Pindah Blog Ke Domain & Hosting Sendiri

November 6th, 2008 by admin Leave a reply »

Assalammualaikum dan selamat datang ke blog saya yang berwajah baru. Inilah rupa blog baru saya setelah puas memikirkan themes yang sesuai. Saya suka theme blog yang simple. Yang penting, tujuan saya adalah untuk memudahkan para pengunjung membaca post-post dan artikel yang saya tulis.

Setelah dalam lebih kurang setahun menggunakan hosting percuma iaitu hosting wordpress sendiri, kini saya mula mengorak langkah untuk memiliki blog berbayar ( domain + hosting sendiri). Mula-mula tu rasa agak sukar untuk setup blog ni. Nasib baik ada Pakej Kit Blogger SmartZul.  :) Terima kasih bro!

Saya rasa panduan yang diberikan memang mudah, tepat, dan ‘straight forward’. Kit Blogger ni saya dah beli lama dah, cuma masa yang tidak mengizinkan. Kalau dulu cuma post jer yang saya boleh buat, tapi sekarang setakat baca and ubahsuai kod html sikit2 tu bolehlah. Saya syorkan anda untuk belajar sedikit asas mengenai html kerana ia  penting dan memudahkan anda untuk mengkonfigurasi blog anda nanti. Mudah jer sebenarnya….nasib baik saya ada belajar sikit masa belajar kat UTM dulu.

Masa saya guna wordpress percuma tu dulu, matlamat saya adalah untuk membiasakan diri dengan suasana blogging menggunakan wordpress sambil mengasah bakat saya dalam penulisan artikel. Tak kisah lah kalau anda tak tahu langsung nak tulis apa2 pun, tulis sahaja mengenai kehidupan anda. Dari situ anda dapat melatih diri untuk mencari idea dan seterusnya menghasilkan artikel. Saya pun dulu macam tu juga…yang penting kita kena berusaha, baru boleh berjaya.

Setakat ini sahaja yang saya dapat kongsikan pengalaman saya, tunggu artikel mengenai perniagaan offline dan online dari saya…rajin-rajinlah menjenguk blog saya ye!

Sekian.

Advertisement

2 comments

  1. PakciQue says:

    Hmm..sebelum ni ade blog lain ke..?hmm..baru tukar hosting atau baru menceburi dunia blog..?ape2 pon..selamat berkenalan dan maju jaya..

  2. admin says:

    Tq bro…salam pekenalan untuk anda juga :)

Leave a Reply