Benarkah Produk Digital Boleh Dijual Di eBay?

Anda mungkin dah tahu bahawa pada masa sekarang, kita tidak boleh menjual ebook di eBay. Kebanyakan dari kita  selalunya menganggap produk informasi hanyalah ebook semata-mata. Ramai yang mensia-siakan idea yang mereka miliki untuk menghasilkan produk ebook kerana mereka rasa mereka bukan dilahirkan sebagai seorang penulis atau tidak mahu menggunakan masa dan kelebihan yang mereka ada untuk menghasilkan sebuah ebook.

Produk informasi sebenarnya merangkumi pelbagai medium dan format. Ia boleh jadi rakaman dalam bentuk audio, video, buku atau pun perisian. Ianya  boleh dihantar melalui muat turun secara digital atau dihasilkan melalui CD, DVD atau pun percetakan secara manual. Jika anda tidak suka menulis, anda boleh merekod suara anda mengenai sesuatu topik.

Bagaimana jika anda tidak tahu satu apa pun mengenai sesuatu topik tersebut? Cari orang yang bijak dan arif dalam topik yang anda mahukan. Anda boleh melakukan temuramah dengan orang yang arif tentang topik itu. Anda boleh menghantar produk sebagai muat turun audio dalam bentuk mp3 format atau pun CD. Terdapat servis yang membolehkan anda menemuramah seseorang melalui talian telefon, tetapi saya tidak akan menceritakan tentang servis tersebut pada kali ini. Servis tersebut akan merekodkan perbualan anda dan menghantar kepada anda semula dalam bentuk mp3.

Sebenarnya, anda boleh memilih untuk ‘outsource’ semua kerja penghasilan produk jika anda mahu. anda cuma keluarkan idea  dan ‘outline’ nya sahaja.

Jadi, terpulang kepada anda :)

Lelong, eBay, Perniagaan Internet

Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.

Comments

2 Responses to “Benarkah Produk Digital Boleh Dijual Di eBay?”
  1. Richie Says:

    betul tu.. kalau dulu boleh je jual mcm tu saja.. tapi ebay dah kluarkan rules baru.. terpaksa la follow :P

  2. admin Says:

    yup…kalau nak jual ebook or report ker skrang kena jual di clickbank la..nasib baik clickbank dah bagi Malaysian masuk :)




Tinggalkan Komen