya akan berikan lagi tips untuk jana trafik…
November 14th, 2009 at 8:12 pm
Tips yang bagus.
InsyaAllah saya akan cuba teknik ebook tu.
Terima kasih sudi berkongsi
November 14th, 2009 at 11:43 pm
Sama-sama Mantra. Teknik tu kira macam sambil menyelam minum air