Adakah Anda Tahu Bagaimana Untuk Mencari Broken Link Dalam Laman Web Anda?
Hari ini saya nak berkongsi dengan anda satu tool yang bagus dan amat berguna untuk mencari broken link dalam laman web anda.
Broken link merupakan link-link yang terdapat dalam laman web anda yang dituju ke laman yang tidak wujud.
Mungkin anda telah delete laman tersebut kerana ianya tidak releven lagi atau pun mungkin anda menggunakan URL yang salah semasa mencipta link tersebut. Faktanya disini adalah apabila pelawat klik pada link tersebut, apa yang mereka dapat lihat hanyalah laman error 404 yang mengecewakan.
Broken link akan memberi kesan pada laman web anda dan seterusnya pada perniagaan anda sebagai seorang usahawan internet dan juga bagi blogger. Selain memberikan tanggapan negatif kepada pelawat laman web, ianya akan sedikit mengecewakan search engine bots, dan jika terlampau banyak broken link akan memberi impak yang besar dari segi search engine ranking.
Atas sebab-sebab sedemikian saya mengesyorkan anda untuk memeriksa jika terdapat broken link dalam laman web anda sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Jika anda mempunyai blog atau laman web yang banyak, agak mustahil untuk anda memeriksa semua link yang terdapat dalam laman web anda secara manual kan?
Lenguh dibuatnya, betul tak?
Tapi anda tak perlu memenatkan diri anda kerana terdapat satu tool yang hebat yang boleh anda gunakan iaitu Xenu’s Link Sleuth, atau pun nama lainnya Xenu.
Tak perlu risau keranaanda tak perlu membayar apa-apa, cuma muat turunnya dan install dalam komputer anda. (Maaf ya, hanya sesuai untuk Windows sahaja)
Klik di sini: http://home.snafu.de/tilman/xenulink.html
Setelah anda membuka tools tersebut, anda cuma perlu menaip URL laman web yang hendak diperiksa dan ia akan mula melakukan proses crawling ke semua link yang terdapat dalam laman web.
Link verification akan dilakukan pada normal link, image, frame, plugin, backgrounds dan lain-lain lagi.
Setelah siap, anda akan dapat laporan mengenai broken link, redirect, valid URL dan bermacam-macam lagi.
Ia merupakan perisian yang bagus dan amat diperlukan bagi para blogger dan usahawan internet.
Sekian.
-Shukor Subahir