Tip Ini Umpama EMAS Dalam Pengurusan Masa

April 7th, 2010 by admin Leave a reply »

Berikut adalah salah satu tip  yang saya bongkarkan di dalam Ebook Rahsia Pengurusan Masa:

Fokus

Ini amat penting. Saya telah merasa kesannya. Nampak macam mudah tetapi ia amat efektif.

Bila anda bekerja online, anda tidak dapat lari dari alat komunikasi atau gajet seperti email, MSN, Yahoo Messenger, Skype, telefon mahupun telefon bimbit.

Semuanya merupakan “tools” yang hebat. Akan tetapi jika anda menggunakannya semasa sedang melakukan kerja, anda memerlukan dua kali ganda masa yang diperlukan untuk menyiapkan kerja anda.

Sebagai contoh, anda sedang menyiapkan satu artikel. Setelah 15 minit, anda diganggu dengan satu email. Anda membalas email tersebut yang sebenarnya tidak penting bagi anda. Katakan anda menghabiskan masa selama 10 minit untuk membalas email dan kemudian anda kembali menulis artikel.

Anda tahu atau tidak membaca email semasa sedang melakukan kerja memakan masa yang banyak? Sepatutnya anda cuma memerlukan 45 minit untuk menyiapkan satu artikel. Jika anda meyemak email anda ketika sedang menulis, anda sebenarnya memerlukan 1.5 jam untuk menyiapkan artikel tersebut.

Ini adalah kerana jika anda diganggu dengan aktiviti menyemak email, ia mengambil masa 15 minit untuk kembali kepada tahap konsentrasi sebelum anda berhenti tadi.

Anda perlu kembalikan semula pemahaman anda dan mencari di mana anda berhenti menulis tadi. 10 minit yang dihabiskan untuk menyemak email tadi sebenarnya membazirkan masa 25 ke 30 minit masa anda.

Begitu juga dengan gangguan “chatting”, menjawab panggilan telefon dan banyak lagi.

Jika anda ingin menjimatkan masa anda yang amat berharga, tutup semua alat komunikasi atau gajet anda dan fokus pada tugasan anda.

Anda akan dapati lebih banyak tugasan yang dapat disiapkan jika anda bekerja 100% tanpa gangguan. Jika anda aplikasikan teknik ini sebagai tabiat kerja anda maka sudah pasti ia membantu menjimatkan masa anda.

Kita menghabiskan masa berjam-jam lamanya melakukan kerja yang kadangkala tidak sepatutnya dilakukan. Jangan fikir jika kita sibuk bermakna kita banyak kerja tetapi hakikatnya kita banyak melakukan kerja yang tidak penting.

Oleh itu, disiplinkan diri anda dengan menyemak email 2 kali sehari sahaja iaitu di waktu pagi dan malam. Ia lebih cukup daripada apa yang anda sangkakan.

Untuk mengetahui lebih banyak informasi mengenai teknik pengurusan masa, muat turun “Ebook Rahsia Pengurusan Masa” di www.pengurusanmasa.com .

Sekian. Demi kejayaan perniagaan internet anda!

Ikhlas,

-Shukor Subahir
www.pengurusanmasa.com

Advertisement

2 comments

  1. hairulamran says:

    Salam,
    Sedikit penambahan jika tak menjadi kesalahan.
    Fokus juga boleh dilakukan dengan cara mencabut semua connection ke internet. Hahaa kan lebih mudah begitu. Tiada lagi gangguan. Siap je menulis artikel barulah sambung semula internet tu…

  2. admin says:

    W’salam hairulamran.

    Hohoho, idea yang baik. Tapi apa yang hendak saya tekankan di sini adalah sikap untuk mendisiplinkan diri dalam menyiapkan sesuatu tugasan…

Leave a Reply