Cara Menjana Wang Melalui Blog
Jika anda berkata tentang blog pada zaman sekarang, amat jarang sekali orang yang tidak mengetahuinya. Kebanyakannya sudah pun memiliki sekurang-kurangnya satu blog. Ada yang membina blog hanya untuk sekadar suka-suka. Ada pula yang membina blog sebagai diari seharian mereka, akan tetapi masih ramai yang tidak tahu blog boleh menjadi sumber pendapatan malah jika anda mengetahui cara-cara membuat duit melalui blog dengan cara yang betul, jumlah hasil yang diperolehi boleh melebihi gaji yang anda terima setiap bulan dari majikan anda. Di sini akan saya terangkan serba sedikit cara-cara atau teknik menjana wang melalui blog:
1.Google Adsense
Cara lain yang juga dapat mendatangkan duit yang banyak melalui blog ialah dengan Google Adsense. Ramai di antara mereka yang telah berjaya menghasilkan wang yang banyak melalui Program Adsense ini. Program Adsense merupakan satu program yang menyiarkan iklan yang berkenaan dengan isi kandungan blog anda. Apabila seseorang melawat blog anda dan mereka berminat dengan salah satu iklan yang dipaparkan lalu mereka klik iklan tersebut, anda akan menjana wang secara automatik!Paling mudah untuk dapatkan akaun Google Adsense ini ialah create blog di www.blogger.com dan mempunyai niche yang tersendiri dalam bahasa Inggeris. Dengan setiap klik daripada pengunjung blog anda di banner adsense akan memberi pulangan yang menguntungkan. Yang pastinya anda kene jujur buat adsense ini, jgn terlalu ‘pandai’ buat click fraud kerana google lebih bijak tentang sistemnya daripada yang anda sangka.
Klik di sini untuk muat turun e-book megenai Program Google Adsense secara PERCUMA.
2.PayPerPost.Com
Anda boleh menulis ‘review’ atau pandangan mengenai produk, servis atau lain-lain peluang mengikut keperluan pihak PayPerPost.Com yang mana mereka akan membayar setiap ‘review’ atau ‘posting’ yang telah di buat di blog anda.
3.Program Affiliate
Anda juga boleh menjana wang melalui blog dengan cara mempromosikan link produk/servis vendor yang telah mereka sediakan.Apa yang menarik dengan program affiliate ini ialah anda tidak perlu risau dan runsing soal proses pembelian, penghantaran dan lain-lain isu kerana ia adalah kerja vendor / penyedia affiliate program tersebut. Kita cuma pastikan link affiliate itu dipromosi sehabis baik untuk mendapatkan komisyen yang ditawarkan. Contoh program affiliate yang menarik seperti PakejBlog , Raja Affiliate, Rahsia Bisnes Digital, IdeaBisnesLuarBiasa dan banyak lagi.
Selain daripda itu,salah satu program affiliate yang sering disebut-sebut dikalangan rakyat Malaysia ialah Clickbank.Apa itu Clickbank?ClickBank merupakan satu laman web yang khusus menjual produk digital yang boleh dimuat turun.Contoh produk digital adalah ebook, perisian,grafik, skrip, video dan sebagainya. Setelah sekian lama ClickBank ’diharamkan’ kepada rakyat Malaysia,akhirnya pada April 2008, keahlian ClickBank dibuka semula kepada rakyat Malaysia. Gempar satu Malaysia apabila mendengar berita ni. Ini adalah kerana ClickBank merupakan ’lubuk emas’ bagi Usahawan Internet.
4.Menjual Iklan Banner Atau Text Link
Jual iklan banner atau text link di blog anda. Sekiranya web anda mempunyai hits atau traffic tinggi bolehlah mengambil peluang untuk menjual ruang iklan di tepi atau di mana-mana bahagian blog anda. Mungkin anda boleh menjual link atau iklan untuk disewa selama seminggu, bulanan mahupun tahunan. Bergantung kepada kapasiti traffik anda. Lagi banyak hits maka lagi tinggilah harga banner iklan anda. Contoh paling mudah ialah seperti iklan di thestar.com.my atau bharian.com.my yang memang harganya cukup tinggi berdasarkan hits traffik yang banyak setiap hari.
5.Menjual Produk Sendiri
Cara ini mungkin boleh direalisasikan sekiranya anda mempunyai produk atau servis sendiri. Dari segi prodk pula, terdapat dua jenis produk iaitu produk fizikal dan produk digital. Salah satu contoh produk digital ialah dengan menjual e-book. Anda boleh mencipta e-book berdasarkan kehendak semasa atau melalui kepakaran yang anda ada. Bagi produk fizikal pula adalah seperti menjual buku novel second hand dengan membuat beberapa sinopsis dan review novel yang anda telah baca serta menjualnya dengan separuh harga daripada harga asal ataupun mengikut dengan pertimbangan yang lebih sesuai. Contoh lain adalah seperti menjual rempah sate segera. Anda boleh melihat salah satu contoh dengan klik di sini. Apa jua produk mahupun servis boleh dijual melalui blog mengikut kategori tertentu. Ia terpulang kepada daya kreativiti anda.
Semoga tips-tips di atas dapat memberi panduan ringkas kepada mereka yang mahu menjana wang melalui blog dengan lebih mudah.
Insyaallah!
Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.












June 4th, 2010 at 5:34 am
ni la cara buat duit yang rendah modalnya tapi boleh dapat untung ribu2 .. bergantung kepada usaha anda sama ada rajin atau malas je .. dan semestinya kena ada panduan yang betul
June 4th, 2010 at 9:21 am
Salam Tuan Mat. Selamat datang ke blog saya.
Betul tu, kena rajin berusaha dan yang penting jgn putus asa. Insyaallah, kejayaan pasti akan datang kepada anda…
June 12th, 2010 at 1:12 am
tq gak pada tuan admin… sbb beri tips yang bermanfaat
June 12th, 2010 at 5:36 pm
sama-sama