Twitterfeed Memudahkan Kerja Anda

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

hari ini saya akan memberikan anda satu rahsia bagaimana untuk menarik trafik ke blog anda dengan menggunakan twitter. Mungkin rahsia ini anda dah tahu, tapi saya nak bagi tahu jugak!  :)

Hanya 2 minit diperlukan…

Apa rahsianya?

Jeng, jeng, jeng….memperkenalkan Twitterfeed!

Apa itu Twitterfeed dan bagimana ia berfungsi?

Sebagian blogger (termasuk saya) biasanya harus bekerja dua kali untuk mempromosikan post terbaru via Twitter dengan harapan agar pembaca via Twitter juga mengetahui bila ada tulisan terbaru di blog kita. Sayangnya, cara manual ini saya anggap termasuk dalam kategori membuang masa saja. Itu belum lagi bila kita memiliki sifat pelupa..lupa bila nak update di Twitter!

Twitterfeed adalah penyelesaiannya…lupakan saja cara manual diatas, kerana Twitterfeed memudahkan anda melakukan tugas tersebut. Fungsi Twitterfeed sebenarnya sederhana, anda hanya perlu submit alamat RSS Feed blog anda dan biarkan Twitterfeed yang bertugas mengirimkannya secara automatik ke twitter anda..mudah kan  :)
 
1. Pastikan anda sudah memiliki akaun Twitter

2. Login ke Twitterfeed via OpenID

3. Login pada Twitterfeed dengan memasukkan alamat blog (pastikan anda sudah memiliki OpenID) atau anda boleh menggunakan myopenid.com

4. Pada laman Twitterfeed, setting dengan memasukkan alamat RSS Feed blog anda pada pilihan “my twitter feeds” dan pilih “Create new twitter feed”

Siap!! Mudahkan?

Oklah, selamat bertweet!!

P/S: Tweet saya di: http://twitter.com/Shukor

Blogging, Perniagaan Internet

Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.

Comments

One Response to “Twitterfeed Memudahkan Kerja Anda”
  1. roslan Says:

    saya belum paham lagi pasal ni …saya nak tahu juga pasal apakah fungsi bookmarking ni ..banyak sangat kadang tu kat blog ..boleh citer banyak




Tinggalkan Komen