Kuasa Pemasaran Affiliate
Jika anda selalu melayari internet, anda mesti kerap mendengar tentang program Affiliate. Program affiliate merupakan program yang dirangka oleh syarikat atau usahawan persendirian yang memberi peluang kepada individu-individu untuk menjana wang dalam bentuk komisyen dengan hanya mempromosikan laman web atau surat jualan kepada orang lain. Jika mereka membuat pembelian, anda akan mendapat beberapa peratus dari jumlah wang yang dibayar oleh orang yang membeli produk tadi.
Apa yang menarik berkenaan bisnes ini ialah anda tidak perlu melakukan banyak kerja untuk membina mahupun menyelenggara sesuatu laman web. Apa yang anda perlu hanyalah satu direktori program affiliate dan promosikan produk supaya orang lain dapat melihat dan membeli produk tersebut.
Terdapat banyak program affiliate di luar sana. Taip sahaja di Google “Program Affiliate” atau “Program Referral”. Pasti anda akan dapat lihat bermacam-macam jenis program affiliate.
Cuma anda perlu fokuskan suatu topik agar lebih niche. Contoh; jika anda fokus kepada topik “SEO”. Taip kata kunci tersebut di enjin carian “SEO affiliate programs” dan akan tersenarailah bermacam-macam produk tentang SEO.
Di bawah adalah diantara laman web tempat di mana anda boleh mendapat beribu-ribu program affiliate yang anda boleh sertai:
1. http://www.clickbank.com - ClickBank
2. http://www.cj.com - Commission Junction
3. http://www.shareasale.com - Share a Sale
4. http://www.associateprograms.com - Associate Programs
Terdapat pelbagai jenis program affiliate. Di antaranya ialah:
Program Affiliate 1-Tier
Dalam situasi ini, apa yang anda dapat ialah komisyen dari satu transaksi sahaja. Ini bermaksud, jika anda membawa satu pelawat ke laman web, anda akan mendapat komisyen hanya sekali sahaja untuk satu pembelian dalam satu masa. Kebanyakan produk yang berada di pasaran berada dalam kategori ini.
Program Affiliate 2-Tier
Tidak seperti program affiliate 1-tier dimana anda hanya mendapat komisyen sekali sahaja, anda boleh mendapat komisyen 2 kali dari mereka yang mendaftar sebagai affiliate melalui hasil dari promosi link anda.
Program Affiliate Seumur Hidup
Program affiliate seperti inilah yang dapat memberi “residual income” kepada sesiapa yang menyertainya. Biasanya, program ini digunakan untuk laman web keahlian. Apa yang anda perlu lakukan ialah promosikan laman web atau sesuatu produk tersebut supaya pelawat mendaftar, dan selagi mereka membayar yuran tersebut, anda akan sentiasa mendapat komisyen yang dijanjikan setiap bulan.
Ya, cara paling mudah untuk menjana wang ialah dengan menyertai program affiliate. Anda tidak perlu laman web untuk buat duit. Anda hanya perlukan satu blog untuk membuat review dan mempromosikan sesuatu produk kepada sesiapa yang berminat.
p/s : Pada mereka yang ingin mendapatkan ebook Kuasa Lelong daripada link saya, kuota tinggal 2017 tempat lagi. Antara tawaran yang saya sediakan ialah, pengembalian RM10 kepada anda sekiranya membeli ebook tersebut daripada link saya: http://shukorsubahir.com/kuasalelong . Emailkan bukti pembayaran yang anda buat kepada Noorizam Shah ke alamat email saya di shukorsubahir[at]gmail.com. (Tukar [at] kepada @)
Cepat dapatkan sebelum terlambat! :)
Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.











