Assalammualaikum dan salam sejahtera,
saya rasa masih belum terlambat lagi untuk saya post cerita ini. Tujuan saya membuat post ini bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi untuk menyatakan bahawa tidak mustahil untuk kita buat duit melalui internet. Ya, saya mendapat hampir RM300 hanya menggunakan forum sebagai medium pemasaran. Bagi anda, mungkin RM300 adalah kecil, tetapi ia amat bermakna buat saya. Ia juga membuktikan Kuasa Forum memang hebat! RM297.50 adalah hasil yang saya dapat dari mempromosikan dua ebook pada bulan lepas yang masih hangat ketika ini iaitu Panduan Kuasa Forum oleh Smartzul dan Panduan Kuasa Viral Facebook oleh Richie. Oh ya, gambar di atas merupakan cek yang saya terima dari saudara Smartzul hasil dari promosi Ebook Panduan Kuasa Forum.
Jika anda lihat dari statistik di atas, saya hanya menumpukan promosi di forum Wangcyber sahaja. Saya ada juga promosi di forum Duitmania, tapi pada akhir-akhir promosi sahaja.
Kalau anda lihat di atas, RM157.50 saya dapat dari Ebook Kuasa Forum dan RM140 saya dapat dari Ebook Kuasa Viral Facebook.
Jadi, siapa kata kita tak boleh buat duit dari internet? Ya, jika kita ikut jalan, cara, teknik yang betul kita akan beroleh kejayaan. Saya pasti anda boleh dapat lebih dari apa yang saya dapat.
Semoga berjaya!
-Shukor Subahir
Bagus Shukor!
Teruskan usaha sebab lebih banyak usaha kita, lebih banyaklah kebarangkalian rezeki kita akan bertambah. The SKY is the LIMIT!!!
Ya, betul tu. usaha kan tangga kejayaan. Terima kasih kerana melawat blog saya
selamat maju jaya termsk anda dan saya juga..
terima kasih…
Tahniah.. Semoga bertambah rezeki
terima kasih zool, untuk anda juga