Tips : Kisah Strategi Pemasaran Email Yang Bijak
Salam kepada semua ,apa khabar anda hari ini? Semoga sihat walafiat.
Hari ini saya ada satu cerita menarik yang ingin saya saya kongsikan bersama anda tentang strategi pemasaran email yang bijak.
Sebelum saya bercerita,izinkan saya mewar-warkan tentang sebuah laporan percuma tentang kuasa pemasaran email ini kepada anda: http://adf.ly/C4J
Baiklah, cerita ini adalah berkenaan 2 orang sahabat yang bernama Nabil dan Irma (kedua-duanya bukan nama sebenar) yang sedang hangat mengumpul senarai email bagi mempromosikan produk kurus mereka dengan mengedarkan laporan percuma mereka kepada orang ramai.
Nabil telah berjaya mengumpulkan 2,000 senarai email melalui laporan percuma tentang cara-cara menguruskan badan yang diedarkannya kepada orang ramai dalam masa sebulan.
Irma pula telah berjaya mengumpulkan 5,000 senarai email melalui laporan percumanya tentang bagaimana untuk menjaga kesihatan juga dalam tempoh tersebut.
Tiba pada hari pelancaran produk kurus mereka pada tarikh yang sama, Nabil nyata lebih berjaya dan popular dengan jualan produk kurusnya berbanding Irma walaupun senarai yang dikumpulnya kurang 3000 berbanding Irma.
Mengapa ini berlaku?
Nyata sekali laporan yang Nabil berikan tepat mengikut niche produknya dan senarai email yang dikumpulnya walaupun tidak sebanyak Irma, lebih berkualiti kerana lebih spesifik dan sudah pasti senarai email yang dimilikinya terdapat 90% daripada mereka yang mempunyai keinginan untuk kurus berbanding senarai email yang Irma miliki yang ternyata begitu umum.
Kesimpulannya di sini ialah untuk memiliki senarai email daripada kelompok yang anda sasarkan, silalah berikan produk percuma yang berkaitan dengan niche yang anda sasarkan tersebut. Biarlah senarai email yang anda kumpul itu tidak besar, asalkan ianya berkualiti.
Itu saja, cerita untuk kali ini dan jangan lupa untuk mendapatkan laporan percuma Kuasa Pemasaran Email ini:
http://adf.ly/C4J
Sekian, Salam Hormat.
Ikhlas,
Shukor Subahir

Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.
































