Pakej Lengkap Perniagaan Internet Versi DVD Pula!
Salam kepada semua,hari ini saya nak buat review sedikit mengenai satu produk baru iaitu ‘Pakej Lengkap Perniagaan Internet’. Pakej ini dihasilkan oleh Mohd Najib Kasimin yang boleh di lawati blognya di www.monakas.com . Puas saya berfikir masa dulu, macam mana boleh dapat nama domain dia macam tu…rupa-rupanya nama penuh dia dipendekkan..maka jadilah ia ‘monakas’.
Tahun lalu, saudara Mohd Najib telah melancarkan versi web untuk produk ini , di mana, pembeli-pembeli yang membeli produk tersebut, hanya boleh mengakses video tutorial tersebut, hanya menerusi website sahaja.
Tetapi, pada kali ini saudara Mohd Najib telah melancarkan semula produk beliau, dengan melancarkan versi DVD. Malahan, saudara Mohd Najib juga telah menambahbaikkan lagi produk beliau dengan menambah beberapa lagi video tutorial dan bonus-bonus tambahan.
Sebuah ebook panduan bagaimana membina perniagaan internet yang cemerlang, 10 set video tutorial, bermula dari bagaimana mendaftar domain dan hosting, hinggalah kepada bagaimana memasang sistem affiliate di website anda.
Selain itu, di dalam DVD tersebut juga disertakan dengan 6 bonus hebat, iaitu:
- Koleksi Grafik untuk membina laman web
- Perisian eWriterpro (digunakan untuk menghasilkan ebook)
- 5 produk resell right
- Script Affiliate Income Booster
- Koleksi Script, Software dan Ebook untuk kegunaan sendiri
- Keahlian VIP Kelab Perniagaan Internet dari Monakas.Com
Jika anda seorang yang baru ingin melibatkan diri dalam perniagaan internet, pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam pembinaan laman web perniagaan yang lengkap pasti menjadi halangan yang besar. Malah faktor kurangnya pengetahuan dan kemahiran teknikal inilah yang membuatkan ramai yang gagal dan berputus asa daripada memulakan perniagaan internet mereka sendiri!
Mohd Najib telah memudahkan anda dengan menyediakan Pakej Lengkap Perniagaan Internet ini dalam bentuk tutorial video. Saya yakin produk ini telah lama di tunggu-tunggu oleh mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan internet ini. Format DVD interaktif ini memang amat mesra pengguna dan mudah.
Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan pakej ini dengan segera. Jika anda berminat untuk mendapatkan produk ini, bolehlah melawati website Mohd Najib dengan klik di sini: Pakej Lengkap Perniagaan Internet
Salam sukses!
Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.











