SBD: Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Affiliate?
Ramai yang bertanya dan ada juga yang email kepada saya tentang macam mana cara nak buat duit dengan affiliate. Kalau nak dikatakan, ada banyak cara dan teknik yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan melalui affiliate. Cari saja di enjin carian Google. Bersepah-sepah maklumat yang anda boleh dapat. Jika tidak pun, masuk forum Wangcyber dan di sana klik saja mana-mana topik berkenaan affiliate yang anda suka.
Akan tetapi, saya tak mahulah nak cakap sedemikan sebab mereka bertanya kepada saya dengan cara yang baik. Mereka nak tahu teknik yang saya gunakan untuk buat duit melalui affiliate. Jadi pada entri kali ini dan siri yang berikutnya, saya akan menerangkan tentang teknik yang saya gunakan dalam menjana wang melalui affiliate.
Memang saya akui sebelum ini saya memang berasa tertekan kerana setiap produk affiliate yang saya promosi tidak mendatangkan hasil yang saya mahukan. Anda boleh baca entri saya yang terdahulu di sini:
http://shukorsubahir.com/blog/produk-terbaik/kenapa-promosi-affiliate-aku-tak-laku.html
Serius saya katakan, saya bukanlah otai malah hasil pendapatan yang saya dapat melalui affiliate tidaklah banyak mana pun. Tapi, saya tetap akan terangkan kepada anda satu persatu khas buat pembaca setia blog ini. Saya juga tidak mahu menghampakan mereka yang bertanya kepada saya. Semua teknik yang akan saya terangkan adalah hasil dari ujikaji saya sendiri dan terbukti berkesan. Bukan main cerita syok-syok sendiri eh?
Di atas adalah salah satu bukti pendapatan yang saya perolehi melalui affiliate. Teknik yang saya gunakan adalah dengan membuat review atau ulasan mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan di blog saya ni. Untuk screenshot di atas ini, saya membuat review mengenai produk saudara Raja Kamil iaitu Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my. Yang menarik dan seronoknya adalah anda hanya perlu buat sekali sahaja review tersebut dan anda akan dapat pendapatan secara automatik. Untuk entri yang akan datang saya akan terangkan kepada anda semua bagaimana untuk buat duit dengan afffiliate dengan menggunakan teknik review atau ulasan.
Jadi, tunggu entri saya yang seterusnya ya?
Sekian.
P/S: Ops! Lupa nak bagi tahu, tajuk entri kat atas ni iaitu SBD tu maksudnya Siri Buat Duit. Lepas ni, lebih banyak siri yang akan diterbitkan dalam blog ini. Jadi, jangan lupa subscribe blog saya ya? Masukkan saja email anda pada kotak di hujung kanan belah atas blog ini ![]()
Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.












July 1st, 2010 at 1:22 am
alhamdulillah nampaknya dah banyak juga hasilnya tuh bro… okla dari takda langsung…
July 1st, 2010 at 10:32 am
Alhamdulillah, syukur…
Terima kasih bro Zik kerana sudi melawat