Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my

Saya sering mendapat pertanyaan dari pengunjung blog saya yang ingin memulakan perniagaan internet. Soalan yang paling popular ialah “Apa produk yang boleh dijual di internet?“.

Sebenarnya, produk yang boleh dijual di internet terbahagi kepada 2 iaitu produk fizikal dan produk digital. Produk fizikal ialah barang yang perlu dibungkus dan dipos jika kita menjual melalui internet. Contohnya, seperti tudung saji, buku, telefon bimbit dan lain-lain. Produk digital pula ialah produk dalam bentuk audio, video, perisian seperti CD, ebook, software, video dan audio tutorial.

Saya tidak mahu menerangkan produk digital dalam entri pada kali ini. Apa yang saya nak terangkan adalah mengenai produk fizikal. Cara termudah untuk memulakan perniagaan internet jika anda masih baru lagi dalam perniagaan internet ialah dengan menjual produk fizikal. Ia merupakan cara yang paling mudah dan cepat dalam membina perniagaan internet.

Mula-mula sekali, anda perlu fikirkan produk apa yang sesuai untuk anda jual melalui internet. Kemudian, kaji permintaan terhadap produk tersebut. Jika terdapat permintaan, anda boleh mula merancang untuk membina laman web untuk memasarkan produk anda tadi. Ia memang memerlukan banyak kerja dan masa kerana anda perlu menarik trafik agar orang tahu akan kewujudan produk, laman web dan perniagaan anda.

Akan tetapi, terdapat satu lagi cara yang anda boleh lakukan untuk menjual produk. Caranya ialah dengan menjual secara terus produk anda di laman web yang telah pun mempunyai permintaan atau bakal pelanggan sedia ada seperti di eBay, Lelong, dan yang terkini ialah di mudah.my.

Di laman web seperti ini, anda bukan sahaja boleh menjual produk baru, malah anda boleh menjual barangan terpakai yang anda tidak perlukan lagi di rumah seperti TV, LCD monitor, perabot, dan bermacam-macam lagi.

Di Malaysia, walaupun Lelong lebih popular di kalangan usahawan, Mudah.my mempunyai bilangan pembaca yang lebih banyak. Walaupun blogger dan usahawan lebih gemar bercakap tentang Lelong.com.my, Mudah.my sebenarnya mempunyai lebih banyak pembaca daripada Lelong. Anda boleh lihat sendiri. Ranking traffik Mudah.my di Malaysia adalah yang ke-14 berbanding Lelong.com.my pada ranking ke- 49. Ini sahaja sudah cukup menunjukkan betapa popularnya Mudah.my di kalangan pengguna Internet.

Anda juga tidak perlu register di Mudah.my. Kalau di Lelong, banyak detail diperlukan dan ini agak menyusahkan. Nak isi borang pun dah ambil masa 2 hari. Bila nak mula?

Untuk memburukkan lagi keadaan, jika anda seorang peniaga baru, anda akan susah mendapat jualan kerana pembeli di sana akan melihat feedback anda sama ada bagus ataupun tidak. Di Lelong, akaun anda boleh kena ban apabila anda mendapat satu laporan palsu mengenai diri anda. Susahlah kalau macam ni!

Pada permulaan saya melibatkan diri dalam perniagaan internet, saya agak aktif menjual barangan terpakai di Mudah.my. Oleh kerana saya ni jenis “ulat buku”,  saya banyak menjual buku dan wang yang diperoleh dijadikan modal untuk mula berniaga di internet.
Memang agak sukar untuk menjual jika kita tidak tahu teknik untuk ‘mengayat’ bakal pelanggan.

Kesimpulannya, Mudah.my lebih senang digunakan. Mudah.my tak perlu register, tapi jika anda register, anda dapat track iklan anda. Anda dapat tahu berapa banyak orang tengok iklan tersebut dan ini dapat memudahkan anda untuk menjual dengan lebih banyak.

Baru-baru ini, rakan IM saya iaitu saudara Raja Kamil a.k.a RK telah menghasilkan Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my. Dan di dalam panduan ini, beliau menunjukkan kepada anda bagaimana beliau membuat lebih daripada RM10,000 (lebih tepat: RM13,000) di Mudah.my dengan menjual barang-barang yang saya sudah sedia ada.

Di dalam Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my ini juga, anda akan didedahkan dengan taktik bagaimana untuk membuat duit yang menjual, bagaimana untuk meningkatkan Kredibiliti anda di Mudah.my dan 5 cara mudah untuk membuat duit dengan Mudah.my

Jika anda ingin menjual produk fizikal saya syorkan anda untuk menjual di Mudah.my kerana ia sangat mudah. Dah nama pun mudah… :)

Anda boleh dapatkan Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my dengan klik di sini: http://shukorsubahir.com/PanduanMudah.my

Anda tidak perlu risau kerana Raja Kamil memberi jaminan selama 21 hari dan jika selepas anda mengikut semua saranan yang dinyatakan dalam panduan ini tetapi anda masih tidak berjaya membuat jualan, anda boleh menghubungi beliau dan beliau akan ajar anda secara personal! Itu yang menariknya tentang produk ini.

Sekali lagi link Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my: http://shukorsubahir.com/PanduanMudah.my

Yosh!

UPDATE TERKINI: Bagi meringankan beban anda mendapatkan panduan ini, saya akan memberikan rebet sebanyak RM10 kepada sesiapa yang membeli melalui link affiliate saya. Akan tetapi, saya hadkan kuota ini hanya untuk 10 8 orang sahaja. Maknanya, anda cuma melaburkan RM60 sahaja untuk membeli panduan ini. Setelah membuat pembayaran, hantarkan bukti bayaran tersebut kepada saya melalui contact form blog ini. Jadi, cepat rebut peluang ini kerana kuota jualan yang dibuat oleh Raja Kamil tinggal 100 19 sahaja lagi! Habis sahaja kuota jualan ini, harga akan dinaikkan kepada RM100. Bertindak sekarang!

 

 

Lelong, eBay, Berita Terkini, Perniagaan Internet, Produk Terbaik

Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.

Comments

9 Responses to “Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my”
  1. shahrul Says:

    Sy juga pernah jual brg di Mudah.my. Adakala cpt dpt pembeli, adakala lambat.

  2. admin Says:

    Betul tu Shahrul, kena ada skil untuk buat pelawat membeli…

  3. tunepal Says:

    ehm. bagus. perbanyakkan cara untuk buat duit kat internet nih.

  4. admin Says:

    Ya, memang banyak cara dan teknik buit duit melalui internet. Tapi yang penting kita perlu FOKUS pada teknik yang tertentu sahaja…

  5. syaq Says:

    saya ingin belajar

  6. admin Says:

    Syaq, niat yang bagus kerana ingin belajar. Langkah seterusnya ialah bertindak…

  7. pening Says:

    kena ade skil ker…?

    ayat jualan mesti kena poweerrr kan…?

  8. admin Says:

    membuat ayat jualan yang menarik minat utk membeli, bukankah itu satu skil? :)


Trackbacks

  1. SBD: Teknik Review - Buat Duit Dengan Affiliate



Tinggalkan Komen